23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 25, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Andrew Wiles Menyelesaikan Teorem Terakhir Fermat Setelah 358 Tahun

Taza Aznam by Taza Aznam
28/06/2018
in Matematik
0 0
0

Oleh: Adden

Pada tahun 1637, Pierre de Fermat pernah menulis satu nota di buku Arithmetica oleh Diophantus yang bermaksud, “Tiada nombor bulat yang dapat memuaskan persamaan xn + yn = zn apabila nilai n lebih besar daripada 2. Saya turut menemui bukti yang sangat menakjubkan untuk masalah ini tetapi ruang pada buku ini sangat kecil untuk saya menulis bukti tersebut.”

Masalah ini yang turut dikenali sebagai Teorem Terakhir Fermat merupakan antara masalah yang paling rumit dalam dunia matematik sehingga ahli matematik terpaksa mengambil masa selama 358 tahun untuk membuktikan teorem ini. Masalah ini dipanggil Teorem Terakhir Fermat kerana ia merupakan teorem Fermat yang terakhir yang dapat dibuktikan oleh ahli matematik.

Teorem Terakhir Fermat merupakan antara masalah matematik yang paling terkenal kerana ramai pakar matematik seperti Leonhard Euler malahan ahli matematik amatur cuba untuk menyelesaikannya tetapi kesemua usaha mereka tidak membuahkan hasil. Akhirnya, pada tahun 1994, teorem ini dapat dibuktikan oleh ahli matematik berbangsa Inggeris iaitu Andrew Wiles dengan bantuan muridnya Richard Taylor.

Andrew Wiles mula mengetahui tentang Teorem Terakhir Fermat ketika berusia 10 tahun semasa sedang membaca buku di sebuah perpustakaan di Cambridge. Beliau mula tertarik untuk menyelesaikannya tetapi tidak berhasil. Beliau juga berbincang dengan guru-gurunya tetapi mereka juga tidak mengetahui cara untuk membuktikan teorem tersebut. Pada tahun 1980, beliau berjaya memperolehi Doktor Falsafah di Universiti Cambridge. Beliau melakukan penyelidikan berkaitan dengan lengkungan elips dengan perkalian kompleks dengan menggunakan kaedah Teori Iwasawa di bawah bimbingan John Coates.

Pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an, ahli matematik Jepun iaitu Goro Shimura, dengan menggunakan idea daripada Yutaka Taniyama, menyatakan bahawa wujudnya hubungan di antara lengkungan elips dengan bentuk modular (Idea ini kemudiannya dikenali sebagai Konjektur Taniyama-Shimura). Lengkungan elips dan bentuk modular merupakan dua bidang yang berasingan dalam matematik. Ramai ahli matematik berpendapat bahawa Konjektur Taniyama-Shimura sangat mustahil untuk dibuktikan.

Pada tahun 1982-1985, seorang ahli matematik Jerman, Gerhard Frey mencadangkan bahawa wujudnya hubungan di antara lengkungan elips dengan Teorem Terakhir Fermat. Kemudian, Ken Ribet membuktikan wujudnya hubungan di antara Teorem Terakhir Fermat dengan Konjektur Taniyama-Shimura apabila beliau berjaya membuktikan Konjektur Epsilon (sekarang dikenali sebagai Teorem Ribet). Beliau menyatakan jika Konjektur Taniyama-Shimura dapat dibuktikan, maka Teorem Terakhir Fermat juga akan terbukti secara automatik.

Berita mengenai wujudnya hubungan di antara Teorem Terakhir Fermat dengan Konjektur Taniyama-Shimura diketahui oleh Andrew Wiles. Dengan berbekalkan pengetahuan dalam bidang lengkungan elips, beliau cuba membuktikan Konjektur Taniyama-Shimura untuk membuktikan Teorem Terakhir Fermat. Beliau bekerja secara senyap dalam tempoh 7 tahun untuk menyiapkan bukti tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, hanya beberapa orang terdekat termasuk isterinya yang mengetahui mengenai bukti yang beliau lakukan.

Akhirnya, pada tahun 1994 beliau mengumumkan bahawa beliau telah berjaya membuktikan Konjektur Taniyama-Shimura seterusnya membuktikan Teorem Terakhir Fermat. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Selepas hampir 2 minggu Andrew Wiles mengumumkan bukti tersebut, panel penilai bukti menemui kesilapan pada bahagian yang paling penting untuk membuktikan Konjektur Taniyama-Shimura. Dengan wujudnya kesilapan tersebut, Teorem Terakhir Fermat masih belum dapat dibuktikan.

Selepas hampir 1 tahun, Andrew Wiles masih belum mampu untuk menyelesaikan kesilapan yang beliau lakukan walaupun mendapat bantuan daripada muridnya, Richard Taylor. Pada satu pagi, beliau mendapat ilham untuk menyelesaikan kesilapan tersebut. Beliau menyatakan saat beliau mendapat ilham tersebut merupakan saat paling penting dalam hidupnya. Selepas berusaha selama beberapa bulan, akhirnya beliau menerbitkan kertas kerja yang bertajuk “Lengkungan Elips Modular dan Teorem Terakhir Fermat” (Modular elliptic curves and Fermat’s Last Theorem). Akhirnya, ahli matematik menerima pembuktian yang dilakukan oleh Andrew Wiles dan seterusnya Teorem Terakhir Fermat berjaya dibuktikan. Sebagai penghargaan terhadap usahanya yang menakjubkan, beliau diberikan pelbagai anugerah matematik termasuklah Hadiah Abel daripada kerajaan Norway pada tahun 2016.

Sebagai kesimpulannya, walau serumit mana pun sesuatu masalah itu, pasti ada penyelesaiannya. Andrew Wiles berjaya membuktikan masalah matematik yang berusia 358 tahun walaupun masalah tersebut sangat mustahil untuk diselesaikan. Mungkin pada suatu hari nanti masalah-masalah lain seperti Hipotesis Riemann (Riemann Hypothesis) atau Konjektur Nombor Perdana Berkembar (Twin Prime Conjecture) dapat dibuktikan. Dan yang saya berharap saya adalah orang yang dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut!

Rujukan:

Sample, I. (2016, March 15). Abel Prize Won by Oxford Professor for Fermat’s Last Theorem Proof. Retrieved February 16, 2018, from https://www.theguardian.com/science/2016/mar/15/british-mathematician-andrew-wiles-abel-prize-fermats-last-theorem-proof

Are Mathematicians Finally Satisfied with Andrew Wiles’s Proof of Fermat’s Last Theorem? Why Has This Theorem Been So Difficult to Prove? (n.d.). Retrieved February 16, 2018, from https://www.scientificamerican.com/article/are-mathematicians-finall/

Singh, S. (2016, March 20). Why It’s So Impressive That Fermat’s Last Theorem Has Been Solved. Retrieved February 16, 2018, from https://www.telegraph.co.uk/science/2016/03/20/why-its-so-impressive-that-fermats-last-theorum-has-been-solved/

Artikel ini dipetik dari laman The Patriots dengan izin dari editor.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Andrew WilesHadiah AbelKonjektur Taniyama ShimuraTeorem Terakhir Fermat
ShareTweetShare
Previous Post

Kemasukan Semula (Re-Entry) Stesen Angkasa Lepas Cina Tiangong-1 Ke Atmosfera

Next Post

Pelajar Jerman Cipta Sarung Telefon Pintar Cegah Kerosakan

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  Di Sebalik Pandemik COVID-19
Berita & Peristiwa

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Di Sebalik Pandemik COVID-19

2 months ago
Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi
Berita & Peristiwa

Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

3 months ago
Merangsang Kemahiran Matematik Bayi
Berita & Peristiwa

Merangsang Kemahiran Matematik Bayi

3 months ago
Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian
Berita & Peristiwa

Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

3 months ago
Next Post
Pelajar Jerman Cipta Sarung Telefon Pintar Cegah Kerosakan

Pelajar Jerman Cipta Sarung Telefon Pintar Cegah Kerosakan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In