SHARE
Amryl Abdul Malek

Moscow: Ekspo Forum Antarabangsa ATOMEXPO ke-9, mengetengahkan perbincangan-perbincangan yang relevan kepada kelangsungan industri tenaga nuklear. Perkongsian pengurusan pembinaan dan operasi stesen janakuasa nuklear yang melibatkan syarikat nuklear Russia, ROSATOM, mengukuhkan lagi kedudukan Russia sebagai negara yang terkehadapan di dalam memajukan industri nuklear.

Manakala Persatuan Nuklear Dunia (World Nuclear Association-WNA), yang merupakan pertubuhan syarikat-syarikat industri nuklear ingin menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga kurang karbon yang membantu mencapai pengurangan CO2 seperti disasarkan dalam Perjanjian Paris di mana peningkatan suhu dunia tidak boleh melebihi 2 darjah celsius. Bagi tujuan tersebut, WNA menyatakan sebanyak 25% tenaga yang dijana pada tahun 2050 perlu bersumberkan tenaga nuklear, iaitu, 1000 GWe kapasiti perlu dijana dari sumber nuklear menjelang tahun tersebut.

Namun kegusaran berkenaan keselamatan dan kesan kepada alam sekitar dari pembinaan stesen janakuasa nuklear menjadikan penerimaannya tidak disenangi orang awam. Ini diakui sendiri oleh Mikhail Chudakov, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Nuklear, IAEA. Maka bersesuaian dengan itu, tema Forum tahun ini adalah “Teknologi Nuklear: Keselamatan, Ekologi, Kestabilan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge