Oleh : Mazira Mohamad Ghazali
Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.
Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat. Jenis tulang vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada kecederaan yang dialami seseorang.
Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu cervical (leher),thorak (toraks/dada), lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).
Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu cervical (leher),thorak (toraks/dada), lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).
Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki dan tangan
Tulang thorak, procesus spinosusnya akan berhubungan dengan tulang rusuk. Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil. Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual. Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing, usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit. Terdapat 3 hingga 5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.
Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran maklumat.
Sedarkah kita bahawa setiap kegiatan dan aktiviti yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada tulang belakang kita? Melakukan aktiviti-aktiviti untuk menjaga tulang belakang adalah bagus untuk kebaikan dan kesihatan, malahan juga dapat menjaga postur tubuh agak tegak dan sihat. Jika kita inginkan tulang belakang kita dan keluarga sihat, maka sentiasa berada dalam posisi yang tepat, mulai sekarang ubahlah posisi duduk kita dan keluarga, apalagi anak-anak kita yang masih dalam proses pertumbuhan. Posisi duduk kita yang akan mempengaruhi kesihatan tulang belakang kita. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun pada kebiasaannya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah, namun kadang kala ianya boleh menyebabkan penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen.
Kecederaan tulang belakang boleh terjadi akibat daripada kemalangan jalanraya, kecederaan ketika bersukan, bergaduh dan juga jatuh daripada tempat yang tinggi. Kebanyakan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Pada masa sekarang, penyelidikan giat sedang dijalankan untuk pemulihan pesakit yang disebabkan kecederaan saraf tunjang antaranya adalah sel stem tetapi ianya masih di peringkat kajian ke atas haiwan dan belum diuji ke atas manusia. Terdapat juga kajian yang menggunakan gamat untuk memulihkan kecederaan ke atas saraf tunjang. Sehingga kini tiada rawatan boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang. Namun, pesakit digalakkan tekun menjalani fisioterapi bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM, merangkap Penulis Sains Malaysia






11 comments
nisa says:
Apr 16, 2011
salam…
tumpang tanya, kalau kita mengeliat smp memusingkan pinggang kita lbih kurang 30 darjah dan mengeluarkan bunyi, adakah itu sihat? tp slepas melakukannya, saya berasa lega.
NAWs10 says:
May 21, 2011
Langsung tiada peluang utk sembuh?kwn sy lumpuh hmpir 6 tahun n sy doa akan ada keajaiban. smoga dia m’dapat rezeki yg murah…aminnnnnnnnnnnnn…
azwan says:
Sep 29, 2011
ada cara untuk sembuh……
Nur aisyaH says:
Oct 19, 2011
salam..saya mngalami sakit tulang belakang akibat terjatuh smasa kecil dari rumah saya tingkat 1..semasa kecil saya tidak merasakan sakitnya..tetapi setelah saya mmbesar saya merasakan kesakitannya..setelah saya berjumpa dengan doktor dan membuat x-ray d dapati tulang bahagian sangkar sebelah kiri saya bengkok dripada salah satunya..tiada ubat atau terapi yang dapat mnyembuhkn penyakit saya ini kata doktor,kecuali saya perlu betulkn cara saya duduk dan jangan mmbongkok..akan tetapi kini saya merasakn bahgian leher saya juga sakit dan tulang thorak saya..benar kah tiada rawatan atau ubat bagi pnyakit saya ini??
hamba Allah says:
Dec 14, 2011
buat senaman solat mlm yang paling utama….dan jampian doa kpd Allah ubat yang pling mjarab…insyaAllah…dkat kan dri dgn Allah…
Kalthum says:
Dec 28, 2011
As-salam. Saya cadangkan tuan puan mendapatkan rawatan percuma di Ceragem. terdapat 10 centre di Malaysia, 3 di KL, 1 di Bandar Baru Bangi untuk rawatan saraf dan membetulkan kedudukan tulang belakang. Boleh dapatkan infi kat internet. Terdapat beberapa pesakit slip disc, lumpuh dll sembuh
setelah mendapatkan rawatan di Ceragem. Boleh hubungim Ceragem Hq di Kepong ditalian berikut.
03 62505800 Mariam Naim (Manager)untuk mendapatkan info lanjut cawangan2
hanis says:
Dec 31, 2011
beberapa bulan lepas…sy pnh terjatuh terduduk dalam bilik air.. dh pg jumpe doctor..doc ckp xde pepe.. tp skrg… bile saye tersalah tido…sy sakit pngang sgt2… xthu la..mgkin effect dr salah tido tu.. tp sy selalu risau, tkut ni effect dr jatuh tu.. skrg sy tk thu nk buat ape.. sekadar google n bace blog pasal sakit pinggang…salam..
eira says:
Jan 10, 2012
sya ingin bertanya..pekerjaan x-ray,di bawah bahagian sains apa?(sains tulen ke,sains kesihatan ke,atau sains gunaan)??
editor says:
Jan 10, 2012
Sains gunaan ( dalam kategori fizik perubatan)
Tengku Hazailee says:
Jan 19, 2012
kami di ATTALAQQI(KUANTAN)ada mnyediakan rawatan pembetulan tulang belakang…kebas2 dihujung jari kaki dan tangan,stress dan sawan adalah antara tanda2 biasa menunjukkan kita sudah mengalami masalah tulang belakang…untuk mendapatkan rawatan atau pertanyaan sila hubunga saya… Tengku Hazailee 0179296755…ATTALAQQI adalah sebuah pusat perubatan alternatif Islam,selain tulang belakang kami juga telah berjaya dalam usaha mengubati kanser, ketumbuhan,yis,uri jatuh dan tonsil antaranya…Alhamdulillah semuanya dengan izin ALLAH…
wan saiful says:
Mar 19, 2012
ada ubatnya untuk masalah tulang belakang.
1. Banyakkan Selawat ke atas junjungan Nabi SAW kerana itu adalah penawar BiiznILLAH
2. Banyakkan membaca Al-Quran kerana al_quran di dalamnya terdapatnya Ubat segala penyakit. Tiada penyakit di atas muka bumi ini yang tidak dapat diubati, percaya dan yakinlahlah dengan janji ALLAH dan Rasulnya.
3. Bersabar, cubalah bersabar boleh jadi perkara/penyakit yang kita/saudara dialami adalah lebih baik bagi kalian dan boleh jadi perkara/kesihatan/kesenangan yang dikecapi adalah tidak baik untuk diri kita untuk mencapai redho dan Rahmat dariNYA.
4. Syukur kerana syukur adalah satu perkara yang tidak dpat diungkkapkan dengan kata, kerana syukur juga adalah penenang dan bertindak sebagai ubat pelali bagi penyakit,
5. Ikhtiar secara terus menerus InsyaALLAH , ALLAHu Yashfik