SHARE
Soalan: Apa itu Keradioaktifan?  – Harith, SKPBD(2)

 

Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, keradioaktifan bermaksud, “sifat nuklid yang secara spontan memancarkan sinaran yang mengion”. Oleh itu, persoalan seterusnya timbul. Apakah itu nuklid? Apakah itu pula sinaran mengion? Sifat nuklid apakah yang menyebabkan sinaran tersebut?
Nuklid ialah sesuatu atom yang dicirikan oleh nombor atom, nombor jisim dan keadaan tenaganya. Nombor atom ialah bilangan proton manakala nombor jisim ialah jumlah bilangan proton dan neutron. Sebagai contoh, Litium () mengandungi 3 proton dan 4 neutron, maka nombor atomnya ialah 3 dan nombor jisimnya ialah 7. Nilai-nilai ini boleh dirujuk dalam Jadual Berkala Unsur. Keadaan tenaga pula ialah aras tenaga diskret yang terkandung dalam atom tersebut. Sudah tentulah sifat nuklid merangkumi sifat nombor proton dan neutron, bahkan tenaga.
(Kuiz: Berapakah bilangan proton dan bilangan neutron bagi Uranium-238, ?)
Sinaran mengion atau radiasi ialah pancaran tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah. Dalam konteks keradioaktifan, sinaran mengion terdiri daripada zarah alfa () dan beta (), manakala dalam bentuk gelombang ialah sinaran gama (). ialah Helium bercas 2 positif (+) dan ialah zarah elektron sama ada bercas positif atau negatif. adalah sinaran yang tinggi tenaganya dalam spektrum cahaya.

Lalu persoalan lain pula timbul, kenapakah nuklid tersebut memancarkan sinaran mengion secara spontan? Perlu diketahui, secara tabiinya, unsur atau atom yang tidak stabil akan kembali stabil dengan memancarkan sinaran mengion (atau dikenali proses pereputan). Sebagai contoh, Uranium-238 mereput kepada Thorium-234 melalui pereputan alfa,
Namun begitu Thorium-234 masih lagi tidak stabil dan akan terus mereput kepada Protactinum-234 melalui pereputan beta (negatif),
Contoh sinaran beta positif ialah pereputan Oksigen-15 kepada Nitrogen-15,
Pereputan gama pula selalunya pereputan beriringan iaitu pancaran bersama sinaran mengion lain, contohnya Kobalt-60,
Bezanya ialah pereputan gama tidak mengubah bilangan nombor atom mahupun jisim, tetapi mengubah keadaan tenaga daripada berkeadaan teruja kepada keadaan dasar (stabil). Pereputan zafah alfa dan beta melibatkan perubahan nombor atom dan jisim.
(KBAT: Apakah zarah pereputan dalam proses keradioaktifan berikut, ?)
Daripada penerangan di atas, maka tahulah kita bahawa bahawa “Keradioaktifan ialah sifat nuklid yang secara spontan memancarkan sinaran yang mengion”.
Jawapan oleh-Fizikawan Mohd Faudzi Umar (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Suntingan Prof Madya Dr. Shahrul Kadri Ayop (UPSI). Soalan diterima melalui aktiviti Tanya Fizikawan kelolaan Subkumpulan Pendidikan Fizik, Institut Fizik Malaysia (IFM) di Kuala Lumpur Engineering and Science Festival 2016 KLESF (2016) bertempat di MIECC, 4 hingga 6 November 2016. Layari http://ifm.org.my/


Sumber-YouTube Ted Ed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge