Oleh Profesor Dr Shaharir Mohammad Zain
Sebenarnya, ada tiga variasi pendekatan yang boleh dianggap terbit daripada pemikiran Bucailleisme. Pertamanya pendirian seperti Golshani (ahli fizik teori Iran yang disegani) yang menegaskan pengIslaman sains ialah masalah pentafsiran sains mengikut acuan Islam. Beliau malah berpendapat Teori Evolusi pun boleh ditafsirkan semula sehingga sesuai dengan Islam.
Keduanya, ialah kumpulan yang melihat implikasi sesebuah teori sains sahaja, iaitu apabila implikasi teori itu berpadanan dengan yang pernah berlaku dalam kehidupan Islam, terutamanya kehidupan sufi. Maka, teori sains itu kemudiannya dianggap menepati kehendak Islam atau berada di jalan yang betul—iaitu menuju ke destinasi Islam. Pendirian sebegini banyak dipegang oleh mereka yang cenderung kepada ajaran sufi seperti Ibrahim (pakar perubatan di AS yang tersebut di atas) dan di Malaysia ini, lebih berwibawa lagi, diwakili oleh Shahidan Radiman (seorang professor fizik nuklear).
Ketiganya, kumpulan yang menilai keanalogan teori sains kini dengan teori Zaman Tamadun Islam dahulu yang berakhir dengan kepuasannya terhadap teori sains moden apabila kononnya sains moden mewarisi teori “sains Islam” dahulu. Mungkin ada sarjana Islam pada zaman tamadun Islam dahulu yang memberi pandangan awal tentang sesuatu sains kontemporer kini. Namun, tentu sekali pandangan mereka tersebut telah diabaikan berkurun-kurun sehingga hampir pasti berlainan sekali dengan yang dibina oleh ahli sains bukan Islam hingga sekarang ini.
Oleh itu, teori kontemporer yang berasal daripada Tamadun Islam dahulu pun memang wajar dinilai dengan kritisnya termasuklah dengan menggunakan ajaran Islam itu, bukan untuk mengeyakannya sahaja.
Misalnya, teori atom Barat mungkin ada unsur kesamaan dengan teori asasi jirim dalam Islam iaitu teori jawhar dan ‘aradh itu. Tetapi kita tidak boleh dengan segeranya menganggap teori atom Barat itu serasi dengan ajaran Islam seperti teori jawhar dan ‘aradh itu.
Begitu juga kita tidak boleh katakana bahawa teori asal-usul sesuatu hukum fizik Barat itu terbit daripada pengoptimuman suatu “tindakan” itu serasi dengan Islam. Ini tidak boleh dibenarkan hanya semata-mata kerana teori itu dimulai oleh sarjana Islam zaman Tamadun Islam dahulu (iaitu Ibn Haytham). Walhal, istilah “tindakan” yang dipadankan dengan “action” (daripada bahasa Inggeris yang diambil daripada teori ini dalam bahasa Perancis) sudah diubah maknanya daripada semantik istilah asalnya dalam bahasa Arab oleh Ibn al-Haytham itu.
“Tindakan” yang dipadankan dengan “action” itu sudah mengalami pensekularan sedangkan prinsip asalnya daripada Ibn Haytham itu amat kudus konsepnya, iaitu yang berhubung dengan sifat qudraht dan iradaht Allah. Lebih khusus lagi, “tindakan” yang menerbitkan hukum quantum (persamaan Schroedinger) tidaklah sama dengan “tindakan” mengikut kehendak teori Ibn al-Haytham itu.
Justeru, pengIslaman ilmu bukanlah sekadar kajian sejarah ilmu kontemporer ini yang ditelusuri tanpa kritis hingga masuk ke dalam pengalaman Tamadun Islam. Kegiatan mudah inilah akhirnya mendorong lahirnya fenomenon “tumpang sekaki” itu.
Sehubungan dengan itu, tugas utama para penggerak “pengIslaman ilmu” sebenar ialah mencipta atur cara penyelidikan dalam acuan Islam. Ini sekaligus menolak usaha pengeyaan sains sedia ada yang kemudiannya dibalut dengan kertas perada yang bertinta emas ayaht-ayaht al-Qur’aan. Lalu, setelah itu didakwa kononnya tindakan tersebut adalah relevan, sambil mengacukannya kepada teori ciptaan sarjana Zaman Tamadun Islam yang seanalognya, atau memadankan implikasinya dengan fenomenon kehidupan sufi sahaja.
Maka, yang perlu dilakukan ialah memperbaikinya dalam acuan Islam supaya hasilnya lebih menepati dengan Islam lalu menjadi “ilmu Islam” yang lebih bermakna. Umat Islam, khususnya ahli sains Muslim tidak mungkin berada di baris hadapan atau menyaingi ahli sains Barat jika mereka asyik menunggu atur cara Barat dan mengeyakannya sahaja.
Lebih sedih, mereka malah mengukuhkan sahaja sains Barat itu seperti yang dilakukan oleh para Bucailleis atau “penumpang sekaki” itu. Sebab itu, cara yang terbaik untuk memaparkan sains semasa kepada khalayak umum mengikut perspektif Islam (menggunakan Hadith atau al-Qur’aan) mestilah dengan kritisnya. Ini boleh dilakukan menerusi kenyataan pada tempat-tempat yang seakan-akan serupa dengan maksud sesuatu ayaht al-Qur’aan atau Hadith itu. Setelah itu, perlu ditegaskan juga aspek-aspeknya yang memang tidak serupa, malah bertentangan dengan maksud sumber Islam itu.
Walau bagaimanapun, usaha ini tentunya memerlukan tahap kesarjanaan yang tinggi. Namun, hasilnya, cara ini sahajalah yang akan menghidupkan kembali makna “al-Qur’aan sebagai sumber ilmu”, atau “al-Qur’aan sebagai panduan ilmu” dan sebagainya itu.
Jadi, sebagai Muslim awam (bukan sarjana dalam sesuatu bidang), mereka perlulah “berlapik” sahaja apabila menyebut sesebuah teori sains Barat yang dianggap ada unsur-unsur yang sealiran dengan ajaran Islam sekali pun. Kehati-hatian ini penting bagi mengelakkan dari terjerumus bersama dengan para Bucailleis atau penumpang sekaki tersebut!
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Catatan editor:// Artikel ini pernah disiarkan di akhbar SIASAH
Blog Profesor Shaharir M.Zain boleh dilawati di http://shaharirbmz.blogspot.com.
Pihak MajalahSains juga mengucapkan terima kasih kepada editor UmmahOnline dan pemilik blog http://selak.blogspot.com, saudara Aqil Fitri kerana sudi berkongsi artikel ini.

4 Responses to “Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 3”
“Sehubungan dengan itu, tugas utama para penggerak “pengIslaman ilmu” sebenar ialah mencipta atur cara penyelidikan dalam acuan Islam”.
Assalamualaikum. Apa yang dapat difahami dari petikan di atas ini ialah, Sains Islam itu ialah satu proses penghasilan sains mengikut metodologi Islam.
Cuma saya ingin bertanya, ke manakah kemuncak penghasilan ilmu mengikut kacamata sebegini? Adakah dengan terhasil satu teknologi berdasarkan ayat al-Quran atau kaedah penyelidikan Islam yang terkandung di dalamnya ruh Islam? Saya amat keliru dengan pemahaman Sains Islam. Minta pencerahan.
Waalaikumsalam..
Menurut kefahaman saya, tujuan akhir pengislaman ilmu ialah untuk manfaat umat manusia di dunia secara keseluruhan. Kewujudan dunia bipolar pada hari ini adalah disebabkan umat islam tidak membangunkan dunia mengikut acuan mereka sendiri. Dan umat islam sentiasa akan menjadi umat pengguna bukan pencipta dan pengkaji. (ada tetapi tidak memadai).
Sains adalah satu bidang yang mengkaji fenomena alam manakala teknologi adalah hasil-hasil ciptaan yang diperolehi daripada kajian dan penaakulan sains.
Oleh itu, sebarang teknologi yang tercipta mestilah berpandukan sains yang diasaskan oleh nilai-nilai murni seperti anjuran islam.
Barat memang hebat mencipta teknologi dari acuan sains yang mereka bangunkan. Namun tidak semua ciptaan dan rekaan orang2 barat membawa manfaat, malah merosakkan. Cth yg jelas ialah senjata nuklear.
Apa yang ingin disampaikan dalam gagasan pengislaman ilmu ialah untuk mengajak para saintis muslim, supaya sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka dan tidak terikut-ikut dengan apa sahaja yang datangnya dari barat.
Memang debat antara sains islam dan sains barat ini sangat panjang dan banyak buku-buku yang ditulis mengenainya. Saudara boleh membaca tulisan Fritjof Chapra (The Tao of Physic), Hossein Nasr (a young muslim guide’s to the muslim world), debat antara Abdus Salam dan Hossein Nasr dan lain-lain lagi.
Sekian
Assalamualaikum. Sekiranya tujuan pengislaman ilmu sains berakhir kebahagian manusia di dunia, bagaimana pula ilmu sains itu sendiri menjadi penjana kepada kemantapan Iman yang bakal menjadi bekalan di akhirat nanti?
Assalamu’alaikum
Saudara editor pernah meminta saya secara peribadi utk mengulas sejak akhir bln 5. Saya dh meneliti artikel ni bbrp kali (di laman ASASI – hmm… ada ulasan siap dgn ruj. kpd ‘Religion & The Brain‘) Saya x nk ckp yg penelitian sy ni dh cukup jitu tp ni ringkasan saya:
Tokoh yg menakrifkan kosmologi: Islam: S.H. Nasr, Sekular: S.M.N. al-Attas, beza keduanya: I.R. al-Faruqi
Pengislaman awal telah berlaku semenjak rantau kita memeluk Islam.
Pengislaman zaman moden agak lewat terutamanya dlm bidang2 ‘SaKTi’. (slps ’70-an)
Mengenai kritikan sains sy tolak ke akhir ulasan saya ni.
Variasi ‘Bucaillisme’:
- masalah tafsiran sains (Golshani)
- mencari implikasi serasi dgn Islam (dgn kecenderungan kpd kehidupan sufi): Ibrahim B.S. & Prof. S. Radiman
- mencari anologi dgn teori zmn kegemilangan sains dahulu
Baik saya ulas kembali dulu ulasan di laman ni. Saya rasa matlamat holistik yg kita sebenarnya nk adalah bagaimana sesuatu ilmu tu patut bawa kita lbh dkt dgn Allah swt.
Kembali kpd sikap kita yg seolah2 ‘tumpang sekaki’, kita terpaksa akur yg byk ilmu sekular yg kita perlu teliti lg (berckp ttg diri saya, mungkin saya x jumpa lg org). Itu kut kesimpulan saya drp artikel ni, kita kena lbh teliti sblm menyimpulkan ilmu mrk ni serasi atau x dgn Islam. Bila dh fhm ilmu mrk ni barulah dpt kita betul2 beri sumbangan yg bernas.
Baiklah saya akhiri dgn kritikan sains (cuma nk nyatakan pemahaman saya yg mungkin salah):
Teori relativiti/kenisbian:
Saya x pasti betapa meluasnya teori H. Yilmiz & ia jg ada kritikan.
A.A. Logunov nampak menarik ttp di luar bidang saya utk ulas.
Teori kuantum bg saya terasing drp teori kenisbian tu.
Teori dentuman besar (TDB): Bg saya jg, umumnya golongan yg menolak adalah yg menyatakan alam ni x ada permulaan. Itu yg saya faham drp teori steady-state oleh F. Hoyle, T. Gold & H. Bondi. Tp ia ada masalah dgn CMB. QSS oleh F. Hoyle, G. Burbidge & J.V. Narlikar jg ada kritikannya. P.J. Steinhardt pula saya faham ada sumbangan dlm teori inflasi (alam) yg membina lg atas TDB. Saya x tau kalau dia ada kaitan dgn Alternative Cosmology Group tu.
Teori tetali (superstring): Bg saya ini jg perincian standard model. Pengesahannya masih jauh, mungkin bergantung kpd pengesahan SUSY oleh LHC yg baru kembali beroperasi slps lbh setahun tergendala pengoperasiannya.
Teori atom Islam: Saya x arif sgt tp saya nampak jawhar & ‘araadh (essence & accident) adalah lbh mendlm drp mekanisme yg materialistik. Mekanisme ni yg barat simpulkan drp Ibn Rushd? Ttp sblm tu falfasah al-Asy’ariyyah dh ulas ttg sbb-akibat (‘causality).
Tu sj ulasan saya yg masih byk kena belajar ni. Rasanya wawancara dgn Prof. S. Radiman, P.M. M.A. Kasmo, Prof. M.R. Ismail, Prof. H. Harun, P.M. A. Setia & Prof. S. M. Zain sendiri di laman ASASI lg bernas. Wallahua’lam Wsslm
Leave a Reply: