SHARE

Oleh: Dr. Airil Yasreen (Pensyarah Kanan UTP)

I would say, aku dapat ilmu in a hard way, I would not say the hardest as I believe ramai lagi yang lagi susah dari aku but it was definitely hard. Tapi jangan salah faham, belajar PhD nya senang, hidup semasa nak belajar tu yang susah. So, bukan aku sorang je susah, my wife and my kids too. Ceritanya macam ni.

Waktu aku dapat tawaran dari Prof David Nethercot untuk buat PhD di Imperial College London (seriously dia yang ajak aku buat PhD bawah dia after dia baca research proposal aku yang aku asalnya hanya nak minta dia review aje), ramai senior di fakulti nasihat jangan pergi sebab London tu mahal sangat, tambah waktu tu nilai matawang 1GBP lebih kurang RM6.80, dan tambah lagi wife aku, Lynn baru mengandungkan Nuha (anak aku yg ketiga).

Tapi the thing was, waktu tu aku dah obsessed gila dgn Beautiful Mind, I already obsessed with the idea that kalau nak buat PhD, paling cool kalau dapat pergi ke best school macam Princeton ke, MIT ke kalau di US dan kalau di UK, Cambridge ke, Oxford ke or of course, Imperial College (IC). In fact, Imperial College was and still the best engineering school in Europe hence UK and always at the mid of top 10 engineering school in the world.

Selain itu, paling cool kalau dapat buat PhD dengan professor terkenal dan as far as structural engineering is concerned, David Nethercot is a giant. At the time, he was the President of Institution of Structural Engineer (IStructE), UK. Dah la waktu buat Masters dulu, buku-buku dia yg aku banyak baca, bila dia offer buat PhD dgn dia, terus angau la aku.

Tapi sebenarnya takde la aku terus terima offer Prof Nethercot tu, aku asalnya hesitated jugak sebab memang aku tahu, London tu mahal sangat dan dengan allowance study yang cuma 850 GBP aje aku tau mmg tak cukup untuk aku dan Lynn dan anak-anak yang nak masuk 3 tu. Tapi masa inilah aku appreciate sangat pepatah,

“BEHIND A GREAT MAN, THERE IS ALWAYS A GREAT WOMAN”.

Lynn yang tahu sangat suami dia kemaruk “Beautiful Mind”, kemaruk sangat kononnya nak jadi orang pandai, suruh juga aku accept tawaran Prof. Nethercot tu. Dia kata dia sanggup susah dan dia akan jaga anak-anak. (Time aku tulis ayat ni, bergenang jugak air mata aku…hehe)

Dan memang betul, sepanjang hampir 3 tahun setengah kitorang di UK (2004-2007), Lynn tak pernah mengeluh susah, family dia uruskan semua, dua tahun terakhir, dia sanggup tinggal sorang-sorang di Loughborough dan Nottingham yang jaraknya dalam 200km dari London (aku balik weekend je selalunya), handle anak-anak semua.

Dia tak boleh memandu (tak ada lesen) so bila pegi ke kedai beli barang, dia akan jalan kaki sambil tolak Nuha dalam stroller dan dukung binish (pakai beg dukung) sementara Haziq dan Hasya jalan kaki. Barang-barang kedai dia akan sangkut pada stroller tu jugak, dan ini la sebabnya tulang belakangnya rosak (pasal tu dia operation haritu dan sekarang ni pakai tongkat). She was a very strong woman and still is and for that I admire her, love so her much and she has my greatest respect. I owed her my PhD, indeed I owed her everything.

If you guys wonder why aku belajar di London tapi Lynn dan anak-anak duduk di Midlands sebabnya adalah London tu mahal sangat.

Waktu first year study aku, kami memang tinggal di London dan menyewa di Hackney. Dan flat yang disewa tu bukan rumah pun, tapi basement flat (bilik bawah tanah yg diubahsuai jadi flat). Flat tu kecil, satu bilik dan ada la ruang tamu sikit sambung dgn dapur dan bilik airnya bawah tangga tuan rumah di atas. tapi kecik-kecik pun, korang tau berapa sewanya? haha 700GBP sebulan sedangkan allowance study aku cuma 850GBP sebulan (duit gaji utm mmg dah takda sebab bayar rumah kat Malaysia, bagi mak ayah, bagi adik ipar aku yg tengah belajar dan bayar personal loan, memang habis).

Berbekal lebihan 150GBP tu la kami survive untuk duit dapur, pampers dan susu anak, bayar telefon rumah (HP ada tapi pakai bila emergency aje) dan lain-lain. Sebab tak cukup la, Lynn akan bekalkan aku makanan hari-hari dan sebab tak cukup la aku terpaksa travel pergi school naik bas yang mengambil masa 1jam suku belah pagi dan 1jam setengah bila balik belah petang. Kami survive this way until Nuha lahir.

Pengalaman Lynn lahirkan Nuha di London lagilah horrified. Lynn pecah air ketuban pukul 3 pagi tapi kami tak ada kereta so terpaksa call arwahnya, Ustaz Jaiz dan isteri (yang kitorang di London panggil Mami) mintak tolong hantarkan ke hospital. Kami sampai hospital pukul 4 pagi. Ustaz dan Mami nak tunggu tapi aku tak nak susahkan diorang so aku cadangkan diorang balik dulu. Bila masuk untuk check, nurse hospital tu kata Lynn lambat lagi nak bersalin, so dia suruh balik dulu sebab memang prosedur di sana kalau nak bersalin sangat baru boleh masuk wad; bukaknya tak cukup lagi. Nak balik macamana, bas bukan ada pagi-pagi tu. Nak call ustaz aku dah segan. So kitorang tunggu la kat luar hospital sejuk-sejuk pukul 5 pagi tu sambil Lynn tahan sakit. Nuha lahir 21 Jun (anak aku no 3) so it was winter already, memang sejuk sangat waktu tu. Pukul 8 baru hospital bukak so baru la kitorang masuk dalam dan lega sikit sebab ada heater dan Lynn bersalin pukul 10 pagi tu. Seminggu selepas tu Lynn pun keluar tapi aku bawak dia balik naik bas sebab aku taknak susahkan sesiapa.

Bila dah ada 3 anak, flat tu memang dah tak boleh duduk so kami, Lynn especially, had to make a very difficult decision, kitorang kena hidup terpisah, Lynn dan kids akan pindah ke Midlands (Loughborough dan kemudiannya Nottingham) dan aku akan jadi weekend husband so that anak-anak kitorang could have a proper home.

Midlands jauh lebih murah dari London. Dengan sewa dlm 400GBP kami dapat complete house. So ok la sikit utk anak-anak. Tapi walaupun ada save 300GBP kalau bandingkan dengan sewa di London, tapi itu cuma cukup untuk compensate travel mingguan aku dari Midlands ke London, makan harian aku dan extra perbelanjaan sebab haziq dah masuk reception/sekolah. So basically, takde lebihan cuma bezanya, dengan being apart macam ni, aku dengan Lynn boleh provide a better home for our kids.

Dan aku pulak, bila time di London, since tak mampu nak sewa bilik, selalunya aku akan tidur di surau IC dan paling worst bila time winter sebab heater surau tu akan ditutup. Dan selalunya juga aku menyelinap masuk dalam MARA House. Nasib baik ramai kawan-kawan kat situ yg faham situasi aku yang sudi bantu aku “masuk haram” waktu malam. Cuma masalahnya, nak masuk kena tunggu En. Hafiz dan Pak Said (manager-manager MARA house ni balik dulu) so kadang-kadang pernah sampai 1 pagi aku tunggu kat luar MARA House tengah snowing sebab diorang ni tak balik lagi. Pergghh…mcm citer Oshin kan? hahaha.

Dan since duit memang limited sangat, di London basically aku cuma mampu makan sekali sehari aje. Ye la sekali makan 5-6GBP so kalau 20hari itu aja dh lebih 100GBP. so apa yg aku buat, bila lapar aku akan potong dengan minum kopi dan hisap rokok. nasib baik la kat IC tu ada coffee machine yg murah, latte ke cappucino ke americano ke, cuma 40 pence je secawan. Aku sehari adalah 4,5 cawan. So kalau student-student aku yang hairan kenapa aku ketagih coffee dan rokok, haa ini la sebabnya.

Tapi Allah tu Maha adil. Hardship aku dan family digantinya dengan kesenangan aku buat PhD. Pada aku PhD tu senang sangat dan belajar tu seronok sangat. Alhamdullillah, cukup 3 tahun 3 bulan, aku submitted tesis. Dan being the student of David Nethercot memang tak ternilai pengalamannya. Walaupun dia sibuk (aku selalunya dapat jumpa dia sebulan sekali aje) tapi senior-senior aku (student-student dia) memang best brains dan cukup baik hati utk ajar aku macam-macam walaupun ada yang mulut bisa gila. Mcm aku pernah cerita sebelum ni, sebab semuanya tak tau, sebab asyik tanya je, pernah senior aku cakap “Airil, you know what, Malays are not only ugly but stupid” haha…aku tak kisah, asalkan diorang sanggup ajar aku sudah.

Dan setiap pagi aku masuk school, bila lalu depan bilik Prof Nethercot (dia head of Department waktu tu) aku akan sekurang-kurangnya tengok papan tanda nama yang tulis “PROFESSOR DAVID A NETHERCOT” dan always reminded myself “Airil, believe it or not, you’re his student”, a motivation that survived me another day. Dan selalu juga bila rasa susah, aku cuba pujuk hati dengan kata at least dapat juga la aku rasakan sedikit, ulang yer, SEDIKIT pengembaraan dan adventure yang dilalui oleh scholar dulu-dulu macam Imam Al Ghazali yang mengembara dan bersuluk selama 10 tahun. Aku tak kata banyak aaa, sikit je…ok sipi sipi.

Dan Alhamdullillah, akhirnya, with all the hardship yang aku, Lynn dan anak-anak lalui, I got a word DR in front of my name and the knowledge that comes with it (initial knowledge though, because as i said before, PhD is just a training, your knowledge adventure begins after that). For this aku syukur sgt pada Allah yg bestowed upon me His blessing and I owed so much so many, mak, ayah, Lynn, adik-adik, anak-anak, sepupu-sepupu, saudara-mara, kawan-kawan di UK, majikan aku UTM (bekas) dan of course, KERAJAAN MALAYSIA. Terimakasih tak terhingga.

Dan sebabkan hardship ini juga, lepas aku hantar thesis, walaupun prof nethercot suruh aku stay buat postdoc dgn dia dan offer luxurious allowance, I told him “I can’t, my country needs me”. Sebab bila dah tau susahnya nak dapat ilmu, baru la aku tau kenapa negara kita agak kurang maju; sebab ilmu tu susah nak dapat. Jadi bila dah ada seorang rakyat Malaysia yang akhirnya berjaya dapatkan “ilmu” tu, perlulah dia pulang cepat-cepat supaya dia boleh sebarkan “ilmu” tu pulak kat negara dia, kat anak bangsa dia. Banyak sangat dah orang berkorban untuk aku, so its time for me to berkorban balik utk orang lain.

*tujuan aku tulis adalah untuk bacaan semua mereka yg masih belajar, tak kisah la, undergrad or post grad, aku harap it can be:

  1. A motivation supaya diorang pun terus kuat dalam menempuh hardship semasa belajar. Hati kena besar, cita-cita kena tinggi. If you want to survive, niat kenapa nak belajar tu mesti dibesarkan. Kita akan lagi kuat kalau kita work for a greater cause. Kita akan lebih kuat dalam belajar kalau niat kita nak bangunkan agama, ummah, dan negara berbanding belajar hanya untuk diri sendiri sahaja. Beza motivasinya kalau belajar sebab nak jadi macam Einstein berbanding nak jadi engineer biasa kat Kuala Kangsar.
  2. Sebagai panduan, jika dah berkahwin, kejayaan hanya akan datang jika pasangan kita benar-benar faham akan perangai dan niat kita dan sanggup berkorban untuk kita, dan if they do that, sentiasalah hargai segala pengorbanan mereka.
  3. A hint on what to expect, and most of all as a benchmark on how to put a price on knowledge. For me and my family, we have paid dearly, menyebabkan pada kitorang knowledge itu mahal tapi priceless.
  4. An explaination kepada kenapa perangai aku macam ni yg agak “tak serupa orang” dan “keras sangat”.Contohnya, aku selalu cakap pada students post grad aku, “aku appreciate korang punya kesusahan tapi aku tak boleh nak kasihan, sebab that what it takes”.
  5. Dan pengalaman aku juga, bila lihat society di negara maju, mengajar aku tentang bagaimana kemakmuran sesebuah negara dan masyarakat itu bukan sahaja bergantung kepada kerajaan tetapi rakyat juga perlu memainkan peranan yang sama banyak. Dan pada pandangan aku, banyak sangat lagi yg kita perlu lakukan sebagai sebuah masyarakat.
    Artikel lain dari Dr Airil Yasreen

    Ranking Universiti dan Permasalahannya di Malaysia

Nota : Dr Airil merupakan bekas pensyarah kanan di UTM Skudai (2000-2014) sebelum berhijrah ke Universiti Teknologi Petronas. Beliau memperolehi PhD dalam bidang Structural Engineering dari Imperial College of London pada tahun 2007.

3 COMMENTS

  1. Sebelum tahun 2007 mmg elaun yg kerajaan Malaysia bg sikit sangat, ramai phd students dari Malaysia terpaksa hidup susah diperantauan. Bukan sahaja di UK, di Australia juga begitu. Alhamdulillah sy sambung phd end of 2007. Masa tu elaun baru sahaja di naik dan cukup utk menampung kehidupan kami sekeluarga walaupun tidak mewah. Semasa kami mula2 menjejakkan kaki ke Australia, itulah isu yg sedang hangat diperkatakan oleh senior2 yg terdahulu dr kami, iaitu you all bertuah elaun dh dinaikkan, kami dulu terpaksa ikat perut.

  2. Wow, pengalaman bagus Dr. Airil. Elok ramai membacanya untuk panduan dan motivasi ketika belajar PhD. Ada yang hidupnya senang tapi program PhDnya susah gila, ada yang sebaliknya. Dan, ada juga yang dua dua senang…malah ada yang kedua-duanya..susah.
    Then, saya pernah sembang dengan sahabat kita di Tokyo, belanja sendiri, tanpa biasiswa…belajar di Jepun. Wow, menitis air mata.
    Setuju dengan Dr. Airil…tawakkal.
    Tahniah !!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge