23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, December 7, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Projek Manhattan: Di sebalik Penciptaan Bom Nuklear Ketika Perang Dunia ke-II

Editor by Editor
04/01/2017
in Fizik
0 0
0
Oleh: Zamir Mohyedin
Mahasiswa Fizik UiTM

Pada Ogos 1945, bom atom digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun. Letupannya sangat dahsyat yang dikatakan mengorbankan 70,000 nyawa sekaligus selepas bom itu meletup. Tetapi akibat radiasi, ia telah membunuh hampir 200,000 manusia dalam tempoh 5 tahun.

Penciptaan bom atom ini bermula daripada sebuah projek yang diberikan nama Projek Manhattan. Pada awal abad ke-20, ahli fizik beransur-ansur telah menemui struktur atom. Penemuan elektron, proton dan pergerakan mereka. Pada tahun 1932, James Chadwick telah menemui neutron yang menjadi tanda mengapa sesetengah elemen yang sama mempunyai berat yang berbeza.

manhattan
Albert Einstein dan Robert Oppenheimer

Pada masa ini, ahli-ahli fizik menggunakan pemecut zarah (particle accelerator) untuk menembak nukleus dalam atom supaya atom dapat dibelah dan menghasilkan tenaga. Pada awalnya, saintis seperti Rutherford, Einsten dan Bohr merasakan ia hampir mustahil untuk melakukan perkara tersebut.

Pembelahan atom

Namun, pada tahun 1934, Enrico Fermi menggunakan neutron untuk melakukan tembakan ke atas atom, lalu proses pembelahan nuklear (nuclear fission) berlaku dan terhasillah tenaga. Proses pembelahan ini pertama kali ditemui oleh Fermi. Di Jerman, yang pada masa itu diperintah oleh Nazi pada tahun 1938, saintis Otto Hahn dan Fritz Strassman telah menggunakan eksperimen Fermi ini untuk membelah atom uranium menjadi beberapa bahagian.

scientists
Kiri ke kanan – Neils Bohr, Robert J.Oppenheimer, Richard P. Feynman, Enrico Fermi

Hidrogen adalah elemen paling ringan di dunia dan uranium adalah elemen paling berat di dunia. Kajian ke atas uranium pada masa itu mendapat perhatian dalam kalangan ahli fizik. Apabila uranium dibelah, menurut persamaan Einstein, E = mc², ia akan menghasilkan tenaga yang sangat besar kerana uranium mempunyai jisim yang berat.

Setelah neutron melanggar atom uranium ketika proses pembelahan, proses pembelahan seterusnya juga akan berlaku kerana baki neutron yang ada akan melanggar baki atom uranium yang yang telah berpisah itu, maka tenaga akan terhasil lagi secara berturut. Ini dipanggil sebagai tindakbalas rantaian (chain reaction). Menurut ahli fizik pada masa itu, rantaian ini kalau dapat dikawal, ia membolehkan tenaga nuklear digunakan dengan selamat. Jika sebaliknya, ia mampu memusnahkan.

Berita mengenai pembelahan nuklear ini tersebar dengan luas dari Eropah hinggalah ke Amerika. Pada tahun 1939, ramai ahli fizik cuba melakukan ujian untuk menghasilkan kuasa dengan uranium.

Perang Dunia ke-2

Pada tahun yang sama juga, Nazi telah menceroboh dan menyerang Poland pada bulan September. Ramai yang bimbang sekiranya Jerman pantas dalam menghasilkan senjata nuklear. Ramai ahli fizik lari dari Jerman untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam peperangan.

Albert Einstein dan Leo Szilard menulis surat kepada Presiden U.S pada masa itu, Franklin D. Roosevelt mengenai ancaman Jerman dan kebarangkalian penghasilan senjata nuklear oleh Jerman dengan uranium. Amerika pun memulakan penyelidikan ke atas kuasa nuklear. Tetapi selama dua tahun, tiada sebarang kesimpulan hasil daripada penyelidikan tersebut.

little_boy
Little Boy – Bom atom yang digugurkan di Hiroshima (Sumber-wikipedia)

Pada tahun 1941, ketua penyelidikan diketuai oleh Vannevar Bush, seorang jurutera telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan penyelidikan tersebut dapat ditampung dan mendapat kedudukan yang baik di sisi kerajaan. Bush telah menerima pelan penghasilan tenaga nuklear dari England. Lalu, Bush merekrut beberapa orang ahli fizik untuk menghasilkannya. Projek ini dinamakan sebagai Projek Manhattan.

fatman
FatMan – Bom atom yang digugurkan di Nagasaki (Sumber-wikipedia)

Projek ini diketuai oleh seorang tentera bepangkat kolonel, Leslie R. Groves yang mempunyai latar belakang kejuruteraan. Ahli fizik terkenal, Robert Oppenheimer dilantik menjadi pengarah projek tersebut. Bom atom pertama yang diletupkan adalah di Trinity, New Mexico pada 16 Julai 1945. Selepas itu, ia diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Berikut merupakan saintis-saintis penerima anugerah Nobel yang terlibat dalam projek penghasilan senjata nuklear secara lansung ataua tidak lansung ketika PERANG DUNIA KEDUA,

1. Neils Bohr – Noble Prize (1922)
2. James Chadwick – Nobel Prize (1935)
3. Arthur Compton – Nobel Prize (1927)
4. Albert Einstein – Nobel Prize (1921)
5. Enrico Fermi – Nobel Prize (1938)
6. Richard Feynman – Nobel Prize (1965)
7. Ernest Lawrence – Nobel Prize (1939)
8. Robert Mulliken – Nobel Prize (1966)
9. Carl Anderson – Nobel Prize (1936)
10. Aage Niels Bohr – Nobel Prize (1975)
11. Edward Mills Purcell – Nobel Prize (1952)
12. Edwin McMillan – Nobel Prize (1951)
13. Emilio Segre – Nobel Prize (1959)
14. Ernest Rutherford – Nobel Prize (1908)
15. Ernest Walton – Nobel Prize (1951)
16. Eugene Wigner – Nobel Prize (1963)
17. Frédéric Joliot-Curie – Nobel Prize (1935)
18. Glenn T. Seaborg – Nobel Prize (1951)
19. Otto Hahn – Nobel Prize (1944)
20. Hans Bethe – Nobel Prize (1967)
21. Harold Urey – Nobel Prize (1934)
22. Isidor Rabi – Nobel Prize (1944)
23. James Franck – Nobel Prize (1925)
24. Jerome Karle – Nobel Prize (1985)
25. John Cockcroft – Nobel Prize (1951)
26. Julian Schwinger – Nobel Prize (1965)
27. James Rainwater – Nobel Prize (1975)
28. Luis Walter Alvarez – Nobel Prize (1968)
29. Maria Goeppert-Mayer – Nobel Prize (1963)
30. Marie Curie – Nobel Prize (1903)(1911)
31. Norman Ramsey – Nobel Prize (1989)
32. Owen Chamberlain – Nobel Prize (1959)
33. Roy J. Glauber – Nobel Prize (2005)
34. Walther Bothe – Nobel Prize (1954)
35. Werner Heisenberg – Nobel Prize (1932)
36. William Alfred Fowler – Nobel Prize (1983)

Catatan:// Artikel ini dimuatkan kembali dengan izin penulis dari wall FB beliau.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Apa yang Menarik tentang Zarah Kuantum dan Topologi di Sebalik Hadiah Nobel Fizik 2016 ?

Next Post

Awasi Makanan Bergoreng dalam Diet anda

Editor

Editor

Related Posts

Salah Konsep Dalam Menganalisis Litar Elektrik Asas
Berita & Peristiwa

Salah Konsep Dalam Menganalisis Litar Elektrik Asas

3 months ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 months ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 months ago
Kemalangan Radiologi di Samut Prakan, Thailand: Kronologi dan Iktibar
Berita & Peristiwa

Kemalangan Radiologi di Samut Prakan, Thailand: Kronologi dan Iktibar

3 months ago
Next Post
Awasi Makanan Bergoreng dalam Diet anda

Awasi Makanan Bergoreng dalam Diet anda

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penderiaan Jauh & Aplikasi Dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In