SHARE

Terjemahan oleh: P.M. Ir. Dr. Rosdiadee Nordin

Ini merupakan gambar terakhir Nikola Tesla, diambil pada tahun 1943. Tesla dikenali sebagai seorang ahli fizik, perekacipta dan jurutera yang terhebat di dalam sejarah ketamadunan manusia. Namun, penghujung kerjaya beliau banyak dibayangi dengan pelbagai kisah duka. Tesla telah jatuh miskin dan tinggal di dalam sebuah bilik hotel kecil di New York. Kemiskinan memaksa Tesla menjadi seorang vegetarian. Beliau bergantung kepada susu, roti, madu dan jus sayur-sayuran sebagai makanan harian.

Tesla menghabiskan hari beliau di taman, ditemani oleh hidupan yang begitu penting dalam hidup beliau – burung merpati. Di waktu malam pula, beliau bersengkang mata dengan menyelesaikan permasalahan matematik dan saintifik yang masih di dalam benak beliau.

FBI telah mengarahkan Alien Property Custodian untuk mensita harta milik Tesla, walaupun Tesla sudah diiktiraf sebagai rakyat Amerika. Ini menyebabkan seluruh harta benda Tesla diangkut untuk simpanan di gudang-gudang Manhattan. John G. Trump, seorang profesor daripada MIT dan terkenal di dalam penyelidikan terapi sinaran telah dikerahkan oleh National Defense Research Committee untuk menganalisa harta Tesla yang berada dalam sitaan.

Gambar dan artikel asal: History in Pics

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge