Menurut jurucakap Technological Seeds, penghasilan tomato hitam tersebut adalah hasil ujikaji pigmen warna seperti yang terdapat pada buah blueberry. Ia dikembangkan sehingga berjaya menghasilkan warna hitam pada buah tomato. Menurut mereka lagi, warna hitam pada kulit tomato sangat sensitif terhadap cahaya matahari. Justeru itu, apabila semakin lama terdedah pada matahari warna hitamnya menjadi lebih gelap.
Tomato hitam ‘Black Galaxy’ mendapat perhatian meluas dunia apabila pertama kali diperkenalkan di Arava Agricultural R&D Exhibition di Israel baru-baru ini. Menurut jurucakap Technological Seeds, mereka berharap akan dapat memasarkan tomato tersebut meluas ke seluruh dunia tahun ini. Selain tomato hitam, Arava Agricultural R&D Exhibition banyak memperkenalkan hasil kajian dan tanaman baru seperti lemon tanpa biji, lobak berwarna pelangi, lemon berwarna merah dan peralatan pertanian seperti robot perladangan.
Sumber : Ytnews.com
Gambar:Freshplaza.com






5 comments
TOMATO HITAM ‘BLACK GALAXY’ | UNIKZ | Dot | Com – unique hunter says:
Feb 3, 2012
[...] credit: Majalahsains [...]
i wong says:
Feb 9, 2012
Tak juga. Saya lihat ni sumber dari domain jer. Cuba hyperlink kan url tu. Baru lah nampak pendek. Tak panjang menjela. Kekadang nak jugak lihat sumber kesahihan artikel ni. ytnews.com tak memadai.
Harap artikel seterusnya dapat nyatakan sumber agar artikel di MS lebih berkualiti berbanding artikel di blog-blog lain.
Editor says:
Feb 9, 2012
Terima kasih.
Kami akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa.
Untuk artikle ini, anda boleh merujuk di laman
http://www.theblaze.com/stories/would-you-give-a-black-or-purple-tomato-a-try/ untuk bacaan lanjut.
i wong says:
Feb 11, 2012
Baiklah. Kalau saya nak menyumbang artikel, apakah kriteria-kriteria yang diperlukan? Adakah artikel terjemahan boleh?
Faizal says:
Feb 11, 2012
Sumbangan artikel di alu-alukan. Kami menerima apa sahaja artikel atau berita sains, teknologi, alam sekitar dan berkaitan dengannya.
Sumbangan artikel boleh dihantar terus ke editormajalahsains@gmail.com
Terima kasih!