Editorial

June 17th 2009 | Posted by editor

Salam hormat,

Kami mengucapkan selamat datang kepada pengunjung MajalahSains.com atas kesudian anda menjengah laman ini. MajalahSains.com merupakan satu wadah baru dan pertama kali muncul di alam siber untuk menyampaikan berita-berita dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat di Malaysia.

Kami mengalu-alukan sumbangan rencana dan artikel serta idea-idea bermutu dari pengunjung untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyampaian berita, maklumat dan aktiviti terkini mengenai sains dan teknologi untuk sama-sama dimanfaatkan oleh masyarakat di luar. Semoga usaha murni kita dipermudahkan.

Sekian

Editorial


Copyright © 2009-2010 MajalahSains.com