Nanoteknologi : Kita Berada di tangga ke-25 Dunia
PUSAT penyelidikan perdana bagi pembangunan teknologi Malaysia, Mimos Berhad (Mimos) menghasilkan 190 paten harta intelek (IP) produk berasaskan teknologi nano sejak 2006 yang memacu ekonomi negara di peringkat antarabangsa. Pengarah Penyelidikan Sistem Mekanikal Elektro Mikro (MEMS), Sistem Nano Elektromekanikal (NEMS) dan Nanoelektronik Mimos, Saat Shukri Embong, berkata penambahan paten berkenaan menempatkan Malaysia di landasan terbaik...
USM Kaji Keberkesanan MBAR
Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan kepakarannya dalam bidang kawalan tembakau dan asap rokok bagi membantu kerajaan negeri Melaka mengkaji keberkesanan kempen Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) yang akan dilihat sepenuhnya pada 2013. Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, USM melalui Pusat Racun Negara akan menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti kajian bagi melihat sejauhmana kempen...
Sistem Rangkaian Komputer UTM Kembali Pulih Selepas diceroboh
Sistem rangkaian komputer Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kembali berfungsi seperti biasa selepas diserang penafian khidmat teragih (Distributed Denial-of-Service (DDoS)) pada 15 Januari lalu. Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) Profesor Dr Safaai Deris berkata, serangan itu telah melumpuhkan rangkaian komputer di seluruh kampus UTM di Johor Bahru. Menurutnya, pengkodam telah berjaya menceroboh masuk dan...
UTM Tawar Kursus Kejuruteraan Nuklear
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memperkenalkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear bermula sesi 2012/2013. Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang berkata berikutan permintaan yang kian meningkat terhadap tenaga alternatif UTM menawarkan kepakaran memperkenalkan kursus nuklear. “Banyak negara telah mula beralih kepada tenaga nuklear kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada sumber tenaga...
Pengusaha Makanan Digesa Menggunakan Minyak Sawit
Pengusaha makanan digesa menggunakan lemak minyak sawit dalam makanan keluaran mereka kerana ia jauh lebih sihat dari lemak yang berasaskan haiwan. Prof Dr Aminah Abdullah, seorang pakar pemakanan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM berkata lemak minyak sawit mengandungi dua bahan yang memberikan manfaat kepada kesihatan iaitu Beta carotene dan Tocopherol sejenis Vitamin E....
10 Majalah Sains Terbaik Pilihan Editor
Berikut adalah 10 senarai terbaik majalah sains popular antarabangsa pilihan editor. Scientific American (Nature Publishing Group, US) BBC Knowledge (BBC) Science Illustrated (Bonnier Publications International) Cosmos (Luna Media Pty Ltd, Australia) How It Works (Imagine Publishing) BBC Focus (BBC Worldwide, UK) Discover (Kalmbach Publishing, New York City) New Scientist (Reed Business Information Ltd, UK)...
The Manga Guide to Physics
Pelbagai cara untuk menarik minat pelajar mendalami bidang sains. Buku atau lebih tepat komik yang popular dengan istilah Manga hasil cetusan idea Hideo Nitta ini tentunya mampu menarik minat pelajar mendalami sains dengan lebih mudah dan menghiburkan. Ia bermula dengan watak seorang pelajar perempuan, Megumi yang cemerlang dalam bidang sukan. Namun dia mengalami kesukaran...
Kesan Radiasi Ribut Matahari Tidak Membahayakan
Banyak SMS dan khabar-khabar angin di negara-negara tertentu yang tersebar tentang bahaya radiasi yang tercetus akibat ribut matahari yang berlaku awal minggu ini. Antara isi kandungan khabar angin tersebut ialah jumlah radiasi yang sampai ke bumi adalah tinggi boleh membayakan kulit. Maka orang ramai harus melindungi kulit mereka dengan krim tertentu untuk mengelakkan bahaya radiasi...
Fenomena Aurora dari Ribut Matahari
Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights. Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk...




