23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 19, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bomoh Geofizik ? Bahagian II

Info Geologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
22/07/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Dr Mohd Hariri Arifin, Kamilia Sofia Mohd Hathim & Asirah Rahmat
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kandungan artikel bahagian pertama siri artikel ini boleh dicapai melalui pautan di bawah :

Artikel Berkaitan: Bomoh Geologi. Bahagian I

 

sambungan artikel…

C) Bomoh Minyak dan Gas

Sebut sahaja mengenai minyak dan gas, apa yang terlintas di fikiran kebanyakan orang ialah Petronas, Shell, Petron dan syarikat-syarikat petroleum yang lain. Namun, apakah kaitan geofizik dengan minyak dan gas? Bagaimana perusahaan petroleum mengaplikasikan kaedah geofizik untuk memperolehi minyak dan gas tersebut?

Secara umumnya, eksplorasi geofizik dijalankan untuk memetakan struktur sub-permukaan sesuatu kawasan, mengenalpasti struktur di bawah permukaan bumi dan juga untuk mengesan struktur-struktur seperti sesar, lipatan dan batuan intrusif (Fidel Russel et al., 2012). Cara tersebut dapat menilai potensi kehadiran pengumpulan hidrokarbon.

Kaedah survei graviti diguna pakai untuk mengenalpasti ketumpatan jasad batuan yang seterusnya digunakan untuk mengesan pengendapan bijih besi, skarn dan diapir garam yang boleh membentuk perangkap minyak dan gas.

Kaedah pantulan seismik merupakan kaedah geofizik yang turut digunakan secara meluas dalam eksplorasi hidrokarbon. Kaedah tersebut digunakan untuk memetakan taburan stratigrafi sub-permukaan dan strukturnya. Cara demikian dapat membantu dalam mengenalpasti potensi pengumpulan hidrokarbon.

Kaedah graviti (Rajah 3) dan magnet turut digunakan untuk mengetahui kedalaman struktur geologi di bawah lautan yang tidak terjangkau dek penglihatan seperti lembangan, sesar, lipatan, rejahan batuan igneus dan diapir garam.

Rajah 3. Contoh anomali graviti bagi kajian sumber petroleum dipetik dari Akhmal Sidek et al., (2016)

 

D) Bomoh Arkeologi

Perkataan “arkeologi” sudah tidak asing lagi pada pendengaran kebanyakan orang pada zaman kini. Lazimnya dalam dokumentari di televisyen, bidang arkeologi digambarkan dengan memaparkan beberapa orang pengkaji yang memegang berus atau kanta pembesar dan memerhatikan dengan teliti fosil dan artifak yang dijumpai oleh mereka. Jadi secara umumnya, arkeologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang sains yang menjalankan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan. Namun, apa pula kaitan antara kaedah geofizik dengan bidang arkeologi?

Maklumat arkeologi yang signifikan dapat diperoleh berdasarkan perbezaan antara pelbagai sifat fizik bahan bumi seperti ketumpatan, kemagnetan, kekonduksian dan kekenyalan (Masron & Saidin, 2015). Bagi bahan bumi yang homogen, bacaan sifat fizik yang diukur secara relatif adalah tidak seragam. Namun, jika terdapat kehadiran artifak atau objek yang tertimbus di bawah permukaan bumi, maka perbezaan sifat fizik bahan tersebut direkodkan di permukaan bumi sebagai anomali (bacaan yang berbeza dengan bacaan untuk bahan di sekitarnya).

Bagi menentukan anomali, kerja ekskavasi geologi perlu dijalankan. Lazimnya, kedudukan dan kedalaman bahan anomali dapat dikenalpasti melalui teknik pemetaan berdasarkan bentuk dan struktur yang diukur. Rajah 4 menunjukkan contoh kerja penyiasatan terowong lama di Tumpat, Kelantan sekitar tahun 2012.

Berbanding kaedah geofizik yang lain, kaedah keberintangan geoelektrik digunakan secara meluas dalam kajian arkeologi menggunakan kadar kebolehaliran elektrik sebagai penentu keadaan di bawah permukaan bumi. Kaedah magnet juga sering digunakan untuk kajian arkeologi menggunakan alat magnetometer. Selain itu, kaedah Ground Penetrating Radar (GPR), atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai kaedah radar tusukan bumi juga semakin mendapat perhatian dan penggunaan kaedah ini semakin meningkat mengikut peredaran zaman.

 

Rajah 4. a) Hasil kaedah keberintangan geoelektrik menunjukkan anomali kewujudan terowong. b) Pengesahan dilakukan di lapangan terhadap data anomali yang menunjukkan salah satu kewujudan terowong di kawasan siasatan. c) Syaf untuk ruang pengudaraan dijumpai pada peringkatan mengesahkan kewujudan terowong lama.

 

E) Bomoh Mineral

Mineral atau bahan galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Perkataan “mineral” merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Mineral lazimnya ditemui pada batuan dan terdapat juga di dalam tanah. Namun bagaimana kaedah geofizik diaplikasikan dalam eksplorasi mineral?

Antara kaedah geofizik yang diguna pakai ialah kaedah magnet yang digunakan   bagi mengesan permineralan bijih besi (Rajah 5). Tugas ini dilakukan dengan membuat pemetaan anomali magnet yang berkaitan dengan pembentukan jaluran besi yang biasanya mengandungi mineral bermagnet di beberapa bahagian. Mineral skarn yang sering mengandungi magnetit juga boleh dikesan. Magnetit, hematit adalah mineral yang lazimnya berhubungkait perubahan hidroterma yang mana perubahan tersebut dapat dikesan untuk membuktikan bahawa permineralan hidroterma memberi kesan kepada batuan.

Seterusnya, kaedah survei eletromagnetik juga boleh dijalankan bagi mengesan pelbagai jenis pengendapan mineral terutamanya sulfida logam melalui pengesanan anomali kekonduksian yang boleh dijana pada sekitar jasad sulfida di sub-permukaan bumi. Kaedah eletromagnetik juga digunakan dalam eksplorasi berlian dan mineral grafit. Kaedah tinjauan udara atau lebih dikenali sebagai airborne turut digunakan dalam eksplorasi mineral. Namun, di Malaysia kaedah tersebut jarang digunakan. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pernah melakukan penyiasatan taburan mineral secara rantau menggunakan kaedah ini. Keadaan topografi yang berbukit bukau dan jalan akses yang terhad boleh mengekang kerja penyiasatan geofizik. Pilihan yang ada adalah menggunakan kaedah ini dengan manfaat penjimatan masa namun kos penerbangan untuk mendapatkan data mungkin menjadi penghalang.

 

Rajah 5. Penyiasatan pemineralan bijih besi melalui kaedah magnet di Bukit Ibam, Pahang.

 

Bagaimana cara untuk menjadi “Bomoh Geofizik”?

Umum kita ketahui, setiap ilmu yang dipelajari mestilah berguru. Kalau tidak berguru, kepada siapa kita ingin bertanya seandainya terdapat persoalan yang timbul di benak fikiran kita?  Kalau belajar berseorangan dan malu bertanya dikhuatiri mempunyai ‘fahaman’ yang terpesong, bah kata pepatah “Malu bertanya, sesat jalan”. Ahli geofizik juga perlu berdaftar dengan Lembaga Geologi Malaysia. Hal-hal berkaitan dengan latihan, seminar dan persidangan pula banyak dianjurkan melalui kerjasama Institut Geologi Malaysia dengan Persatuan Geologi Malaysia serta universiti mahupun institusi pengajian tinggi.

Jadi, ingin dikongsikan dalam penulisan ini tentang beberapa tempat yang menawarkan ilmu “bomoh geofizik” khususnya di Malaysia, iaitu:

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Universiti Malaya
  3. Universiti Sains Malaysia
  4. Universiti Malaysia Kelantan
  5. Universiti Malaysia Sabah

Seandainya ada di antara pembaca yang mempunyai peluang untuk menuntut ilmu di tempat-tempat tersebut, maka gunakanlah peluang itu dengan sebaiknya.

 

Kesimpulan

Sebagai penutup, kepelbagaian jampi serapah (kaedah geofizik) menjadikan bidang ini antara bidang gunaan dalam bidang teras geologi. Untuk menjadi seorang bomoh geofizik, antara ilmu yang seharusnya dikuasai ialah ilmu geologi dan geofizik serta dibantu oleh pengalaman yang mencukupi bagi menjadikan sesorang itu seorang ‘bomoh’ yang hebat dan cekap.

 

Rujukan

Pembaca digalakan merujuk dan membaca senarai rujukan di bawah bagi mendapat pemahaman yang lebih. Mungkin dengan cara ini bakal memberikan minat kepada anda semua dan generasi muda sebagai pewaris bakat sebagai “Bomoh”.

[1] Abdul Rahim Samsudin, 2002, Kaedah dan Peranan Geofizik: Menyingkapi Tabir Struktur dan Maklumat Bawah Permukaan Bumi, Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 57ms

[2]Abdul Rahim Samsudin dan Idrus Shuhud (Terj.), 1991: PRINSIP-PRINSIP GEOFIZIK, DBP, K.L., 399 ms..

[3]Fidel Russel. 2012. Geophysical Exploration of Petroleum Products: London, UK. Auris  Reference Ltd.

[4]John Stephen Kayode, Mohd Hariri Arifin, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Azimah Hussin, Mohd Nawawi Mohd Nordin & Norsyafina Roslan. 2019. The vulnerability of the aquifer units in the flood-affected areas of the east coast Peninsula Malaysia. Arabian Journal of Geosciences.12:146

[5]Khan, S.D.& Jacobson, S. 2008. Remote Sensing and Geochemistry for Detecting Hydrocarbon            Microseepages“. Geological Society of America Bulletin. 120: 96    105

[6]Lindeque, A.S., Ryberg, T., Stankiewicz, J., Weber, M.H. and De Wit, M.J., 2007. Deep  crustal seismic reflection experiment across the southern Karoo Basin, South Africa. South African Journal of Geology, 110(2-3), pp.419-438.

[7]Masron, T. & Saidin, M. 2015. Teknologi Maklumat Ruangan Dalam Arkeologi. Penerbit USM

[8]Mohd Hariri Arifin, Nor Shahidah Mohd Nazer dan Abdul Qayyum Jalal. 2020. Pengecaman mekanisme utama tanah runtuh cetek di Bukit Fraser, Pahang. Bulletin Geological Society of Malaysia. (69):79-88.

[9]Waddell, J., Fenwick, J. and Barton, K. 2009. Rathcroghan: archaeological and geophysical survey in a ritual landscape, Bray: Wordwell.

[10]Characterization of a Proposed Quarry Site using Multi-Electrode Electrical Resistivity Tomography
John Stephen Kayode, Mohd Hariri Arifin & Mohd Nawawi
http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-48-5-2019/03%20John%20Stephen%20Kayode.pdf

[11]Geomagnetic Phenomena Observed by a Temporal Station at Ulu-Slim, Malaysia during The Storm of March 27, 2017
Arafa-Hamed, T., Khalil, A., Nawawi, M., Hassan, H. & M.H. Arifin
http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-48-11-2019/13%20Arafa-Hamed,%20T.pdf

[12] Application of Gravity Survey for Tin Exploration at Bongsu Granite, Kulim, Kedah, Malaysia  
Fakhruddin Afif Fauzi, Mohd Hariri Arifin, Mohd Basril Iswadi Basori, Khairul Arifin Mohd Noh & Mohd Rozi Umor
http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-48-11-2019/20%20Fakhruddin%20Afif%20Fauzi.pdf

Kredit Foto : geologyin

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Asirah Rahmat Asirah RahmatBomoh ArkeologiBomoh GeofizikBomoh MineralBomoh Minyak dan GasDr Mohd Hariri ArifinInfo GeologiJabatan Sains Bumi dan Alam SekitarKamilia Sofia Mohd HathimUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Bomoh Geofizik ? Bahagian I

Next Post

Kerjaya - Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser
Berita & Peristiwa

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

22 hours ago
Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah
Alam Semulajadi

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

3 days ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

4 days ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

2 weeks ago
Next Post
Kerjaya – Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains

Kerjaya - Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In