Jangan rasa lemah semangat jika anda terpaksa mengambil masa yang lama memerah otak untuk menyelesaikan masalah matematik. Menguasai pengiraan, logik dan aritmetik dalam matematik memerlukan keutamaan penyusunan semula cara otak berfungsi.

Apabila kanak-kanak membesar, bahagian-bahagian tertentu otak digunakan untuk membuat penyelesaian masalah matematik. Pada peringkat sekolah rendah, bahagian otak yang dipanggil korteks prefrontal teruja ketika melakukan aritmetik.

Tetapi apabila kanak-kanak berubah menjadi orang dewasa, kawasan tersebut berada di kedudukan sedikit ke belakang apabila mengira nombor , dan satu lagi kawasan otak, yang digelar superior temporal gyrus sebelah kiri, mengambil peranan. Satu kawasan berdekatan yang digelar korteks parietal juga memainkan peranan lebih besar dalam pengiraan orang dewasa.

BACA : Membaca Matematik

Ahli-ahli sains telah menunjukkan yang superior temporal gyrus sebelah kiri boleh membantu menghubungkan bunyi ucapan kepada tulisan di surat. Kawasan tersebut juga boleh bertindak apabila anda bermain alat muzik, membantu anda menghubungkan bunyi klarinet solo ke nota-nota di kertas muzik.

Ada kemungkinan yang bahagian otak ini membantu orang dewasa menghubungkan nombor simbol kepada jumlah yang tepat, kata Daniel Ansari, dari Universiti Western Ontario di London, Kanada. Ansari dan rakan-rakan setugasnya menjalankan kajian yang mendedahkan anjakan dalam kawasan-kawasan otak untuk kegunaan matematik.

Untuk memahami bagaimana otak menangani masalah matematik pada umur yang berbeza, kumpulan Ansari memadankan 19 kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 9 tahun dengan 19 orang dewasa berusia 18 hingga 24 tahun. Penyelidik-penyelidik menunjukkan pasangan nombor bertulis dari satu hingga ke 10 kepada kedua-dua kumpulan tersebut, dan kemudian meminta kanak-kanak dan orang-orang dewasa menyatakan nombor yang mana lebih besar.

Seterusnya, mereka ditunjukkan dengan pasangan imej – setiap satu mempunyai antara satu hingga 10 petak. Sukarelawan diminta untuk menyatakan imej yang mana di antara pasangan itu yang mempunyai lebih banyak petak. Semasa eksperimen tersebut, ahli-ahli sains mengambil gambar otak para peserta menggunakan pengimbas MRI. Mesin ini mengukur aliran darah, yang memberikan maklumat tentang aktiviti kawasan-kawasan tertentu otak para peserta semasa melakukan setiap tugasan.

Orang-orang dewasa menunjukkan tugasan yang lebih baik berbanding kanak-kanak, namun setiap seorang mengambil masa lebih panjang untuk memilih jumlah lebih besar apabila perbezaan antara nombor-nombor adalah lebih kecil. (Misalnya, untuk menentukan sekiranya dua petak lebih banyak daripada tiga petak adalah lebih sukar daripada membandingkan satu petak dan sembilan petak.)

Ahli-ahli sains mendapati, apabila nombor-nombor semakin rapat, korteks parietal didapati lebih aktif bagi orang-orang dewasa, tetapi tidak dalam otak kanak-kanak.

 “Hasil kajian kami menunjukkan yang asas otak memproses perubahan nombor  berdasarkan peningkatan dan pengalaman,” kata Ansari.

Penemuan-penemuan itu menunjukkan bahawa keupayaan manusia menghubungkan simbol-simbol dengan kuantiti tepat berdasarkan pada satu sistem lama yang digunakan untuk mengagak jumlah kasar. Binatang seperti monyet menggunakan deria nombor lama ini, misalnya, menganggar tindakan mana yang lebih baik apabila memilih antara sebilangan kecil biji bunga matahari.

Selepas beberapa tahun berdepan dengan masalah-masalah matematik, korteks parietal manusia mengambil alih daripada sistem lama, mempercepatkan jumlah kasar kepada angka yang simbolik dan tepat. Malah, selepas latihan yang lebih banyak, Ansari membuat tanggapan bahawa superior temporal gyrus sebelah kiri mengambil alih tugas-tugas matematik utama.

Sumber : ScienceNews For Kids

Share on Facebook