23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 19, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Elektrolit Mesra Alam daripada Polimer Semulajadi

Mudahnya Baca Jurnal

Saiful Bahari by Saiful Bahari
26/09/2018
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Noor Azniza Binti Mohd Noor

Pusat Pengajian Sains Asas, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

Nota : [Berikut merupakan ringkasan jurnal Prof. Madya Dr. Mohd Ikmar Nizam Bin Mohamad Isa dan penulis sendiri berjudul ‘Ionic conduction mechanism of solid biodegradable polymer electrolytes based carboxymethyl cellulose doped ammonium thiocyanate’ yang diterbitkan dalam Applied Mechanics and Materials pada tahun 2015.

 

Bateri merupakan komponen penting dalam peralatan elektrik dan elektronik yang berfungsi membekalkan sumber tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini terhasil daripada tindak balas kimia di dalam bateri. Bateri terdiri daripada tiga komponen utama iaitu anod, katod dan elektrolit. Elektrolit merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam membangunkan bateri yang berprestasi tinggi. Namun begitu, bahan yang digunakan untuk penghasilannya mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan juga mencemarkan alam sekitar. Kos bahan kimia yang digunakan juga adalah tinggi menyebabkan harga bateri di pasaran adalah mahal. Selain itu, bateri di pasaran menggunakan elektrolit cecair yang mempunyai banyak masalah diantaranya ialah kebocoran, pengaratan, mudah meletup dan berat. Masalah sedemikian telah menarik minat penyelidik untuk menerokai bidang kajian mengenai elektrolit polimer menggunakan bahan semulajadi bagi menghasilkan bateri berprestasi tinggi yang bersifat mesra alam, selamat digunakan dan lebih murah.

Elektrolit polimer telah diperkenalkan oleh P.V. Wright dan rakan-rakan penyelidikannya pada tahun 1975. Hasil daripada kajian mereka melaporkan polimer sintetik iaitu poli(etilena oksida) didop dengan sodium tiosianat menghasilkan konduktiviti sebanyak ~10-5 Scm-1. Elektrolit polimer juga didapati mempunyai banyak kelebihan seperti berbentuk fleksibel, sifat mekanikal yang stabil, tidak bocor dan yang paling penting sangat mudah untuk disediakan. Polimer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu polimer sintetik dan juga polimer semulajadi. Polimer sintetik yang sering digunakan untuk penghasilan elekrolit polimer adalah menggunakan bahan berasaskan petroleum seperti poli(etilena oksida), poli(vinil alkohol) dan poli(vinil klorida). Namun begitu, polimer sintetik ini mengambil masa yang lama untuk terurai, kos yang mahal dan juga tidak larut dalam air. Maka, penyelidik pada masa kini mengkaji polimer semulajadi seperti selulosa, kitosan, kanji dan gelatin sebagai bahan elektrolit polimer kerana polimer semulajadi ini senang didapati dan bersifat mesra alam.

Elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil selulosa didop dengan amonium tiosianat.

Elektrolit polimer pepejal menggunakan bahan polimer semulajadi iaitu karboksimetil selulosa telah dihasilkan dalam kajian ini. Karboksimetil selulosa ini digunakan berdasarkan sifat keunikannya seperti bahan ini terdapat banyak di alam sekitar iaitu daripada sisa tumbuhan seperti daun-daun kering, ranting pokok dan hampas tebu, kos yang rendah, mudah terurai, mudah larut dalam air dan selamat digunakan. Salah satu kriteria penting untuk diaplikasi sebagai elektrolit dalam bateri adalah mempunyai kekonduksian yang tinggi. Pada dasarnya, polimer merupakan bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik iaitu bersifat penebat. Oleh itu, karboksimetil selulosa didop dengan amonium tiosianat sebagai pembawa cas dan didapati menghasilkan konduktiviti yang tinggi. Penemuan ini menunjukkan elektrolit pepejal polimer berasaskan karboksimetil selulosa didop dengan amonium tiosianat ini berpotensi untuk diaplikasikan sebagai elektrolit dalam penghasilan bateri berpestrasi tinggi yang bersifat mesra alam dan murah [1].

 

Rujukan

[1] M.I.N. Isa, N.A.M. Noor, Ionic conduction mechanism of solid biodegradable polymer electrolytes based carboxymethyl cellulose doped ammonium thiocyanate, in: Applied Mechanics and Materials, 2015, Vols. 719-720, pp. 114-118.

 

Kredit Foto : www.asianscientist.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: jurnal malaysiamudahnya baca jurnalsaintifiksaintis malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia: Dr Shahrul Kadri Ayop

Next Post

Tenaga Solar Daripada Bunga Belimbing Buluh, Apakah Kaitannya?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser
Berita & Peristiwa

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

22 hours ago
Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah
Alam Semulajadi

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

3 days ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

4 days ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

2 weeks ago
Next Post
Tenaga Solar Daripada Bunga Belimbing Buluh, Apakah Kaitannya?

Tenaga Solar Daripada Bunga Belimbing Buluh, Apakah Kaitannya?

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In