SHARE
Oleh: Mohd Faizal Aziz, yang menghadiri program Public Masterclass on Science Communication by Dr Jorge Cham anjuran Asian Scientist Magazine di Singapura baru-baru ini

 

Pile, Higher and Deeper Comics atau singkatannya PHD Comics adalah cetusan idea Jorge Cham. Setiap tahun, perkongsian idea komik beliau di phdcomics.com mendapat perhatian berjuta-juta pelawat. Beliau memulakan PHD Comics pada tahun 1997 melalui sebuah akhbar tempatan ketika masih menuntut di universiti dan masih bertahan sehingga kini.
PhD Comics sangat terkenal terutamanya di kalangan penuntut pengajian tinggi. Ia memaparkan kehidupan pelajar yang menyambung pengajian di peringkat tinggi terutamanya PhD, watak tipikal seorang profesor, rakan-rakan penyelidik, suasana kehidupan sebagai pelajar, penyelidik di kampus dan makmal. Turut dimuatkan ialah penerangan tentang sesuatu topik sains dalam bentuk komik yang menarik dan mudah difahami.
Sumber-https://uoalliance.uoregon.edu/phd-comics/
Baru-baru ini, Jorge Cham buat julung-julung kalinya diundang ke Singapura oleh Asian Scientist Magazine dalam program Public Masterclass on Science Communication by Dr Jorge Cham. Program tersebut telah diadakan di Singapore Management University bertempat di Ngee Ann Kongsi auditorium.
Penulis dan rakan editorial MajalahSains.Com berpeluang berkunjung ke Singapura untuk menghadiri program tersebut. Program yang mengambil masa hampir 3 jam tersebut terasa begitu singkat melalui perkongsian Dr. Jorge Cham yang penuh humor dan informatif. Beliau berkongsi bagaimana tercetusnya idea pertama beliau memulakan komik PHD, menamatkan pengajian PhD dalam bidang robotik dan akhirnya memilih untuk menjadi artis (kartunis) sepenuh masa.

[Baca-Kelebihan Komik Sebagai Bahan Kreativiti dalam Pembelajaran]

Ketika sesi soal jawab bersama penonton, beliau ditanya adakah beliau menyesal dengan pilihan tersebut selepas menamatkan pengajian, jawapan beliau ialah ‘tidak sama sekali!’. Malah sangat berbangga dengan pencapaian dan penerimaan masyarakat melalui sumbangannya dalam usaha merapatkan jurang komunikasi sains antara ahli akademia dan masyarakat umum melalui komik.

[Baca- Watak Stephen Hawking dalam Komik]

Dalam syarahannya, beliau memberi contoh, bagaimana munculnya idea untuk melukis dan menerangkan kepada khalayak dalam bentuk yang paling ringkas tentang penemuan zarah Higgs Boson yang heboh diperkatakan pada tahun 2012 ketika dalam perjalanan menaiki bas di tengah kota Jerusalem. Hasilnya seperti yang digambarkan dalam video berikut;


Sumber-https://www.youtube.com/user/phdcomics

Selain itu, beberapa lagi penjelasan penemuan saintifik lain yang hebat seperti ‘Gravitational Waves, Quantum Computer, Black Holes dan sebagainya turut dilakarkan dalam bentuk komik dan dipersembahkan dalam bentuk video.
Sumber-https://www.youtube.com/user/phdcomics

Sumber-https://www.youtube.com/user/phdcomics
Jorge Cham menamatkan memperolehi ijazah di Georgia Institute of Technology pada tahun 1997 dan menamatkan pengajian PhD di Stanford University dalam bidang robotik. Walaupun pernah berkhidmat sebagai ahli akademik di Caltech pada tahun 2003-2005, beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan dunia akademik dan memberi tumpuan sebagai artis sepenuh masa.
Hasilnya beliau telah menghasilkan enam buah buku dan yang terbaru berjudul We Have No Idea- A Guide to Unknown Universe‘. Selain itu sebuah filem cetusan idea dari PHD Comics berjudul Pile, Higher and Deeper: The Movie yang diterbitkan pada tahun 2011.
Jadual Dr. Jorge Cham kini padat dengan undangan syarahan dan perkongsian di seluruh dunia
Nasihat terakhir beliau tentang kreativiti dan komunikasi sains ialah, manusia hanya mengetahui 5% sahaja pengetahuan di alam ini setakat ini. 95% peratus lagi masih banyak yang perlu diterokai. Maka dari situlah kreativiti dan idea-idea baru perlu digali dan dikembangkan.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar dari page facebook Asian Scientist Magazine sepanjang program berlansung.
Kredit foto – Asian Scientist Magazine
Kredit foto – Asian Scientist Magazine
Kredit foto – Asian Scientist Magazine
Kredit foto – Asian Scientist Magazine
Kredit foto – Asian Scientist Magazine
Catatan – Foto-foto di atas mendapat keizinan dari Asian Scientist Magazine untuk disiarkan semula di portal MajalahSains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge