Superhero Stephen Hawking bukanlah seperti yang digambarkan dalam watak dalam komik tersohor yang lain seperti Superman, Batman dan lain-lain. Ia digambarkan sebagai superhero kerana gagasan, pencapaian dan semangatnya untuk melawan takdir ke atas dirinya yang kekurangan dari segi kekuatan fizikal namun sangat hebat pencapaian pemikiran dan kekuatan mindanya.
[Baca : Stephen Hawking, Saintis Berkerusi Roda]
Komik terbaru Bluewater ini lebih merupakan biografi Hawking dalam bentuk komik. Komik ini menceritakan kehidupan Hawking, hari-hari pertamanya di Cambridge university, perjuangannya melawan penyakit dan pencapaian gemilangnya dalam ilmu pengetahuan.
Menurut Basset lagi, beliau juga mamaparkan beberapa ikon budaya popular dan juga individu-individu terkenal yang pernah bertemu dengan Hawking, yang terinspirasi juga memberikan inspirasi kepada Hawking. Watak Hawking juga pernah muncul atau di sebut dalam siri “Star Trek: The Next Generation”, “The Simpson”, “Futurama”, dan “The Big Bang Story”.
[Baca: Stephen Hawking Memerlukan Pembantu, anda Berminat?]
Stephen Hawking kini berusia 71 tahun. Usia ini mengingatkan pembaca tentang kekuatan minda dan keazamannya untuk melawan penyakit saraf yang dihidapinya sejak berusia 20-an. Ketika didiagnosis tentang penyakit tersebut, beliau diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa dia hanya mampu hidup 3 tahun selepas itu. Ternyata ramalan doktor tersasar jauh.
Hawking kerap dipandang sebagai saintis hebat pasca Albert Einstein. Ia menerbitkan sejumlah buku yang mengulas tentang alam semesta, penciptaan serta aspek-aspek kosmologi yang lain. Antara bukunya yang terkenal ialah 'A brief History of Time' dan 'The Grand Design'.
Menurut penulis komik ini Michael Lent dan Brian McCarthy, Hawking adalah seorang saintis yang memberi inspirasi. Kata-kata Hawking yang terkenal dan sangat disukai oleh McCarthy ialah “I have noticed that even people who claim everything is predetermined and that we can do nothing to change it, look before they cross the road."
Sumber :Live Science