23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 19, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu

Editor by Editor
14/02/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Mohd Uzair Rusli dan Tuan Ahmad Mustaqim Tuan Rosdan,

Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu

 

Anak penyu yang baru keluar daripada sarangnya di dalam pasir pantai mempunyai tingkah laku yang amat aktif. Secara semulajadi, anak-anak penyu perlu merangkak dan berenang ke laut dengan segera untuk mengelakkan mereka dimakan oleh pemangsa.

Sifat agresif anak penyu ini sering menghadirkan cabaran kepada para penyelidik terutamanya untuk mendapatkan data biologi seperti pengukuran saiz dan juga berat badan dengan tepat. Keadaan ini sebenarnya turut membahayakan anak-anak penyu jika mereka terjatuh dari ketinggian aras meja makmal, berkemungkinan mengalami kecederaan organ dalaman.

Antara kajian semasa Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu ialah pengukuran tenaga anak penyu yang baru menetas untuk menganggar potensi renangan mereka sebaik sahaja masuk ke laut bagi membantu memahami kawasan tumpuan renangan di perairan kita bagi tujuan konservasi.

Petua khusus untuk menenangkan anak-anak penyu ialah (i) menterbalikkan anak penyu, (ii) menutup kedua-dua matanya dengan jari, dan (iii) menekan lembut di bahagian bawah badan mereka. Ketiga-tiga langkah ini perlu dilakukan dengan cermat dan cepat, anak penyu akan berada dalam keadaan pegun selama 20 saat secara purata.

Gambar posisi jari untuk menenagkan anak penyu (Dilukis oleh: N. Wu). Foto kredit: Rusli et at. 2016

Banyak juga haiwan lain turut sama menunjukkan reaksi pegun jika diterbalikkan seperti arnab dan ikan yu. Namun bagi anak penyu, tindakkan menterbalikkan sahaja tidak mencukupi bahkan anak penyu akan berusaha menerbalikkan diri mereka kembali kerana  masih boleh melihat dan merasakan diri mereka terancam.

Mata anak penyu perlu ditutup kerana mereka amat sensitif kepada kehadiran cahaya. Proses merangkak ke pantai anak penyu pada waktu malam akan terganggu jika pantai persarangan mempunyai limpahan cahaya yang banyak. Faktor ini akan menyebabkan anak penyu tidak merangkak terus ke laut dan menghabiskan lebih banyak masa di pantai dan akhirnya mati dimakan pemangsa.

Seterusnya, bahagian bawah anak penyu yang dikenali sebagai plastron perlu ditekan dengan lembut bagi menenangkan seketika anak penyu yang aktif ini. Tindakan ini sebenarnya mampu memberi isyarat kepada anak penyu untuk berehat seketika. Perkara yang menarik bagi anak penyu ini, jika kita memberhentikan seekor anak penyu daripada bergerak, yang lain akan turut sama berhenti selagi mana kedudukan mereka rapat dan bersentuhan. Fenomena inilah yang menjadikan pergerakan anak penyu di dalam sarang sentiasa seiring atau serentak antara satu sama lain. Untuk rekod, satu sarang penyu mempunyai kira-kira 80-100 biji telur atau anak penyu di dalamnya.

Satu lagi petua untuk menenangkan anak penyu yang disimpan di dalam bekas bagi tujuan penyelidikan ataupun pemindahan adalah meletakkan mereka secara bertindih antara satu sama lain di dalam bekas yang gelap. Perkara ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga anak penyu kerana pembaziran tenaga untuk pergerakan yang tidak perlu akan menurunkan peluang mereka berenang dengan laju ketika masuk ke air.

Hubungi penulis di uzair@umt.edu.my untuk mendapatkan artikel penuh kajian ini yang diterbitkan di Chelonian Conservation and Biology: Tonic Immobility in Newly Emerged Sea Turtle Hatchlings dan di Encyclopedia of Animal Cognition and Behavior: Tonic Immobility. Kajian ini juga pernah dilaporkan di sebuah majalah sains popular antarabangsa NewScientist: https://www.newscientist.com/article/2095016-watch-a-baby-sea-turtle-being-hypnotised-so-we-can-weigh-it/

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Mohd Uzair Ruslioceanografi UMTPenyelidikan UMTPenyu
ShareTweetShare
Previous Post

Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam

Next Post

Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

Editor

Editor

Related Posts

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser
Berita & Peristiwa

Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

21 hours ago
Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah
Alam Semulajadi

Siput Gondang Emas: Ancaman Kepada Pesawah

3 days ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

4 days ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

2 weeks ago
Next Post
Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In