Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Goddard Institute of Space Studies, NASA pada hari Khamis bersamaan 19/1/2012 yang lalu, tahun 2011 disenaraikan sebagai ke-sembilan terpanas sejak 1880. Suhu permukaan global direkodkan 0.52 darjah Celcius lebih tinggi dari suhu optimum pada di pertengahan abad-20.
Sebelas tahun di awal abad ke-21 yang dikira sejak tahun 2000, termasuk dalam senarai panas global. Pengiraan awal dibuat sejak pertengahan abad ke-20. Satu-satunya tahun yang direkod sebagai paling panas di abad-20 ialah pada tahun 1998.
Menurut James Hansen dari NASA, suhu yang tinggi yang mempengaruhi kepanasan bumi akibat fenomena La Nina dan aktiviti matahari masih dikategorikan sebagai rendah.
Menurut beliau lagi, pengaruh peningkatan suhu tinggi yang ketara adalah disebabkan oleh kenaikan isipadu gas rumah kaca terutamanya gas karbon dioksida. Isipadu karbon dioksida terkini yang dicatatkan ialah 390 ppm (part per meter). Manakala pada tahun 1880 hanya 285 ppm dan tahun 1960 315 ppm.
Sumber: Reuters






4 comments
mak dara says:
Jan 29, 2012
Nice entry indeed..
btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya… =)
Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 “click vote di link http://www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)
editor says:
Jan 29, 2012
tq so much!
hamba allah says:
Feb 7, 2012
Ini adalah tidak diterima akal. Gas karbon dioksida menjadikan dunia semakin panas? mengarut! Karbon dioksida merupakan gas tanpa warna yang, apabila dihidu pada dos yang tinggi (aktiviti merbahaya disebabkan risiko sesak nafas), menghasilkan rasa masam dalam mulut and rasa menyengat di hidung dan tekak. Kesan ini disebabkan oleh gas melarut dalam selaput mukus dan air liur, membentuk larutan cair asid karbonik. Apabila teroksida sepenuhnya, ia TIDAK AKTIF dan TIDAK MUDAH TERBAKAR.
Karbon dioksida cair dan pepejal merupakan BAHAN PENYEJUK PENTING, terutamanya dalam industri makanan, dimana ia digunakan semasa pengangkutan dan penyimpanan [aiskrim]] dan makanan beku yang lain.(WIKIPEDIA)
Pandangan Peribadi ; kesempatan ini digunakan syarikat gergasi utk mengaut keuntungan berjuta dan berbillion ringgit hasil drpd program-program pemanasan global ini kononnya utk kepentingan manusia sejagat yang berada dlm ketakutan hasil pemanasan global yang tak dapat dibendung kerana proses matahari itu sendiri.
Editor MS says:
Feb 7, 2012
Hamba Allah perlu baca ‘greenhouse effect’ dengan lebih teliti dan lihat kesannya dengan lebih jauh, tidak hanya terbatas di dalam mulut, tekak dan peti sejuk sahaja.
Ini kajian saintifik yang diakui seluruh dunia, bahawa peningkatan CO2 adalah salah satu gas rumah hijau (Selain NiO2, metana, O3) yang memberi kesan terhadap suhu atmosfera bumi.