SHARE
Prob angkasa tanpa manusia Cassini Huygens atau lebih dikenali sebagai Cassini milik  NASA, European Space Agency dan Italian Space Agency  akan dimusnahkan dengan cara menjatuhkannya ke planet Zuhal pada 15 September 2017.
Foto/NASA
Fakta angka tentang Cassini Foto/NASA
Menurut NASA, Cassini akan dimusnahkan kerana bahan bakar  untuk operasinya semakin berkurangan selepas berkhidmat hampir 20 tahun mengorbit Zuhal.
Cara pemusnahan ini dipilih untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya pencemaran kepada bulan-bulan Zuhal yang mungkin mempunyai potensi kehidupan.
Cassini mula mengorbit planet Zuhal pada tahun 2004 bagi membolehkan kajian-kajian yang lebih terperinci dibuat ke atas planet Zuhal dan bulan-bulannya.
Pelbagai penemuan baru terutamanya imej-imej yang lebih jelas telah diperolehi dari Cassini, antara yang utama adalah penemuan bahawa bulan Titan mempunyai proses-proses geografi mirip bumi dan medan magnetosfera Zuhal yang unik.

SumberBBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge