SHARE
KUALA LUMPUR: Anugerah Merdeka yang diperkenalkan pada tahun 2007 menyambut ulangtahun ke-10 penubuhannya pada tahun ini. Serentak dengan itu, 6 individu cemerlang dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2017 yang di Dewan Filharmonik, Petronas (Kuala Lumpur City Centre).
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkenan menyampaikan anugerah kepada enam  pemenang tersebut dalam satu acara yang berprestij malam tadi. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah (lima kanan), Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Sidek Hassan (enam kanan), Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (empat kanan) bergambar bersama dengan penerima-penerima Anugerah Merdeka 2017 di Dewan Filharmonik KLCC
Enam penerima anugerah tersebut ialah Prof Dr Masjuki Hassan Datuk, Prof Dr Balbir Singh Mohan Singh, Dr. Timothy William  Datuk Dr. Abdul Halim Ismail, Datuk Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamod, dan Prof Dr Anthony Crothers Milner.
Anugerah Merdeka terdiri daripada lima ketegori iaitu Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi (dua penerima bersama) ; Pencapaian Luar Biasa dan Sumbangan Luar Biasa Untuk Rakyat  Malaysia.
Prof Dr Masjuki Hassan dari Universiti Malaya penerima anugerah ketagori Pencapaian Luar Biasa di atas sumbangan beliau menjalankan penyelidikan kejuruteraan dan sains bidang tenaga untuk kegunaan industri automotif. Beliau terlibat dalam penyelidikan bahan api bio dan penemuan sumber penggunaan tenaga efektif dan berkesan.

Prof Dr Masjuki dilahirkan di Sabak Bernam dan menamatkan pengajian peringkat PhD di Leeds University pada tahun 1982 dalam bidang Tribology. Beliau memulakan karier sebagai ahli akademi pada tahun 1983 di Universiti Malaya dan pernah menulis  5 buku  dan bab dalam buku bersama rakan sepakaran beliau. Beliau juga merupakan Presiden dan Pengasas Malaysian Tribology Society (MYTRIBOS) dan ketua penyelidik di Centre of Energy Science. Di dalam Negara, beliau merupakan sekretari kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Binaan di bawah Majlis Profesor Negara dan juga pengerusi Majlis Profesor Negara UM Chapter. Selain itu, Prof. Masjuki aktif di dalam badan-badan profesional di peringkat antarabangsa antaranya beliau merupakan felo The Institute of Mechanical Engineer and Chartered Engineer, UK, Timbalan Presiden International Tribology Council, UK dan Society of Automotive Engineers, USA.

Dalam ketegori Kesihatan, Sains dan Teknologi, dua penerima bersama iaitu Prof. Dr. Balbir Singh Mohan Singh dan  Dr. Timothy William. Prof Dr Balbir Singh  di lahirkan pada tahun 1955 di Segamat, Johor menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang Immunology. Sumbangan cemerlang beliau dalam penemuan baru penyelidikan jangkitan malaria, Plasmodium knowlesi. Pendedahan potensi penyakit zoonotik mengubah pemahaman mengenai malaria, jangkitan dan cara rawatannya bukan sahaja di negara ini tetapi peringkat global.

Beliau berkhidmat di Fakulti Perubatan dan Kesihatan di  UNIMAS, Sarawak dan merupakan pengarah Malaria Research Centre (MRC), salah satu dari dua pusat kecemerlangan UNIMAS yang memfokuskan kajian terhadap malaria knowlesi. Beliau telah membentangkan hasil penyelidikan di Eropah, Amerika, Australia. Di atas kecemrlangan dan sumbangannya, Prof Balbir Singh turut menerima Top Research Scientiest Malaysia Award dari Akademi Sains Malaysia pada tahun 2012. Beliau turut dipilih sebagai Felo Akademi Sains Malaysia pada tahun 2015.

Dr. Timothy William penerima bersama Anugerah Merdeka 2017. kategori sama dipilih bersandarkan kejayaannya menemukan kaedah rawatan berkesan menangani malaria.

Dalam kategori Pendidikan dan Komuniti, Datuk Dr Abdul Halim Ismail dipilih sebagai penerima Merdeka Award 2017 pelopor industri perbankan Islam Malaysia. Beliau dipilih berasaskan sumbangannya memainkan peranan membangunkan bank Islam pertama di negara ini selain, mengetuai perkembangan perbankan, insurans dan kewangan Islam.

Manakala Tengku Dr Zainal Adlin dipilih sebagai penerima kategori Alam Sekitar berikutan sumbangan terhadap hidupan liar, pemuliharaan alam sekitar dan perhutanan di negara ini.

Dr Anthony berperanan menyumbangkan penyelidikan dan pendidikan sejarah di negara ini dan mempromosikan kefahaman identiti Nasional, sejarah dan budaya dengan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Turut hadir dalam anugerah berprestij itu, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Pengeluaran dan ExxonMobil Malaysia yang juga Pengerusi Anak Syarikat ExxonMobil Malaysia, Edward E Graham dan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge