SHARE
Baru-baru ini heboh diperkatakan di dalam komuniti kajian angkasalepas selepas NASA melalui Mars Recconaissance Orbiter (MRO) menghantar foto lubang misteri yang dirakam di planet Marikh.
Dalam foto yang dirakam melalui kamera High Resolution Imaging Science Experiment (HiRISE) milik MRO tersebut, sebuah lubang yang dalam dan lebar ditemui di antara lapisan karbon dioksida di kutub selatan Marikh.

[Baca -Bolehkah Manusia Mendiami Marikh]

Kamera HiRISE merakam objek berupa lubang dari jarak sekitar 200 hingga 400 km. Penemuan tersebut tidak boleh dipandang ringan memandangkan diameter lubang tersebut dianggarkan sekitar ratusan meter jika satu piksel gambar original dari NASA berukuran 50 sentimeter.

Para penyelidik NASA berusaha keras untuk menemukan jawapan bagaimana punca lubang sebesar itu muncul di permukaan Marikh. Menurut kajian, beberapa teori andaian yang dibuat antaranya ialah lubang tersebut terbentuk hasil dari hentaman meteor. Teori lain pula menyatakan lubang tersebut mungkin terhasil sendiri akibat proses luluhawa semulajadi yang berlaku di planet merah tersebut.

Sehingga kini, saintis NASA belum mempunyai jawapan yang tepat bagaimana lubang tersebut terhasil.

Sumber: ScenceAlert

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge