23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 19, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Karen Uhlenbeck Wanita Pertama Menerima Hadiah Abel

Hadiah Abel 2019

Editor by Editor
26/03/2019
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh: Lukhman Abdul Taib
Calon PhD (Sains Perkomputeran & Teoritikal)
Universiti Islam Antarabangsa

Kalau dahulu Maryam Mirzakhani merupakan wanita pertama yang menerima Pingat Fields, anugerah yang paling berprestij di dalam matematik, kali ini Karen Uhlenbeck menjadi wanita yang pertama kali menerima Hadiah Abel di dalam sejarah.

Akademi Sains dan Persuratan Norway telah memutuskan untuk menganugerahkan Hadiah Abel untuk tahun 2019 kepada Dr. Karen Keskulla Uhlenbeck (Universiti Texas, Austin) di atas pencapaian beliau di dalam persamaan pembezaan geometri separa, teori tolok dan sistem terkamirkan, dan juga di atas hasil kerjanya yang memberi impak di dalam analisis, geometri dan fizik bermatematik.

Pengerusi jawatankuasa anugerah, Hans Munthe-Kaas, menyatakan, “Teori-teori beliau telah merevolusikan kefahaman kami mengenai permukaan minimum, seperti masalah-masalah peminimuman yang lebih umum di dalam dimensi lebih tinggi.

Di antara pencapaian Dr. Uhlenbeck ialah beliau berjaya menggambarkan bentuk salutan sabun yang kompleks bukan di dalam mandi buih tetapi di dalam ruang berlengkung yang abstrak dan berdimensi tinggi. Hasil-hasil kerja beliau kemudiannya merincikan secara bermatematik teknik-teknik yang banyak digunakan oleh ahli-ahli fizik di dalam teori medan kuantum untuk menggambarkan interaksi asas di antara zarah dengan daya.

Dalam proses tersebut, Dr. Uhlenbeck membantu merintis suatu bidang yang dikenali sebagai analisis geometri, dan beliau membangunkan teknik-tenik yang kini digunakan oleh kebanyakan ahli matematik.

“Beliau telah melakukan perkara yang tiada sesiapa terfikir untuk lakukannya,” kata Alice Chang Sun-Yung, salah seorang ahli jawatankuasa anugerah, “dan dengan apa yang beliau telah lakukan, beliau telah pun meletakkan asas-asas salah satu cabang matematik.”

Dr. Uhlenbeck mengetahui beliau telah memenangi anugerah tersebut pada pagi Ahad. “Apabila saya keluar dari gereja, saya dapati saya menerima sebuah mesej daripada Alice Chang yang mengatakan, “Boleh tak terima panggilan dari Norway?” kata beliau. “Setibanya saya di rumah, saya menelefon kembali pihak dari Norway dan mereka memberitahu saya.” Beliau turut mengatakan beliau tidak memutuskan lagi perkara yang akan diambil dengan hadiah anugerah sebanyak $700 ribu itu.

Dr. Uhlenbeck juga merupakan visiting associate di Institute for Advanced Study di Princeton. Beliau pernah menerima Hadiah Sains Kebangsaan pada tahun 2000 dan Hadiah Leroy P. Steele pada tahun 2007 “di atas sumbangan fundamental dalam aspek analitik teori tolok bermatematik” berdasarkan makalahnya Removable singularities in Yang-Mills field dan Connections with bounds on curvature pada tahun 1982.

Nama Hadiah Abel diambil bersempena dengan seorang ahli matematik berbangsa Norway bernama Niels Hendrik Abel, dan hadiah tersebut dianggap Hadiah Nobel bagi komuniti matematik. Semenjak 2003, hadiah tersebut dianugerahkan secara tahunan untuk menonjolkan kemajuan penting di dalam matematik. Pemenang-pemenang Hadiah Abel yang terdahulu kesemuanya merupakan lelaki, termasuklah Andrew J. Wiles (membuktikan Teorem Terakhir Fermat), Robert Langlands, Peter D. Lax, dan John F. Nash, Jr. (kehidupannya dipotretkan di dalam filem A Beautiful Mind).

 

Rujukan:

http://www.abelprize.no/c73996/binfil/download.php?tid=74095
https://www.bbc.com/news/science-environment-47613929
https://www.nytimes.com/2019/03/19/science/karen-uhlenbeck-abel-prize.html
https://www.agnesscott.edu/lriddle/women/uhlenbk.htm 


Sumber; Institute of Advanced Study

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia : Dr Roswati Md. Amin

Next Post

Pencairan Ais Gunung Everest Menampakkan Pemandangan Menakutkan ! Banyak Mayat Tertimbus

Editor

Editor

Related Posts

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser
Berita & Peristiwa

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

20 hours ago
Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah
Alam Semulajadi

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

3 days ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

4 days ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

2 weeks ago
Next Post
Pencairan Ais Gunung Everest Menampakkan Pemandangan Menakutkan ! Banyak Mayat Tertimbus

Pencairan Ais Gunung Everest Menampakkan Pemandangan Menakutkan ! Banyak Mayat Tertimbus

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In