SHARE

Oleh : Aina Suraya Selamat

Mahasiswi UKM Bangi

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak? 

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Penyakit Talasemia adalah diwarisi melalui autosomal recessive inheritance. Jadi, sekiranya ibu dan bapa adalah pembawa defective gene tersebut, kemungkinan anak yang dilahirkan normal adalah sebanyak 25%, kemungkinan anak adalah pembawa (dikenali sebagai talasemia minor) adalah 50% dan kemungkinan anak adalah pesakit (dikenali sebagai talasemia major) adalah 25%. (Pembetulan oleh Puan Fadhilah Idris dari komen)

Kesedaran orang ramai tentang Talasemia?

Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai. Namun, masih terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.  Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang langhkah-langkah yang perlu  diambil untuk mengatasinya serta seterusnya dapat mencapai matlamat kempen.

Dalam konteks ini, media elektronik seperti televisyen dan radio dilihat lebih sesuai sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major.

Untuk menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen. Di samping kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga perlu dihulurkan. Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad. Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan atau pun persendirian sangat digalakkan.

Di samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah? Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan .
Cegah sebelum parah!

38 COMMENTS

  1. sangat bagus…nak tanya jika budak 3 tahun sentiasa berulang demamnya..adakah ia boleh dikatakan sebagai simpton talasemia?say darah 0 husband darah o..anak juga darah 0..

  2. kalau kedua dua anda adalah normal,anak anda tidak akan mewarisi gen talasemia.kalau anda pembawa dan suami anda normal kemungkinan anak anda hanya pembawa gen talasemia atau normal.adakah anda sudah membuat saringan untuk mengetahui status anda? mungkin anak anda demam kerana usia begitu mudah mendapat jangkitan dan anda perlu memberi penjagaan yang lebih berhati hati terhadap anak anda.

  3. Saya baru diberitahu doktor bhw ank perempuan sy berumur 2 thn menghidap talasemia kemungkinan beta (ujian darah dibuat sekali lagi) keputusan akan diketahui 5 bulan lg. soalan sy adakah ini bermakna ank sy pesakit (major) atau pembawa(minor)? Sy juga tertanya-tanya adakah jika ank sy cuma pembawa, perlukah dia menjalani tranfusi darah?

  4. b4 kawhwin,sy telah menjalani ujian HIV dan talasemia & doc kata sy pengidap talasemia.doc ada bg mkn ubat slama sebulan & bl sy dtg wat ujian smula,drh sy still mcm dulu..doc kata sy pengidap talasemia.just nk tau,ada ke kesan smpingan atau pun kesan2 buruk yg akn berlaku pd sy kelak?utk pengetahuan,umur sy 26 thn..

  5. 1)Saya baru diberitahu doktor bhw ank lelaki sy berumur 5 thn menghidap talasemia kemungkinan beta (ujian darah dibuat sekali lagi). soalan sy adakah ini bermakna ank sy pesakit (major) atau pembawa(minor)? Sy juga tertanya-tanya adakah jika ank sy cuma pembawa, perlukah dia menjalani tranfusi darah?
    2)apakah makanan yg disyorkan utk mengurangkan penyakit ini?
    3)sy belum berkahwin tetapi adakah talasemia major yg anak saya alami berpunca dr anak saya sendiri atau sy sendiri?

  6. salam.. nak tanye? hari tu saye bawak anak saye ke poliklinik dan didapati anak saya kurang darah merah.. adakah kemungkinan besar anak saya menghadapi penyakit talasemia??

  7. 1)kalu talasemia major berkahwin dengan manusia normal,kemungkinan anak dy akan kna penyakit juga ker?
    2)kalu talasemia major berkahwin dengan lelaki yang mempunyai penyakit G6PD pulak mcm ne?

  8. Betapa kagetnya sy mendengar diagnosa dkter, ank sy kena Talasemia. 1. Sy mau nanya, apkah penykit ini mempengaruhi tumbuh kembang anak? 2. Jika talasemia major, ank msh bs berthan hingga umur brp thun?

  9. saya sedang mengandung 3 bulan setelah check darah saya baru mengetahui yang saya mengidap talasemia…apakah akan ade komplikasi pada baby saya.dan apakah risiko yang akan saya alami.?

  10. saya ada thalasemia minor umur saya 42 tahun tapi saya sering merasa lemah sesak nafas dan jantung berdebar adakah ini ada kaitan dengan thalasemia apa langkah yang harus saya lakukan untuk kembali sihat

  11. Saya pembawa thalasemia..saya berumur 25 tahun dan bekerja shift,jadual tidur saya tidak menentu dan selalu berasa letih.Adakah keadaan ini boleh menyebabkan badan saya tidak stabil?

  12. salam…saya nk tanya…hb trait tu apa???…sy ada blood test anak saya sbb dia suspek thalasemia..doktor kata dia hb trait ttp bkn thalasemia..bila saya tanya hb trait tu apa..doktor ckp lebih kurang thalasemia la…ciri2 yg doktor tu ckp cam pembawa thalasemia…nti bile nk kawin nanti anak sy xboleh cari pasangan yg ada pembawa thalasemia gak.takut nanti anak akan jadi pengidap. sy confius dgn penerangan doktor ni…bkn thalasemia ttp ciri2 sama…sy n suami blom buat blood test lg…

  13. salam…anak saya mungkin pembawa talasemia, baru buat ujian darah..sel darah merah dia kecil..kalu btol2 positif saya n suami akan membuat rawatan talasemia, n bby sya pun kn buat bila dah capai usia 18 bulan..

  14. salam saya ingin bertanya saya dengan anak pembawa thalasemia minor bagaimana caranya saya nak cegah dan makanan apa zat besi perlu saya elakkan…? tolong senaraikan ingin mengetahuinya….

  15. sy beu je dpt brita..ank buah sy ngidap talasemia..bgai nk ggur jntung.coz ni sjarah..ank buah sy dh 24org..ttiba dtg brita ni..Allah mmg sgaja mahu mguji…smoga kita smu tabah..aminnnn…

  16. saya risau sangat2.. doktor ate saya ada penyakit anemia… doktor suruh amex darah untuk kali ke3.. dan keputusannye masih belum keluar ag… doktor ue ate ada kemungkinan besar yg saya akn terkena pnyakit talasemia nie… saya risau penyakit nie akan menganggu proses pembelajaran saya di sekolah… andai ate sya menghidap pnyakit tersebut. msti saya kena wt rawatan.. saya tak nak.. saya takut jarum n takut tgok darah.. apa perlu saya wt.. erm stress sangat2…

  17. suami saya disahkan thalassaemia beta trait, saya pula heterozygous for the alpha plus thalassaemia 3.7 deletion, anak 1st saya thalassaemia alpha minor 3.3 deletion, anak 2nd belum dapat result lagi, boleh tuan bagi pandangan tentang ini..terima kasih

  18. Assalamualaikum, anak saudara saya baru kehilangan anak selepas dilahirkan. Dipercayai punca penyakit talesemia ketika dlm kandungan lagi.

    Mohon keizinan utk share artikel dlm blog saya, utk rujukan kemudian hari.

    Slm lebaran tuan.

  19. ‘Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.’

    Kenyataan di atas sedikit mengelirukan. Penyakit Talasemia adalah diwarisi melalui autosomal recessive inheritance. Jadi, sekiranya ibu dan bapa adalah pembawa defective gene tersebut, kemungkinan anak yang dilahirkan normal adalah sebanyak 25%, kemungkinan anak adalah pembawa (dikenali sebagai talasemia minor) adalah 50% dan kemungkinan anak adalah pesakit (dikenali sebagai talasemia major) adalah 25%.

  20. Terima kasih atas pembetulan yang diberikan oleh Fadhilah Idris. Kami akan hubungi penulis artikel bagi membetulkan fakta.

    Terima kasih

  21. Tidak. Pembawa (talasemia minor) tidak memerlukan rawatan transfusi darah kerana pembawa tidak mengalami apa-apa simptom yang dihadapi oleh pesakit talasemia (talasemia major).

    Namun, pembawa perlu mengelak daripada berkahwin dengan seseorang yang juga merupakan pembawa talasemia kerana anak yang dilahirkan mungkin akan menjadi pesakit talasemia dan memerlukan kos rawatan yang tinggi kelak.

  22. Salam. Apa yg dimaksudkan dengan keputusan negatif ye?

    Saya da tiga kali buat ujian darah dan tiada apa2 lagi result untuk ujian darah yg ketiga. Dah hampir 6 bulan tunggu tapi tiada lagi maklumat.

    Berapa lama atika tunggu result blood test yg ketiga?

  23. Hello Web Admin, I noticed that your On-Page SEO is is missing a few factors, for one you do not use all three H tags in your post, also I notice that you are not using bold or italics properly in your SEO optimization. On-Page SEO means more now than ever since the new Google update: Panda. No longer are backlinks and simply pinging or sending out a RSS feed the key to getting Google PageRank or Alexa Rankings, You now NEED On-Page SEO. So what is good On-Page SEO?First your keyword must appear in the title.Then it must appear in the URL.You have to optimize your keyword and make sure that it has a nice keyword density of 3-5% in your article with relevant LSI (Latent Semantic Indexing). Then you should spread all H1,H2,H3 tags in your article.Your Keyword should appear in your first paragraph and in the last sentence of the page. You should have relevant usage of Bold and italics of your keyword.There should be one internal link to a page on your blog and you should have one image with an alt tag that has your keyword….wait there’s even more Now what if i told you there was a simple WordPress plugin that does all the On-Page SEO, and automatically for you? That’s right AUTOMATICALLY, just watch this 4minute video for more information at. Seo Plugin

  24. Hey! This is kind of off topic but I need some guidance from an established blog.
    Is it tough to set up your own blog?I’m nnot very techincal but I can figure things out pretty quick.

    I’m thinking about making my own but I’m not sure where
    to start. Do you have any tips or suggestions? Many thanks
    Dillon recently posted…DillonMy Profile

  25. I’m amazed, I have to admit. Rarely do I encounter a blog
    that’s both equally educative and engaging, and without a doubt, you
    have hit the nail on the head. Thee problem is an issue that not enough
    men and women are spedaking intelligently about.
    I’m verry happy that I stumbled across this in my swarch for
    something regarding this.
    grace place berthoud co recently posted…grace place berthoud coMy Profile

  26. Yo mismo critiqué muy fuertemente el funcionamiento y lo mal hecha que estaba
    la aplicación para Android, mas desde su actualización la pongo
    sin duda entre las cinco mejores de Google plus
    Play.
    Marc recently posted…MarcMy Profile

  27. Hmm it seems like your site ate my first comment (it was extremely long) so I guess
    I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
    I as well am an aspiring blog blogger but I’m still
    new to the whole thing. Do you have any recommendations for first-time blog writers?
    I’d definitely appreciate it.
    Kung Fu Panda Full movie recently posted…Kung Fu Panda Full movieMy Profile

  28. setahu saya kalo sering demam tu bukan disebabkan tanda2 talasemia tapi menunjukkan sistem imun badan tak kuat…kalo ke klinik or hospital doktor akan bagi antibiotik je.. anak saya dolu masa dari 1 tahun lebih selalu macam tu tapi kini alhamdulillah jarang-jarang dah demamnya..

  29. Assalam nadiah

    Sy pengidap talassaemia dan ada mild anemia jugk. Sy selalu merasa penat. Akibatnya selalu tidur. Wajah juga kelihatan pucat dan tidak bermaya. Keadaan makin teruk bila tidak jaga pemakanan. Kebelakangan ini sy mesti minum coffee utk kekal rasa bertenaga dan segar. Dinasihatkan jaga pemakanan.

  30. Adakah penyakit thelisemia mempunyai tanda2 seperti rambut gugur atau ada kat tanda2 menunjuk kan penyakit tersebut?

  31. Assalam…sy berumur 33tahun. Sy salah pesakit thalasemia. Doctor pakar memberitahu sy,sy pesakit thalasemia Major.. Adakah sy “pembawa or pengidap”??? Tak pernah tranfusion darah tp mata dan kulit kekuningan.. trm ksh. HB drh.. 10:4

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge