SHARE

Laporan: Wartawan MajalahSains.Com

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA (TPM), 12 OKT – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau sekali lagi berjaya mencipta sejarah dengan menganjurkan ‘National Innovation And Creative Economy Expo’17 atau NICE’17 bermula 12-16 Oktober ini.

NICE’17 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Zahid Hamidi membuka peluang kepada anak-anak muda yang berinovasi dan berdaya saing untuk mempamerkan bakat mereka di sini, selain menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.  Bagi peminat drone, satu pertandingan NICE Drone GP bakal berlangsung di bahagian luar TPM dan bukan itu sahaja, aktiviti lain yang semestinya menarik minat dan perhatian pengunjung adalah seperti Robot Tempur, KL Sci-Fiction – Lego, Gundam, Macross Transformers, Fun Run for Science, Pameran Buku, NanoMalaysia Smart Home dan banyak  lagi menanti pengunjung di luar sana.

NICE’17 bukan sahaja berlangsung di TPM tetapi, pihak Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara turut terlibat secara langsung bagi menjayakan acara gilang-gemilang ini. Ekspo inovasi terbesar negara ini turut membuka peluang kerjaya kepada mereka di luar sana yang masih mencari kerjaya yang sesuai dalam bidang Sains & Teknologi.


Video –MajalahSains

Menariknya, satu karnival kerjaya menjelang tahun 2050 turut berlangsung bagi memberi pendedahan kepada generasi muda di masa akan datang. Memetik kata Dato Seri Zahid Hamidi,

“Seperti sedia maklum, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berdedikasi pastinya menyediakan sebuah pelan masa hadapan yang efisyen buat generasi akan datang. Inilah yang sedang direncanakan oleh pihak kerajaan dalam mempersiapsiagakan Generasi Y bagi menghadapi cabaran 2050.

“Inisiatif Transformasi Nasional (TN50) yang sedang giat dilaksanakan merupakan usaha berterusan dalam proses pembangunan jangka panjang Malaysia dalam Wawasan 2020. Aspirasi negara bagi TN50 berada pada kedudukan 20 teratas secara menyeluruh merangkumi prestasi ekonomi, kreativiti dan inovasi serta kesejahteraan masyarakat.” Ujar beliau sempena NICE’17.

Pengunjung sekali lagi diseru beramai-ramai untuk ke TPM bagi melihat serta merasai sendiri bahang NICE’17 yang dilihat bakal memberi inspirasi terhadap generasi muda di masa akan datang.

Kredit foto – facebook/mostiniceexpo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge