SHARE
Oleh: Dr. Sarva Mangala Praveena
Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan Persekitaran
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh penulis berjudul ‘Application of Low-Cost Materials Coated with Silver Nanoparticle as Water Filter in Escherichia coli Removal’ yang telah diterbitkan di jurnal ‘Exposure and Health’ terbitan Springer.
*************************************************************************************
Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi semasa bencana alam merupakan aspek yang sangat mencabar. Dalam keadaan bencana alam, sistem “point of use” merupakan jalan penyelesaian yang telah terbukti cekap, kos efektif, mudah untuk digunakan, dan sangat mudah alih.
Sistem “point of use” juga dilihat mampu menambah kualiti air yang dirawat dan mampu mengurangkan kes penyakit berjangkit bawaan air semasa bencana alam.
Terdapat pelbagai material kos rendah yang telah digunakan sebagai dalam teknologi rawatan air melibatkan sistem “point of use”. Setakat ini antara material yang telah digunakan adalah seperti seramik, membran polimer, sisa pertanian dan serat.
Antara semua material yang digunakan, serat dilihat mempunyai kelebihan untuk digunakan semasa bencana alam. Terdapat dua jenis serat, sintetik dan semulajadi. Serat sintetik adalah seperti karbon and metalik manakala fiber semulajadi melibatkan substrak selulosa.
Antara material substrak selulosa yang telah digunakan sebagai potensi penapis air ialah kertas selulosa. Kertas selulosa ini dianggap lebih murah, proses penapisan yang cepat, tidak memerlukan tenaga tambahan kerana ia menapis secara graviti tanpa bantuan elektrik atau melibatkan pum.
Kelebihan kertas selulosa ini menjadikan ia sebagai pilihan material yang terbaik untuk digunakan sebagai material alat penapis mudah alih yang menggunakan sistem “point of use” yang mampu digunakan semasa keadaan bencana.
Catatan Editor: Gambar sekadar contoh produk yang diambil dari laman evoteching. Dan tiada kena mengena dengan jurnal dan artikel ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge