SHARE
MajalahSains mula menyedari polemik “Mr. Professor, no one is reading you” yang acapkali diperkatakan oleh orang awam berkenaan ahli akademia. Sehubungan dengan itu, MajalahSains melancarkan projek angkat yang dikenali dengan nama #MudahnyaBacaJurnal. Ia bertujuan menarik minat orang awam, penulis sains, wartawan, penuntut serta rakyat Malaysia secara umumnya untuk mengikuti perkembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan di universiti-universiti di Malaysia dalam gaya bahasa yang ‘mudah’.
Projek ini tertumpu kepada usaha untuk memudahkan pemahaman terhadap penerbitan jurnal, kertas kerja dan laporan yang lansung tidak menarik minat untuk orang ramai untuk membaca dan cuba memahami walaupun sedikit intipati tulisan tersebut. Sebahagian besar isi kandungan jurnal tersebut sangat penting untuk menjelaskan sesuatu penemuan baru melalui kajian saintifik yang dijalankan.
Ketidakfahaman orang awam terhadap R&D di Malaysia telah menyebabkan muncul tulisan-tulisan di media melaporkan berita “R&D Universiti Syok Sendiri”, “Pembaziran” dan sebagainya. Laporan sedemikian memberi tanggapan yang salah kepada pembaca. Bentuk laporan sedemikian akan merencatkan kegiatan pencarian ilmu dan laporan pengetahuan baru melalui penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh saintis dan penyelidik.
Untuk tujuan ini, kami mencari sukarelawan yang berminat untuk bersama kumpulan editor yang akan menyemak artikel #MudahnyaBacaJurnal yang dihantar oleh penyelidik.
Sekiranya berminat untuk menjadi sukarelawan kumpulan editor, bolehlah menghantar email ke editormajalahsains@gmail.com dengan tajuk “Saya berminat menjadi kumpulan editor” bersama dengan CV atau latarbelakang diri masing-masing seperti google scholar dan sebagainya. Setelah menerima emel, kami akan membuat tindakan susulan secepat mungkin.

####################################################

Untuk mengikuti projek #MudahnyaBacaJurnal, cara-caranya seperti berikut:

1. Pilih jurnal atau artikel yang diterbitkan oleh Prof/Prof Madya/Dr/Encik/Puan/ atau terbitan anda sendiri.
2. Ringkaskan jurnal/artikel tersebut dalam 200-400 patah perkataan dalam bahasa Melayu.
3. Sertakan gambar-gambar dan rujukan berkenaan

4. Laras bahasa yang mudah untuk orang awam

5. Sertakan glosari istilah sekiranya perlu
6. Hantarkan artikel ringkasan tersebut kepada editormajalahsains@gmail.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge