SHARE
Kuala Lumpur: Berlansung di Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 9 Mac 2017, telah diadakan satu muzakarah isu sains dan etika berjudul ‘Muzakarah Pakar: Etika Pengubahsuaian Genetik pada Mikroalga‘. Program tersebut anjuran bersama IKIM dan TNB Research Sdn Bhd.
Alga seperti yang difahami umum merupakan organisma autotrof yang tumbuh dengan menjalankan proses fotosintesis seperti tumbuhan darat yang lain dan mempunyai skala mikroskopik dan makroskopik.
Penyelidikan fungsi penting mikroalga salah satunya ialah sebagai Pengumpul dan Penyimpanan Karbon (carbon capture and storage [CCS] dan Pengumpulan dan Penggunaan Karbon (carbon capture and utilization) [CCU]. Penyelidikan potensi mikroalga untuk menjana biojisim (biomass) dan penyerapan karbon yang terhasil dari pembakaran arang batu bertitik tolak dari penyelidikan untuk mengurangkan pengeluaran dan pelepas karbon dioksida berlebihan di udara.
Di negara-negara maju, usaha penyelidikan mikroalga untuk CCS dan CCU telah berlangsung sejak 17 tahun yang lalu, namun masih agak baru di Malaysia.
Persoalan yang timbul yang dibincangkan dalam muzakarah tersebut ialah mengenai kefahaman bioetika dan pengubahsuaian bahan genetik pada mikroalga. Apa yang dikehendaki dari pengubahsuaian tersebut ialah peningkatan kadar pengikatan karbon dan seterusnya mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida, pencemaran udara dan kesan buruk yang lain seperi pemanasan global, hujan asid dan peningkatan gas rumah hijau.
Walaubagaimanapun, terdapat keprihatinan mengenai tatacara dan etika pengubahsuaian genetik mikroalga terhadap ekosistem yang sedia ada. Selain itu, sehingga kini belum ada suatu garis panduan yang khusus dari sudut agama, etika dan perundangan mengenai pengubahsuaian genetik bagi kehidupan tumbuhan seperti mikroalga.
Objektif utama muzakarah tersebut termasuk:
1. Memahami apa yang dimaksudkan dengan Carbon Capture and Storage (CCS), Carbon Capture and Utilization (CCU), somatic hybridization, mutagenitization dan genetic modification serta kaitannya terhadap alam sekitar.
2. Mengenal pasti isu-isu agama, metafizik, etika, sains, hukum-hakam da perundangan serta batas-batas berkaitan pengubahsuaian genetik mikroalga dalam konteks tempatan dan luar negara.
3. Memberi input polisi dan penghasilan Standard Operating Procedure (SOP) kepada pemain industri bioteknologi dan pihak-pihak berwajib.

Sebanyak lima judul kertas kerja telah dibentangkan oleh ahli panel. Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kertas kerja tersebut merangkumi;

 

1. Peranan dan Aplikasi Mikroalga dalam Pembekalan Tenaga Lestari
En. Muhammad Nazry Bin Chik,
Penyelidik Utama, Teknologi Pemancaran dan Sisa Buangan TNB Research Sdn Bhd
2. Potensi Produk daripada Mikroalga
Dr. Mohd Razif Bin Harun,
Penyelaras Akademik, jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan UPM
3. Persoalan Berkaitan Pengubahsuaian Genetik pada Mikroalga dalam Kerangka Bioetika Islami
Dr. Mohd Shaikh Saifuddeen Bin Shaikh Mohd Salleh,
Felo Kanan/Pengarah, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), IKIM
4. Kesan Baik dan Buruk Mikroalga Terubahsuai Terhadap Alam Sekitar
Dr. Zul Ilham bin Zulkiflee Lubes,
Pensyarah Kanan, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya
5. Pengawalseliaan Organisma diubahsuai secara Genetik (GMO) dan Hasilannya
Dr. Norwati Adnan,
Ahli Majlis Bioetika Negara dan Pengarah (Seksyen Penilaian dan Penyelidikan), Jabatan Biokeselematan, kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar  
Glosari
Organisma autotrof – Organisme yang dapat mengubah bahan anorganik menjadi organik (dapat membuat makanan sendiri) dengan bantuan tenaga seperti tenaga cahaya matahari dan kimia. (wikipedia)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge