Idea menghasilkan tikar penjana elektrik mudah alih membawa tuah kepada dua pelajar IPT apabila mengungguli cabaran universiti Schneider Electric Go Green in the City Peringkat Kebangsaan 2015.
Pasukan GG terdiri daripada Adrian Teo Wei Hong, 22 dari Kolej KDU Pulau Pinang dan pelajar UNIMAP Perlis, Lee Jia Ying, 23.
Wei Hong berkata, tikar khas itu mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk kegunaan tiga isi rumah atau menampung pencahayaan lebih 1,000 unit lampu LED
Mengunakan elektrod, papan metalik dan seramik piezoelektrik, setiap tenaga yang terhasil apabila tikar itu dipijak boleh disimpan di pusat pengurusan kawalan kuasa sebelum digunakan semula.
Kaedah ini mampu mengurangkan pembaziran tenaga, selain tidak memberi kesan terhadap kelestarian alam semulajadi”, katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Tempat pertama dalam pertandingan tersebut menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.,
Kemenangan itu sekaligus menyaksikan pasukan GG menggalas saingan negara ke pertandingan peringkat zon Asia Timur yang berlansung di Vietnam, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah sumber manusia negara, Schneider Electric Malaysia, Anna Tan, berkata sebanyak 184 idea pengurusan tenaga diterima darpada penyertaan kolej dan universiti seluruh negara, sebelum lapan pasukan dipilih mara ke peringkat cabaran akhir.
Beliau berkata, sambutan menggalakkan itu membuktikan generasi muda kini berminat mencari kaedah penyelesaian bersama bagi mengatasi masalah pengurusan tenaga secara global.
Sumber- Berita Harian