23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, December 3, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

Editor by Editor
20/12/2015
in Alam Semulajadi
0 0
0

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit (zamioculcas zamiifolia) atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau ‘Ong’ dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit kanser darah atau leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

image            Prof Dr Ghizan Saleh, Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara

“Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan. “Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sehingga kini kementerian belum menerima laporan mengenai kes tersebut.

Dr Lokman berkata, setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok duit-duit berkenaan adalah penyebab penyakit leukemia.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM, Mohammad Abdullah, pula menafikan dakwaan terbabit dan meminta pihak berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti kukuh bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“USM kesal denga penyebaran maklumat seperti ini dan berharap pihak berkenaan tampil membantu. Penyebaran maklumat ini wajar dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

SUMBER – Berita Harian

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Mengapa Segelintir Manusia Bertangan Kidal

Next Post

Temubual Eksklusif bersama Penuntut Malaysia di CERN-Geneva

Editor

Editor

Related Posts

Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing
Alam Semulajadi

Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing

5 days ago
Gusi Sihat, Gigi Kekal: Kenali Penyakit Gusi dan Rawat Sebelum Parah
Alam Semulajadi

Gusi Sihat, Gigi Kekal: Kenali Penyakit Gusi dan Rawat Sebelum Parah

2 weeks ago
Taksonomi: Kesignifikannya Merentas Pelbagai Bidang
Alam Semulajadi

Taksonomi: Kesignifikannya Merentas Pelbagai Bidang

2 weeks ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

3 weeks ago
Next Post
Temubual Eksklusif bersama Penuntut Malaysia di CERN-Geneva

Temubual Eksklusif bersama Penuntut Malaysia di CERN-Geneva

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In