SHARE

BRICKFIELDS ASIA COLLEGE – Pendidikan memainkan peranan yang begitu penting ke arah melahirkan generasi yang beriniovatif dan berkemahiran tinggi selari dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat. Para pelajar sudah pun diberi kebebasan untuk mengakses maklumat mengikut kreativiti mereka tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

Pertubuhan RumahKod telah memberi peluang kepada warga pendidik di Malaysia untuk bersiap sedia menghadapi perubahan besar dalam dunia pendidikan dan oleh itu, melalui kerjasama dengan FreeSchool.my dan Petrosains, Seminar KL Edtech 2017 telah berlangsung bermula hari ini dan esok di Brickfields Asia College, Kampus Petaling Jaya.

Dalam ucapan Menteri Pendidikan, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang disampaikan oleh wakil beliau Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr. Aliah Bt. Ahmad Shah.
“Sektor pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan visi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Berdasarkan Laporan ‘Climbing the Ladder; Socio-Economic Mobility’ terbitan Khazanah Research Institute, salah satu faktor mobiliti social yang paling efektif adalah pendidikan dan kemahiran dalam talian. Melalui pendidikan, individu daripada semua lapisan masyarakat dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Oleh itu, rakyat di Malaysia harus diberi ruang dan peluang untuk mendapatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti bermula dari peringkat pendidikan awal lagi,
“Lebih-lebih lagi, kita menghadapi cabaran di mana dunia sentiasa berubah, dan natijahnya terdapat banyak perubahan yang boleh kita manfaatkan – terutama sekali berkenaan teknologi. Sehubungan itu, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, kita juga harus mengambil kesempatan untuk memperkasakan lagi sektor pendidikan negara dengan sepenuhnya.” ujar beliau.

Dalam usaha memastikan akses pembelajaran yang mudah menggunakan teknologi, peranan yang penting amat diperlukan dari masyarakat menerusi usahama awam, NGO dan swasta bagi bersama-sama mendukung keutamaan kerajaan melahirkan generasi yang berdaya saing. Tambah beliau lagi,
“Usahasama ini merupakan contoh bagaimana pihak yang berkemampuan dan komited berupaya membantu dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Malaysia. Lebih-lebih lagi, saya berasa amat bangga apabila mengetahui bahawa program ini mengetengahkan pengalaman guru-guru yang berjaya mengaplikasikan penggunaan teknologi secara kreatif dalam dan di luar bilik darjah untuk memanfaatkan anak murid mereka.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para penganjur KL Edtech 2017 iaitu Freschool.my dan RumahKod atas inisiatif yang memberi manfaat kepada kita semua, khusus kepada sektor pendidikan.” Kata beliau sekaligus merasmikan Seminar Edtech 2017.

Sehubungan itu, pihak penganjur berharap agar seminar yang diadakan tahun ini akan memberi impak yang besar ke arah merealisasikan perubahan pendidikan negara dan seminar ketiga pada tahun 2018 dapat dianjurkan lagi dengan penuh gilang-gemilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge