Belajar Sains di Rumah: Peranan Keluarga dan Guru

RM30.00

Category:

Description

 

  • 2018. ISBN 9789674125974
  • (kulit lembut). 83 halaman
  • Salbihana Samsudin Nor, Aidilina Mohd Ramli & Lilia Halim

Pendidik secara khusus dan masyarakat secara amnya sering membincangkan cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pendidikan sains secara formal di sekolah. Buku ini mengusulkan pembelajaran sains secara menerusi pendidikan informal yang melibatkan ibu bapa dan komuniti. Berdasarkan kajian dan amalan terbaik tentang konsep dan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, buku ini juga turut membincangkan faktor, kesan dan jenis penglibatan ibu bapa yang berkesan. Strategi dan amalan berkaitan penglibatan ibu bapa di dalam pembelajaran yang dilaksanakan telah membuktikan pencapaian cemerlang dalam ujian TIMSS dan PISA. Secara khususnya, buku ini mencadangkan pembelajaran sains yang melibatkan interaksi guru, ibu bapa dan murid melalui pelaksanaan kerja rumah interaktif sains. Oleh itu, buku ini mampu dijadikan panduan kepada ibu bapa dalam insiatif membantu murid menguasai ilmu sains. Selain itu, guru dan penggubal polisi pendidikan boleh menjadikan buku ini sebagai panduan dalam membentuk kerjasama strategik antara ibu, bapa, atau ahli keluarga dengan pihak sekolah. Usaha sama pintar ini dapat memperkasakan pembelajaran sains anak secara lestari, seperti cerdik pandai ada mengatakan, pembangunan seorang anak memerlukan penglibatan satu perkampungan, iaitu ibu, bapa, keluarga, komuniti dan sekolah.

Berikan Komen Anda Di Sini