23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

Galakkan Pelajar Menjawab Soalan Subjektif

Editor by Editor
13/04/2021
in Berita & Peristiwa, Komputer & IT, Pengajaran & Pembelajaran
0 0
0

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Salah satu cabaran guru sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau di dalam bilik darjah ialah dalam aspek mentaksir pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran pelajar yang kebiasaannya dilaksanakan dalam bilik darjah. Kaedah yang biasa dilakukan ialah ujian yang berasaskan kertas dan pensil. Dalam keadaan sekarang, ujian pelbagai pilihan jawapan (multiple choice questions) tidak sesuai dilaksanakan lebih-lebih lagi pembelajaran dilaksanakan secara maya di mana teknologi menjadi medium perhubungan berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, guru seharusnya kreatif untuk mentaksir pelajar dengan menggunakan pendekatan yang digunakan bukan sahaja mudah tapi berkesan untuk mengikuti perkembangan prestasi pelajar. Hal ini penting lebih-lebih lagi guru dan murid menghadapi cabaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran di rumah.

Salah satu alternatif pentaksiran atau barangkali guru telah pun biasa melaksanakannya ialah dengan menggunakan soalan subjektif berbanding soalan objektif atau lebih dikenali sebagai soalan pelbagai pilihan jawapan. Terdapat beberapa kelebihan soalan berbentuk subjektif terhadap perkembangan pencapaian pelajar. Memberikan soalan berbentuk subjektif barangkali tidaklah memerlukan peralatan teknologi yang canggih, rangkaian internet yang kuat dan sebagainya. Ianya hanya memerlukan guru mengutarakan soalan berbentuk subjektif melalui platform aplikasi whatsapp, media sosial seperti facebook dan sebagainya. Guru kemudiannya memberi masa kepada pelajar untuk menjawab soalan subjektif yang diberikan, sebelum pelajar diminta untuk menyerahkan jawapan mereka dengan bentuk imej dan sebagainya kepada guru mereka melalui sebarang platform digital yang mudah.

Untuk soalan subjektif, guru boleh lihat bagaimana pelajar tersebut berfikir. Ini kerana mereka perlu menunjukkan jalan kerja penyelesaian soalan semasa hendak menjawab soalan subjektif tersebut. Sebaliknya, guru tidak dapat mengenalpasti cara pelajar berfikir untuk soalan berbentuk objektif. Hal ini selari dengan pendekatan teori pembelajaran kognitivisme yang mempertimbangkan ‘tingkah laku’ pemikiran yang berlaku dalam minda pelajar dan yang tidak dapat diperhatikan. Maklumat diproses dalam minda pelajar sebelum dikeluarkan dalam bentuk maklumbalas.

Sehubungan itu, maklumat yang tidak dapat diperhatikan diterjemahkan dalam bentuk langkah-langkah penyelesaian masalah pelajar sebelum mereka menghasilkan jawapan iaitu maklumbalas. Manakala jawapan ‘betul-salah’ atau pelajar hanya memilih jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang ada hasil daripada prinsip pembelajaran teori behaviorisme yang hanya menekankan rangsangan dan maklumbalas sahaja tanpa mengambilkira apa yang berlaku dalam minda pelajar.  Dengan melihat cara pelajar menjawab soalan, para guru boleh memikirkan pendekatan ataupun merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pada masa hadapan.

Soalan subjektif juga digunakan untuk menguji pengetahuan dan pemahaman yang dimiliki oleh pelajar. Ini seterusnya dapat meningkatkan kemampuan berfikir dan penyelesaian masalah pelajar. Soalan subjektif juga sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Hal ini seterusnya mendorong pelajar untuk belajar lebih banyak dan menjadi pemikir kritis yang lebih baik kerana untuk menjawab soalan subjektif pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan kreatif dalam menyatakan jawapan mereka.

Soalan subjektif, biasanya pelajar harus membina sendiri jawapan oleh pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pendapat atau cadangan mereka. Sebaliknya, soalan objektif mendorong pelajar untuk menghafal dan biasanya membataskan pemikiran kritis pelajar dalam menjawab soalan. Soalan subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan dan penulisan jawapan. Soalan subjektif memberi peluang kepada pelajar bebas mengemukakan atau menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri tentang sesuatu isu ataupun topik.

Pelajar akan menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara sendiri dan mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka. Soalan subjektif juga menilai kemampuan menulis dan berkomunikasi pelajar. Pelajar dapat mengorganisasikan idea dan membina hujah yang logik. Pelajar memilih isi atau idea daripada pengetahuan sedia ada, menyusun isi atau idea dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya dapat dipersembahkan dengan baik.

Untuk soalan objektif pula, kekurangannya ialah pelajar boleh memilih jawapan tanpa perlu menunjukkan jalan kerja. Pada masa yang sama, kaedah seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan secara rawak tanpa perlu memahami soalan dan keperluan soalan itu dibuat. Walaupun kaedah ini memudahkan guru untuk menanda soalan tersebut, namun matlamat pengajaran tidak akan tercapai jika penilaian yang diberi tidak menyeluruh dan mengambilkira proses yang berlaku kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik yang diberi.

Selain itu, soalan objektif tidak dapat meningkatkan kemahiran penaakulan dalam kalangan pelajar dan mendorong mereka memilih jawapan secara rawak. Dengan penaakulan, pelajar dapat mengaplikasikan sesuatu konsep yang dipelajarinya dalam pelbagai situasi. Sebaliknya melalui penghafalan, pelajar tidak dapat menghubungkan pengetahuan hasil dari pembelajaran mereka ke dalam situasi yang berbeza seperti penyelesaian masalah dan sebagainya.

ARTIKEL LAIN DARI PENULIS;
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Untuk Subjek Matematik
COVID-19 dan Pemikiran Statistik Pelajar
Pentaksiran PISA: Di mana Kedudukan Malaysia untuk Literasi Matematik di Kalangan Negara Asia Tenggara
Pendekatan Inkuiri Pendidikan STEM dalam Tragedi ‘Budak Gua’ di Thailand
Geometri Ransang Minda Lerai Permasalahan

Kredit foto: Shutterstock

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Pendidikan
ShareTweetShare
Previous Post

FaSSA Colosseum 1.0 : Alternatif Menghubungkan Pelajar Fakulti Sains Semasa Pandemik Covid-19

Next Post

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In