SHARE

Oleh:

Muhamad Hanafi Bin Muhamad Hashim
Program Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. Daripada data yang diperoleh,  sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental. Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental. Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.


Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan


Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental. Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum. Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah Skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.


Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri. Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif . Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.


Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.. Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang ‘gila’. Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental. Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum. Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.


Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan  agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat

24 COMMENTS

  1. pesakit mental memerlukan bantuan. tp xrmai masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit ini skaligus sering menyalahkan dan meminggirkan golongan ni..cian ek..

  2. salam!!! sy ingin bertanya tentang pusat rawatan utk masyarakat yg menghidap penyakit ini.boleh tak membantu saya..saya ingin pusat rawatan islam yang membimbing pesakit melupakan kisah silam nyer..terima kasih

  3. Senorita,

    Sukar mencari pusat perubatan yang benar-benar mampu memulihkan penyakit ini.

    Mungkin boleh cuba PUSRAWI

    Penyakit mental berpunca dari genetik, kemalangan memang amat sukar dipulihkan, tapi tidak mustahil.

    Sakit mental akibat kecuaian diri (eg.dadah, arak dan sbgnya) boleh dijauhi dengan menghindarkan diri dari benda-benda terlarang tersebut.

  4. assalamualaikum..
    mohon kebenaran untk konsik artikel ini ni web iluvislam.com …

    terima kasih.

  5. assalamualaikum…

    Saya ingin bertanya tentang individu yang sukar membuat pertimbangan, keputusan yang tepat dan bertindak di luar jangka adalah tergolong dalam golongan menghidap sakit mental?
    terima kasih………..

  6. sesuatu perlu dilakukan dan perlu kerjasama semua pihak bagi membendung masalah sakit mentAL YG SEMAKIN KRITIKAL.

  7. anak saya adalah pesakit mental. sejak dua tiga bulan ni makin kerap mengamuk. dia mula memukul ahli keluarga. saya sendiri pernah ditumbuk dan dibaling dengan mug. adakah pusat rawatan yang boleh terima pesakit sebegini.

  8. salam, adik lelaki saya mengalami masalah yg hampir sama. Dimanakah pusat rawatan yg perlu dikunjungi.

  9. erm npe erk de prasaan bosan je ngn hdop..pnah skly 2 pk xnk hdop je..mmikir je..adoi..kdg2 la pk cm 2..

  10. bgus sgt artikel ni..sgt berguna..sy ingin bertanya, bagi mreka yg mhidapi msalah seperti ini, adakah zuriat pesakit akan mengalami msalah yang sama?

  11. As salam.. Saya juga menghadapi masalah yang sama seperti ibupesakit dan akak pesakit. Memang sangat rasa terancam dan tidak selamat dengan tabiat mereka yang di luar kawalan. Jika ada panduan untuk mengatasi masalah mereka ini atau pusat rawatan yang boleh merawat mereka, tolong la inform saya di [email protected]

    Bantuan anda amat saya hargai, Terima kasih.

  12. Dalam menangani masalah penyakit mental ini, keluarga pesakit perlu memberikan sokongan untuk membantu pesakit untuk pulih. Selain daripada itu untuk merawat penyakit mental ini terdapat 4 faktor yang harus diberi perhatian: fizikal, keluarga, psychosocial dan juga spiritual. Ke empat empat faktor ini seharus nya berjalan seiringan. sekiranya salah satu dari ianya pincang maka pemulihan keseluruhan nya tidak akan dapat dicapai.

  13. salam..sy mmpunyai seorg nenek yg sudah brumur,dan mmpnyai masalah nyayuk dan gguan prsonaliti,.bgaimna utk mgawal dan mrawt,org yg mmiliki pnyakit sebegitu..

  14. asalam…saya mempunyai ayah yg nmpak sehat…tp sebenarnye tidak…emm masalah ayah saya ialah beliau mempunyai masalah tekanan perasaan dimana bliau selalu memikirkan perkara yg negetif dripad positif..beliau tidak bole tido siang atau pun mlm..beliau bergantung pd ubat…masalah smkin menjdi kebelakangan ini sejak beliau terserempk dgn anjing ketika hndak pergi kerja…dan terperanjat menyebabkan terbawa2 hingga waktu sembahyang…beliau rasa tergangu dgn keadaan itu..n sering berfikir beliau menyekutukn allah…smpaikan ke tahap hendk ke masjd pun takut..ayah saya mengalami masalah ini selama10 thn lamanya…beliau sekarang rasa amat tertekan dgn apa yg beliu alami..sekiranya ada sesiapa yg bole bg cdangan atau apa2 cara utk ubati penyakit ayah saya bole la hubungi saya di [email protected]..terima kasih…

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge