SHARE

Laporan Oleh: Siti Hadibah Aqila Hamid

KUALA LUMPUR 4 Nov.- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi buat julung kalinya menjadi tuan rumah untuk persidangan Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) HardTech Summit 2017 kali ke-2 yang berlangsung di Bilik Senat pada Sabtu 4 November lalu.

Program kali pertama ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif  IEEE 2017, Karen Bartleson. Dalam ucapan beliau di program tersebut, Karen Bartleson berkata, IEEE optimis dan komited untuk mewujudkan kepelbagaian dalam pembangunan di mana para saintis dan jurutera secara global, tanpa mengira etnik, agama, jantina atau bangsa mempunyai hak untuk meneruskan karier mereka tanpa diskriminasi.

“Disamping memberi manfaat sepenuhnya kepada manusia sejagat, tujuan utama organisasi ini adalah untuk membina satu platform untuk menyatukan para usahawan, pemimpin industri, pelabur, penyelidik, pemimpin masyarakat dan pemikir pemikir yang bukan sahaja di Asia tapi serata dunia untuk bekerjasama memelihara dan mengembangkan teknologi teknologi yang sedia ada serta memberi peluang kepada ahli untuk menimba ilmu secara holistik dari pakar pakar dalam bidang saintifik di seluruh dunia,” ujarnya ketika membentang kertas kerja tentang IEEE Standards Association.

Soft skills seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kemahiran pengurusan dan keusahawanan dapat dipupuk dan ditonjolkan oleh ahli terutama para pelajar, saintis dan jurutera muda dalam suatu persekitaran dan suasana kerja yang kondusif, kolaboratif dan konsensus untuk melahirkan pemikiran yang kritis dan inovatif,” kata Karen kepada pemberita.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Profesor Dato’ Dr. Burhanuddin Yeop Majlis dalam ucapan pembukaan dan perasmian program tersebut berkata, UKM mengalu-alukan kehadiran Presiden IEEE Karen Bartleson ke acara tersebut. Program sebegini mampu meningkatkan hubungan sesama saintis, jurutera dan orang awam dalam usaha meningkatkan keterlibatan dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik.

Pengerusi IEEE HardTech Summit 2017, Nivas Ravichandran berkata, tujuan persidangan ini memilih UKM sebagai tempat perasmian untuk sidang kali ini di Malaysia adalah untuk membuka peluang mahasiswa untuk terlibat dalam majlis seperti ini, yang mengetengahkan perbincangan dan diskusi pendapat dari tenaga mahir dalam industri profesional dan ini adalah salah satu inisiatif IEEE untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan seterusnya meningkatkan penglibatan belia.

Mahasiswa dari Kolej Rahim Kajai telah menjadi sukarelawan bagi melancarkan perjalanan persidangan antrabangsa tersebut dengan bantuan daripada penganjur, Ketua Koordinasi Tempatan IEEE HardTech Summit 2017, Dr. Hussain Mahdi.

HardTech Summit 2017 merupakan edisi kedua acara utama IEEE Region10 – Asia Pacific Young Professionals yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun ini selepas sidang sulungnya dirasmikan di Singapura pada tahun lepas.

Persidangan itu menampilkan pembentang kertas kerja antarabangsa dari organisasi yang berpengaruh seperti Blink Watch, Garuda Robotics, Plus Solar dan lain-lain dan melibatkan hampir 100 delegasi dari negara-negara Asia yang mengambil tempat dalam persidangan tersebut.

“About IEEE

IEEE, a large, global technical professional organization with over 420,000 members in more than 190 countries, is dedicated to advancing technology for the benefit of humanity. Through its highly cited publications, conferences, technology standards, and professional and educational activities, IEEE is the trusted voice on a wide variety of areas ranging from aerospace systems, computers and telecommunications to biomedical engineering, electric power and consumer electronics.
Sumber-Wikipedia

Gambar-gambar aktiviti seperti di bawah;

Prof. Dato Dr Burhanuddin Yeop Majlis merasmikan program
Presiden IEEE Karen Bartleson memberi ucaptama

Catatan: Penulis merupakan Mahasiswa dari Kolej Rahim Kajai UKM merangkap wartawan pelatih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge