SHARE
Abbas Ibn Firnas

Oleh Adawiah Zainal

Ibn Baitar & Abbas Ibn Firnas

Seorang lagi tokoh perubatan Islam dari Andalusia ialah Ibn Baitar yang turut dikenali sebagai ahli botani dan ahli farmasi. Beliau cemerlang semasa Zaman Kegemilangan Islam dan Revolusi Pertanian Arab. Sebagai ahli farmasi, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah ensiklopedia farmaseutikal yang bertajuk Collection of Simple Drug and Food. Ensiklopedia tersebut menyenaraikan lebih 1400 tumbuh-tumbuhan, makanan dan ubat-ubatan.

         Antara karya lain beliau ialah Kitab Al-Mughni Fi Al Adawiya Al Mufradaa, sebuah ensiklopedia perubatan Islam yang menggabungkan ilmu tumbuh-tumbuhan dan digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit berkaitan dengan kepala, telinga dan mata.

         Berbeza dengan Abbas Ibn Firnas, yang merupakan seorang ilmuwan Islam dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah dilahirkan di Ronda, Sepanyol yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Izn-Rand Onda, Al-Andalus. Sebagai seorang jurutera Islam, beliau aktif dalam mencipta pelbagai kemudahan seperti jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata dan cara memotong batu Kristal dengan mudah.

         Beliau juga meminati bidang astronomi dan membina sebuah planetarium di dalam rumahnya seperti simulasi langit, pergerakan planet, bintang, awan, guruh dan kilat. Sebuah kawah di bulan iaitu kawah Ibn Firnas telah dinamakan sempena nama beliau.

Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge