SHARE

Edinburgh, UK – Sepasang suami isteri menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di dalam satu majlis graduasi di University of Edinburgh, United Kingdom pada 1 Disember yang lalu.

Dr. Wan Fahmi bin Dato’ Wan Mohamad Nazarie dan Dr. Nur Annies binti Abd Hadi menerima ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Ketua Kolej Perubatan dan Perubatan Veterinar, University of Edinburgh, Profesor David Argyle di dewan McEwan di Edinburgh, Scotland.

Kedua-duanya melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran di University of Edinburgh setelah menerima tawaran daripada MARA melalui Program Pasca Siswazah Luar Negara pada tahun 2012 dan 2013.

Dr. Wan Fahmi melakukan kajian thesis bertajuk “Network-based visualisation and analysis of next-genearation sequencing (NGS) data” di Roslin Institute manakala Dr. Nur Annies melakukan kajian thesis bertajuk “DNA methylation dynamics and epigenetic diversity in development” di Queen’s Medical Research Institute.

Secara tradisinya pengurniaan ijazah doktor falsafah di universiti ini adalah dengan menyentuh kepala graduan menggunakan topi Naib Canselor yang dikenali sebagai Geneva Bonnet.

Majlis graduasi ini telah diadakan sejak penubuhan universiti ini sejak tahun 1583 lagi iaitu 434 tahun yang lepas. Antara alumni universiti ini adalah Charles Darwin, Alexander Graham Bell dan juga Sir Arthur Conan Doyle.

Ibu bapa, Dato’ Wan Mohamad Nazarie,  Datin Norsina dan adik bongsu, Wan Fakhruddin Atiqi serta Abd Hadi dan Mazinah dan keluarga turut serta menghadiri majlis graduasi ini bagi meraikan kejayaan mereka.

Dr. Wan Fahmi merupakan sepupu kepada penulis novel terkenal, Dr. Wan Iman Wan Mohd Nazi dan juga anak saudara pengayuh basikal tertua di Malaysia, Wan Hashim Wan Mahmood.

Dr. Wan Fahmi dan Dr. Nur Annies merupakan graduan bacelor masing-masing dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2007. Kedua-dua mereka merupakan penerima ijazah master dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2011 dan 2013.

Dr Wan Fahmi bakal bertugas di Institut Perubatan Molekul (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Dr Nur Annies bakal bertugas di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM).

Gambar-gambar graduasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge