Salam hormat,

 

Kami mengucapkan selamat datang kepada pengunjung atas kesudian anda melawat laman ini. MajalahSains.Com adalah satu wadah baru yang tidak berorientasikan keuntungan yang muncul di alam siber untuk menyampaikan berita, rencana dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia.

MajalahSains.Com bertujuan untuk menjadikan sains lebih menarik dan santai serta bersesuaian untuk semua golongan dan tidak terbatas kepada kelompok kecil komuniti akademik atau pelajar bidang sains sahaja.

Selain bertujuan untuk meningkatkan literasi sains, ia merupakan satu jambatan bagi mencetus semula minat masyarakat Malaysia terhadap perkembangan semasa dunia sains dan teknologi. Pada masa ini, Majalah Sains.Com diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan yang amat berminat di dalam bidang sains dan teknologi.

Kami mengalu-alukan sumbangan rencana dan artikel serta idea-idea bermutu dari pengunjung untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyampaian berita, maklumat dan aktiviti terkini mengenai sains dan teknologi untuk sama-sama dimanfaatkan oleh masyarakat. Semoga usaha murni kita dipermudahkan.

Sekian

 


EDITORIAL

Mohd Faizal Aziz (B.Sc)
Ketua Editor

Ahmad Amryl Malek (B.Sc)
Pembantu Editor

Adawiah Zainal (MSc )
Editor Bersekutu

Ismayadi Ismail (PhD)
Penasihat

Share on Facebook