23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, August 14, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Robotik Sosial Dalam Kehidupan: Bolehkah Mereka Dipercayai?

Info Robotik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/04/2020
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Dr Azizi Bin AB Aziz
Makmal Penyelidikan Pengkomputeran Berpusatkan Manusia, Universiti Utara Malaysia

Pembangunan dan penyelidikan teknologi robotik sosial telah berkembang pesat sejak Kismet, salah satu robot sosial pertama diperkenalkan pada akhir tahun 1990an. Dibangunkan oleh Dr Cynthia Breazeal di Makmal Kepintaran Buatan, Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kismet telah menjadi penanda aras kepada pembinaan robot sosial moden yang lain seperti Paro (AIST,Jepun), Nexi (MIT, USA), Nao & Pepper (SoftBank Robotics), iCAT (Phillips, Belanda) Sophia (Hanson Robotics, Hong Kong), Sanbot (Qihan Technology, China), Adam (Robopreneur Berhad, Malaysia) dan Zenbo (ASUS, Taiwan). Berbeza dengan teknologi robotik yang lain (seperti robot dalam sektor perindustrian, keselamatan dan ketenteraan), tumpuan bidang robotik sosial adalah bertujuan menghasilkan robot yang mampu berinteraksi, memahami, dan membantu manusia sebagaimana kita melakukan hal yang sama dengan individu lain. Gabungan teknologi kepintaran buatan dan robotik dengan displin ilmu lain seperti psikologi, bahasa, budaya, seni dan ekonomi menjadi tunjang utama dalam pembangunan teknologi robotik sosial.

Robot sebegini mempunyai potensi besar dalam membantu manusia menguruskan kehidupan seharian dengan lebih lancar di masa hadapan. Antaranya, untuk menjadi salah satu aplikasi pemantauan kesihatan, penasihat pemakanan dan sebagainya bagi golongan yang mempunyai had pergerakan fizikal seperti warga emas, penghidap penyakit berjangkit (seperti wabak COVID-19, flu) dan golongan kelainan upaya. Selain itu, teknologi robotik sosial juga boleh digunakan dalam membantu individu yang mengalami masalah kognitif dalam membolehkan mereka meneruskan kehidupan yang lebih bermakna. Walaupun dengan pelbagai kemungkinan, aplikasi ini dapat memberi dimensi baru kehidupan di masa depan, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab sebelum teknologi robotik sosial menjadi sebahagian “ahli” dan gaya hidup komuniti manusia. Antaranya, adakah kita percaya kepada “mereka” dalam tugasan yang biasa dilaksanakan oleh manusia. Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik di kumpulan Mesin Hubungan, Makmal Pengkomputeran Berpusatkan Manusia Universiti Utara Malaysia telah menjalankan dua eksperimen (projek penyelidikan “Living with Robot”) dalam aspek terapi kognitif menggunakan robot dan penasihat digital terhadap beberapa individu.

Eksperimen pertama menggunakan robot yang diberi nama CAKNA dan dibangunkan kumpulan penyelidik sendiri bagi menguji kebolehgunaan terapi berasaskan robot dalam menangani masalah kebimbangan dan tekanan perasaan. CAKNA merupakan platform robot sosial berukuran 65 sentimeter yang menggunakan kamera, skrin sesentuh, dan mikrofon untuk berinteraksi dengan pengguna. Untuk tujuan eksperimen, seramai 35 orang responden telah dipilih bagi menilai beberapa aspek utama termasuk enam aspek kepercayaan terhadap tingkahlaku, maklumbalas, ketepatan maklumat serta nasihat, penggunaan, kerahsiaan, dan keberhasilan penggunaan setelah menggunakan CAKNA dalam tempoh dua minggu. Dengan menggunakan inventori pengukuran terpilih, hampir 78 peratus responden memberi skor yang agak tinggi untuk enam aspek kepercayaan tersebut. Selain itu, hasil temubual turut menunjukkan penerimaan positif terhadap kemungkinan penggunaan robot sosial dalam kehidupan seharian di masa hadapan.

 

Gambar 1: Robot Sosial (Kiri) CAKNA dan (Kanan) NAO Sedang Berinteraksi Dengan Pengguna *kedua-dua gambar ini adalah milik penulis

 

Manakala, untuk eksperimen kedua, kumpulan penyelidik telah menggunakan robot sosial NAO (Softbank Robotics) bagi menguji kebolehan robot sosial dalam meyakinkan 38 responden untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh robot bagi tugasan tertentu seperti pemilihan aktiviti dan barangan berdasarkan situasi simulasi yang memerlukan responden membuat pilihan dalam masa yang ditetapkan. Hasil eksperimen menunjukkan hampir 83 peratus daripada responden percaya dengan nasihat, serta arahan yang telah diberikan oleh robot tersebut. Walaupun kedua eksperimen ini tidak melibatkan saiz sampel yang besar, namun hasil kajian tersebut memberi gambaran awal tentang kepercayaan manusia terhadap teknologi robotik sosial dalam penggunaan dan tempoh tertentu. Antara faktor yang menyumbang kepada hasil eksperimen ini adalah; 1) aspek ruang sosial manusia dan robot, 2) kompetensi robot dalam memberikan nasihat dan maklumat, 3) tahap kebolehan automasi dan autonomi, 4) pemahaman isyarat sosial antara manusia dan robot, 5) rekabentuk paparan sosial pada robot, dan 6) kebolehan robot dalam memantau perkembangan dan pandangan pengguna.

Kajian selanjutnya adalah untuk membina model dinamik berasaskan sains data dan agen pintar yang mampu mengukur tahap kepercayaan manusia terhadap robot dalam membantu intervensi perubahan tingkahlaku. Secara umumnya, cabaran utama dalam penyelidikan sebegini adalah untuk memastikan manusia bukan sahaja percaya pada robot untuk melakukan tugas khusus tetapi percaya pada robot sosial dalam spektrum lebih luas. Ini kerana kepercayaan pada robot sosial membolehkan pengguna mahu menerima maklumat yang diberikan serta mengikuti arahan tertentu. Perkara ini adalah amat penting dalam memastikan kejayaan dalam membina satu ekosistem bagi manusia dan robot dapat bekerjasama serta berkolaborasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai selagi tidak melanggar aspek etika dan sebagainya.

 

Kredit Foto : eurekalert

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Azizi Bin AB AzizInfo RobotikMakmal Penyelidikan Pengkomputeran Berpusatkan ManusiaTeknologi Robotik SosialUniversiti Utara Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

COVID 19: Kit Ujian Antigen atau Kit Ujian Antibodi

Next Post

Mengenali Galaksi Bima Sakti

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

6 days ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 days ago
Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara
Berita & Peristiwa

Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

2 weeks ago
Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

2 weeks ago
Next Post
Mengenali Galaksi Bima Sakti

Mengenali Galaksi Bima Sakti

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In