SHARE
Laporan oleh: Dr Mohamad Nasir Mat Arip, PhD
Penyelidik Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

 

The International Research Group on Wood Protection (IRG) adalah satu organisasi penyelidikan saintifik yang ditubuhkan untuk menyelia serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memfokus dalam bidang perlindungan, pengawetan dan perlitupan kayu. Ia bukan sahaja merangkumi kepada penyelidikan semata-mata tetapi meluas kepada dari aspek ekonomi, sosial dan pembangunan insan.
IRG Scientific Conference on Wood Protection kali pertama diadakan pada 25 Jun 1969 di University of Cambridge United Kingdom. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada persidangan ini iaitu pada tahun 2012 di Kuala Lumpur. Pada tahun 2017, ianya memasuki edisi penganjuran yang ke 48 dengan University of Ghent, Belgium menjadi tuan rumah.
Wakil Malaysia dan Bahagian Keluaran Hutan yang hadir ke persidangan kali ke 48 ini adalah saya sendiri dari Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK), FRIM. Turut hadir sama dari Malaysia adalah Dr. Clarance Tan dari Tong Sim Wood Industry Sdn Bhd dan Dr Andrew HH Wong dari Universiti Malaysia Sarawak. Mewakili delegasi dari United States of America adalah Shahlinney Lipeh dari Oregon State University. Beliau merupakan Pegawai Penyelidik di Makmal Entomologi Kayu merupakan calon Doktor Falsafah daripada universiti berkenaan hadir bersama penyelia beliau Prof Dr Jeff Morrell.
Jumlah delegasi yang hadir ke persidangan ini adalah Argentina (1), Australia (8), Austria (4), Belgium (23), Brazil (3), Canada (10), Chile (3), China (3), Denmark (5), Finland (4), France (18), Germany (27), India (1), Italy (3), Japan (10), Latvia (2), Luxemborg (1), Malaysia (3), The Netherlands (10), New Zealand (14), Norway (10), Philippines (1), Portugal (1), Slovenia (4), South Africa (1), Spain (8), Sweeden (8), Switzerland (2), Thailand (2), Turkey (12), United Kingdom (12), United States (46) dan Uruguay (1).
Hari Pertama
Pada hari pertama persidangan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden IRG, Prof Dr Joris Van Acker yang mengucapkan selamat datang kepada semua delegasi serta membentangkan aktiviti dan makluman berkaitan persidangan. Ianya diikuti oleh mesyuarat tahunan IRG dan pengumuman penerima anugerah Ron Cockcroft Award. Anugerah ini diberikan kepada saintis muda yang menjalankan penyelidikan dalam bidang perlindungan kayu. Penerima termuda adalah Sharon Chen (lima dari kanan) yang berusia 18 tahun, yang sedang mengikuti pengajian PhD di Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA.
Aktiviti hari pertama diteruskan lagi oleh Syarahan Utama bertajuk Durability of energy efficient wooden buildings: a building physical point of view oleh Prof Staf Roels dari syarikat Kasteelpark Arenberg Belgium. Sesi syarahan seterusnya adalah Service Life Forecasting and Planning – Why, and Concepts to do it? oleh Christer Sjöström dari Sjöström Consultancy Sweeden. Aktiviti hari pertama kemudiannya diteruskan lagi dengan pembentangan sebanyak tiga belas (13) kertas kerja sehingga jam 1700 petang.
Hari Kedua
Pembentangan saintifik hari kedua diteruskan lagi dengan sebanyak 40 kertas kerja dibentangkan. Turut diadakan adalah pertandingan poster saintifik terbaik dengan penyertaan sebanyak 20 poster dipertandingkan.
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, pembentangan saintifik hanya dilaksanakan separuh hari sahaja diikuti oleh program lawatan ke tempat menarik di sekitar Ghent, Belgium. Sebanyak dua puluh (20) kertas kerja telah dibentangkan.
Hari Terakhir
Sebanyak enam puluh (60) kertas kerja telah dibentangkan pada hari terakhir melalui tiga sesi yang dijalankan secara serentak. Pada hari tersebut penulis dan Ms. Shahlinney turut menyampaikan pembentangan di bilik seminar Rector Blancquaert. Penulis membentangkan penyelidikan Development of Potentiometric Enzyme Biosensor for Detection of Permethrin Preservative in Treated Wood manakala Ms. Shahlinney pula dengan tajuk  Rapid detection of the Alaska yellow cedar, Callitropsis nootkatensis (Cupressaceae) extractives using Fourier transform infrared (FT-IR) spectroscopy. Di sebelah petangnya kesemua saintis membincangkan isu-isu semasa dalam bidang perlindungan kayu. Antaranya adalah penggunaan istilah “Green Preservatives” yang diperdebatkan kerana kurang sesuai dan perlu diperhalusi lagi. Juga dibincangkan sekatan yang makin ketat daripada lembaga racun di kalangan negara eropah terhadap bahan awet yang dikatakan memberikan ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar. Turut dibincangkan adalah kos yang tinggi hingga mencecah USD 1 juta untuk pendaftaran bahan awet baharu dan masa yang lama diambil (5-10) tahun bagi bahan kimia ini didaftarkan sebelum boleh dijual.
Catatan Peribadi Penulis
Perjalanan saya ke persidangan ini adalah seorang diri dari KLIA hinggalah ke Brussels. Banyak pengalaman yang bernilai yang dikutip sepanjang menyertai persidangan ini.
Di persidangan ini saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk berinteraksi sendiri serta bertanyakan pendapat serta nasihat dengan mereka yang memainkan peranan penting dalam industri perlindungan kayu seperti CEO dari Lonza, 20 Mule Team Borax, Koppers, Troy, Janssen PMP, Wolman by BASF, Nisus Sustainable Wood Preservatives, Accoya, Kora dan Dyrup.
Dapatan penting saya ketika menghadiri persidangan ini adalah:
1. Perlu memperkukuhkan tapak ujian kubur (grave yard) kerana data daripada ujian ini adalah sangat penting dan diperlukan oleh industri.
2. Penyelidikan reka bentuk, arkitek sangat penting dan ianya kemudian disokong oleh penyelidikan perlindungan kayu. Kesemua elemen ini adalah saling bersangkutan. Penyelidik tidak boleh bergerak secara solo tetapi perlu bergerak secara berkumpulan untuk menghasilkan output yang berimpak. Dalam persidangan ini mereka sangat menitik beratkan rekabentuk dan bagaimana cara untuk mengurangkan kayu daripada terkena air hujan secara rekabentuk dengan mengambil kira kecondongan hujan, arah angin dan sebagainya.
3.  Pihak industri belum bersedia menerima produk ini kerana kos pendaftaran bahan awet baharu yang sangat mahal dan mengambil masa. Satu lagi isu yang kritikal bahan awet nano adalah aspek keselamatan bahan awet nano kerana tiada badan pensijilan yang diiktirat untuk menentusahkan keselamatan bahan awet nano.
4.  Akademik vs Komersial. Berbalik kepada Bahan Awet Nano, terdapat ruang luas bagi kajian bersifat akademik tetapi untuk pengkomersialan, halangan seperti dalam (3) perlu diselesaikan.
5.  Halatuju masa depan dalam bidang pelindungan kayu adalah penyelidikan penghasilan ‘sumber kayu baharu’ seperti CLT, Glulam, Wood Plastic, Acetylation.
6.  Terdapat pelbagai bahan awet baharu di pasaran yang sedia ada yang perlu diuji keberkesanan dengan kayu tropika. Misalnya copper HDO (Bis-(N-cyclohexyldiazeniumdioxy)-copper or CuHDO dan 3-Iodoprop-2-yn-1-yl butylcarbamate (IPBC)

Gambar-gambar sekitar persidangan dari kamera peribadi penulis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge