Lebih mudah mengurus perbelanjaan melalui penggunaan wang tunai semasa berbelanja. Tetapi dengan kehadiran kad kredit ia menjadi terlalu mudah sehingga ramai yang terperangkap dalam penggunaan wang tanpa had. Keadaan ini amat berbahaya dan membolehkan ramai pengguna yang tidak berhati-hati dibebani hutang.

Menurut John Kestner dari kumpulan penyelidik Ekologi Maklumat di MIT Media LB, dalam satu kajian beliau menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran mengawal keinginan pengguna dalam berbelanja. Keadaan itu disebabkan terdapatnya jurang perbezaan yang besar antara setiap keputusan dan kesan selepas transaksi perbelanjaan yang dilakukan.

Walaubagaimanapun, pengguna kini boleh mengawal diri apabila terdapat penyelesaian masalah tersebut dengan rekaan dompet yang memberi amaran kepada apabila pengguna terlebih berbelanja.

Dikenali dengan nama Proverbial Wallet, ciptaan ini menggunakan tindak balas sentuhan yang berkomunikasi secara fizikal dengan baki penyata akaun bank pengguna.

Dompet tersebut menggunakan teknologi Bluetooth yang dihubungkan dengan telefon pintar dan mengekstrak maklumat akaun bank pengguna dengan menggunakan talian internet melalui telefon.

Pasukan MIT telah merekabentuk tiga jenis dompet pintar tersebut yang dinamakan sebagai: 


"Bumblebee" yang bergetar setiap kali transaksi bank berlaku. Tempoh getaran berdarkan jumlah perbelanjaan dan corak getaran pula memberitahu transaksi yang berlaku secara deposit atau tunai.

Dompet jenis kedua ialah “Mother Bear” yang menjadikan dompet lebih sukar dibuka apabila wang tunai dalam akaun anda kurang dari perbelanjaan bulanan.
Dompet yang terakhir ialah “Peacock” yang akan mengembang dan menguncup berdasarkan status kewangan anda.

Jadi pengguna boleh memilih dompet jenis mana yang paling diminati bila ia muncul di pasaran nanti.

Sumber: The NewScientist

Share on Facebook