SHARE
Oleh : Afiq Asri
LONDON– Isnin lalu, seorang pelajar PhD dari Malaysia telah memenangi pingat emas bagi kategori Kimia di pertandingan STEM for Britain, yang diadakan di Parlimen United Kingdom. Di pertandingan tersebut, beliau telah membentangkan hasil penyelidikan beliau dalam laras bahasa yang mudah difahami golongan bukan saintis, dan disampaikan kepada ahli politik dan warga awam.
Yvonne Choo Shuen Lann, 24, ialah seorang pelajar tahun akhir PhD Kimia di Newcastle University. Bidang penyelidikan beliau berkaitan dengan bidang fotosintesis buatan. Projek beliau melibatkan penghasilan sejenis polimer yang mampu memisahkan air kepada oksigen dan hidrogen menggunakan cahaya matahari, seperti mana fotosintesis dalam tumbuhan. Hidrogen yang terhasil diharap boleh digunakan sebagai bahan api hijau untuk kenderaan.
Gadis berasal dari Sepang, Selangor ini merupakan graduan sarjana muda kepujian Kimia Tulen dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2014. Sebelum itu, beliau menerima pendidikan dari SMK Puteri Ampang, SMK Cyberjaya dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Sebelum memenangi pingat ini, beliau pernah menerima beberapa penganugerahan yang lain, antaranya Sustainable Energy and Fuels Poster Prize di Simposium UK Solar Fuels Network 2016 serta Joyce Lockhart Prize 2016 dari Newcastle University. Beliau juga merupakan pemenang utama pertandingan antarabangsa pertandingan video pendidikan anjuran International Union of Pure and Applied Chemistry pada tahun 2011. Selain itu, Yvonne juga pernah menjadi penyampai jemputan di acara Soapbox Science 2016 (audiens awam) dan Big Ideas Event 2015 (audiens kanak-kanak).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!
Ikuti Yvonne di Twitter @yvonnechoo_sl atau blog beliau di sini: http://yvonnechoo.tumblr.com

 

Kredit foto– Facebook Peribadi Yvonne Choo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge