SHARE

KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2017 – NICE 2017, Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terbesar negara yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung pada 12-16 Oktober 2017 telah berjaya menarik seramai 345 ribu pengunjung.

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmian Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2017 juga penutup NICE 2017 menyatakan bahawa, “kejayaan ini adalah berkat kerjasama strategik dan sumbangan semua pihak, diketuai oleh Ketua Setiausaha MOSTI, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif agensi, Ketua Bahagian, pegawai dan kakitangan, kementerian dan agensi kerajaan yang lain, pihak swasta, universiti dan semua pihak yang tidak dapat saya sebut kesemuanya. Untuk makluman, kita telah menjalinkan lebih 119 rakan strategik malah di saat akhir masih banyak agensi yang turut serta”.

Tambah beliau lagi, “Kejayaan NICE 2017 ini adalah pencetus untuk menjadikan NICE 2017 di tahun-tahun akan datang diisi dengan pelbagai program, aktiviti yang lebih menarik, baru dan segar sesuai dengan perkembangan atau tren semasa. Ini selari dengan hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri semasa perasmian agar program NICE 2017 pada tahun berikutnya dibuat dengan lebih besar”.

National Innovation and Creative Economy Expo 2017 atau NICE 2017 anjuran Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) adalah acara ulung untuk pelajar, penggemar sains, penyelidik dan pendidik untuk menyampaikan hasil kerja berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI) kepada orang ramai. Sebagai ekspo inovasi utama, NICE 2017 berlangsung dari 12 hingga 16 Oktober, 2017 di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara, dan Planetarium Negara.

Mengenai NICE’17

Antara program-program utama NICE 2017 adalah seperti berikut:

  1. Robot Battle: Pertandingan perlawanan di antara dua atau lebih robot yang dibina khas.
  2. KL Science Fiction: Himpunan peminat fiksyen sains tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan aktiviti dan program sains fiksyen.
  3. Fun Run for Science: Larian ceria untuk meningkatkan kesedaran STI bersempena dengan World Standards Day.
  4. Smart Home: Mentransformasikan rumah pada masa hadapan melalui penyelesaian yang bijak, inovatif dan mesra.
  5. Kampung Animasi: Aktiviti interaktif untuk memupuk minat dan kesedaran dalam Teknologi Animasi.
  6. Forum NEO@NICE: Forum ini memberi tumpuan kepada ekonomi masa depan yang dipacu teknologi dan inovasi.
  7. Telescope 500 Gathering @Planetarium: Aktiviti ini mensasarkan untuk mengumpul 500 penggemar astronomi untuk menikmati acara merenung bintang dalam satu malam sewaktu NICE 2017.
  8. Journey to Malaysia 2050: TN50 mempunyai wawasan dengan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2050 dan teguh di antara negara-negara dunia dalam bidang ekonomi, inovasi dan kesejahteraan warganegara.
  9. Drone Racing GP: Drone Racing GP merupakan acara 4 hari yang disertai kira-kira 200 peserta dari seluruh Asia Tenggara dan Eropah untuk menunjukkan kemahiran dalam perlumbaan drone.

Anugerah Inovasi Negara 2017

Di majlis penutup NICE’17 juga turut dianjurkan Malam Anugerah Inovasi Negara  (AIN) 2017.  Sempena (AIN) 2017, terdapat enam (6) anugerah disampaikan iaitu kategori produk, kategori perkhidmatan, kategori akar umbi, kategori sekolah, kategori media cetak dan kategori media elektronik. Dua (2) anugerah lain yang turut disampaikan adalah Anugerah Saintis Muda dan Anugerah Juruteknologi Negara.

Pemenang-pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

Anugerah Saintis Muda – RM20,000, plak dan sijil

Anugerah Juruteknologi Negara -RM10,000, plak dan sijil

Kategori Produk – RM50,000, trofi AIN dan sijil Kategori

Perkhidmatan -RM50,000, trofi AIN dan sijil

Kategori Akar Umbi – RM20,000, trofi AIN dan sijil

Kategori Sekolah – RM10,000, trofi AIN dan sijil

Kategori Media Cetak – RM10,000, trofi AIN dan sijil

Kategori Media Elektronik  – RM10,000, trofi AIN dan sijil

Anugerah Inovasi Negara (AIN) merupakan acara tahunan MOSTI sejak 2006 dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kerajaan terhadap usaha-usaha penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat. AIN kali ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan jumlah 655 penyertaan.

AIN juga menjadi salah satu platform utama untuk mengetengahkan hasil kreatif dan inovasi para penyelidik negara supaya penggunaannya dapat diperluaskan. Diharapkan AIN juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan agar mampu mengarusperdanakan sains, teknologi dan inovasi (STI) untuk pembangunan sosioekonomi negara.
********

Berikut disenaraikan pemenang Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2017

Anugerah Juruteknologi Negara;
Noor Azwan Ahmad (Universiti Teknologi Petronas)

Anugerah Saintis Muda Negara;
Dr. Foo Keng Yuan (Universiti Sains Malaysia)

Kategori Media Cetak;
Artikel akhbar The Star berjudul  ‘Hope with Haplo’ oleh Tan Shiow Chin

Kategori Media Elektronik
RTM Sabah, ‘Inovasi Kitar Semula’, liputan oleh Ritah Binti Aloysius

Kategori Sekolah
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, ‘Cattapa- Rawatan Organik Untu Kegunaan Pertanian

Kategori Akar Umbi
Projek Mygic Pensugi oleh agensi Muhibbah Sinergia Resources

Kategori Perkhidmatan
Proses Dentur Penuh Satu Hari (DP1H), oleh Hospital Umum, Sarawak

Kategori Produk
‘Inovasi Pengkomersilan Tandan Buah Kosong (EFB) Sebagai Bahan Mentah Semulajadi Bagi Umpan Tiruan Anai-anai’
Oleh UMP Ecopest Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge