SHARE
Moscow – Antara program yang menarik di ATOMEXPO 2017 adalah program International Camp of RosAtom School  di mana RosAtom  mewujudkan program pendidikan di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan lokasi stesen janakuasa nuklear. Kebanyakkan projek janakuasa nuklear berada di kawasan terpencil dan mempunyai komuniti dengan bilangan penduduk yang kecil. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat kanak-kanak tempatan kepada pendidikan dan juga mendedahkan mereka kepada dunia luar.
Mr Linchkin (pemenang projek RosAtom School 2016) bersama koordinatornya Mrs. Ogdina
Pendekatan program pendidikan adalah dengan menganjurkan pertandingan di kalangan guru-guru sekolah dimana mereka perlu menghasilkan modul pengajaran berbentuk aktiviti interaktif dengan kanak-kanak. Sekiranya berjaya melalui tiga fasa pembentangan, iaitu, fasa persembahan, kertas kerja dan tugasan bagi menilai pemahaman dan kompetensi guru tersebut di dalam bidang pengajarannya.
International Camp of RosAtom School
International Camp of RosAtom School
Pemenang akan dilatih dengan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dan setelah itu, mereka akan melaksanakan modul yang dibina tersebut di sekolahnya.
Mengikut Lichkin Evgeny yang merupakan pemenang program ini tahun lalu, “Kanak-kanak perlu digalakkan untuk meneroka minat masing-masing di dalam pendidikan mengikut kemampuan mereka.” Beliau menambah, “Pelbagai teknik perlu digunakan dengan mengambil kira tahap penerimaan yang berbeza dikalangan mereka.”
Maklumat lanjut boleh dilayari di www.rosatomschool.ru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge