SHARE

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali

Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.

Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil  ‘disc’ atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat.  Jenis tulang vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada kecederaan yang dialami seseorang.
Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu
cervical (leher),thorak (toraks/dada), lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).

Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki dan tangan

Tulang
thorak, procesus spinosus
nya akan berhubungan dengan tulang rusuk. Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil. Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual. Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing, usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit.  Terdapat 3 hingga 5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.

Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran maklumat.
Sedarkah kita bahawa setiap kegiatan dan aktiviti yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada tulang belakang kita? Melakukan aktiviti-aktiviti untuk menjaga tulang belakang adalah bagus untuk kebaikan dan kesihatan, malahan juga dapat menjaga postur tubuh agak tegak dan sihat. Jika kita inginkan tulang belakang kita dan keluarga sihat, maka sentiasa berada dalam posisi yang tepat, mulai sekarang ubahlah posisi duduk kita dan keluarga, apalagi anak-anak kita yang masih dalam proses pertumbuhan. Posisi duduk kita yang akan mempengaruhi kesihatan tulang belakang kita. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun pada kebiasaannya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah, namun kadang kala ianya boleh menyebabkan penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen.

Kecederaan tulang belakang boleh terjadi akibat daripada kemalangan jalanraya, kecederaan ketika bersukan, bergaduh dan juga jatuh daripada tempat yang tinggi. Kebanyakan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Pada masa sekarang, penyelidikan giat sedang dijalankan untuk pemulihan pesakit yang disebabkan kecederaan saraf tunjang antaranya adalah sel stem tetapi ianya masih di peringkat kajian ke atas haiwan dan belum diuji ke atas manusia. Terdapat juga kajian yang menggunakan gamat untuk memulihkan kecederaan ke atas saraf tunjang. Sehingga kini tiada rawatan boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang. Namun, pesakit digalakkan tekun menjalani fisioterapi bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM, merangkap Penulis Sains Malaysia

19 COMMENTS

  1. salam…

    tumpang tanya, kalau kita mengeliat smp memusingkan pinggang kita lbih kurang 30 darjah dan mengeluarkan bunyi, adakah itu sihat? tp slepas melakukannya, saya berasa lega.

  2. Langsung tiada peluang utk sembuh?kwn sy lumpuh hmpir 6 tahun n sy doa akan ada keajaiban. smoga dia m’dapat rezeki yg murah…aminnnnnnnnnnnnn…

  3. salam..saya mngalami sakit tulang belakang akibat terjatuh smasa kecil dari rumah saya tingkat 1..semasa kecil saya tidak merasakan sakitnya..tetapi setelah saya mmbesar saya merasakan kesakitannya..setelah saya berjumpa dengan doktor dan membuat x-ray d dapati tulang bahagian sangkar sebelah kiri saya bengkok dripada salah satunya..tiada ubat atau terapi yang dapat mnyembuhkn penyakit saya ini kata doktor,kecuali saya perlu betulkn cara saya duduk dan jangan mmbongkok..akan tetapi kini saya merasakn bahgian leher saya juga sakit dan tulang thorak saya..benar kah tiada rawatan atau ubat bagi pnyakit saya ini??

  4. buat senaman solat mlm yang paling utama….dan jampian doa kpd Allah ubat yang pling mjarab…insyaAllah…dkat kan dri dgn Allah…

  5. As-salam. Saya cadangkan tuan puan mendapatkan rawatan percuma di Ceragem. terdapat 10 centre di Malaysia, 3 di KL, 1 di Bandar Baru Bangi untuk rawatan saraf dan membetulkan kedudukan tulang belakang. Boleh dapatkan infi kat internet. Terdapat beberapa pesakit slip disc, lumpuh dll sembuh
    setelah mendapatkan rawatan di Ceragem. Boleh hubungim Ceragem Hq di Kepong ditalian berikut.
    03 62505800 Mariam Naim (Manager)untuk mendapatkan info lanjut cawangan2

  6. beberapa bulan lepas…sy pnh terjatuh terduduk dalam bilik air.. dh pg jumpe doctor..doc ckp xde pepe.. tp skrg… bile saye tersalah tido…sy sakit pngang sgt2… xthu la..mgkin effect dr salah tido tu.. tp sy selalu risau, tkut ni effect dr jatuh tu.. skrg sy tk thu nk buat ape.. sekadar google n bace blog pasal sakit pinggang…salam..

  7. sya ingin bertanya..pekerjaan x-ray,di bawah bahagian sains apa?(sains tulen ke,sains kesihatan ke,atau sains gunaan)??

  8. kami di ATTALAQQI(KUANTAN)ada mnyediakan rawatan pembetulan tulang belakang…kebas2 dihujung jari kaki dan tangan,stress dan sawan adalah antara tanda2 biasa menunjukkan kita sudah mengalami masalah tulang belakang…untuk mendapatkan rawatan atau pertanyaan sila hubunga saya… Tengku Hazailee 0179296755…ATTALAQQI adalah sebuah pusat perubatan alternatif Islam,selain tulang belakang kami juga telah berjaya dalam usaha mengubati kanser, ketumbuhan,yis,uri jatuh dan tonsil antaranya…Alhamdulillah semuanya dengan izin ALLAH…

  9. ada ubatnya untuk masalah tulang belakang.

    1. Banyakkan Selawat ke atas junjungan Nabi SAW kerana itu adalah penawar BiiznILLAH
    2. Banyakkan membaca Al-Quran kerana al_quran di dalamnya terdapatnya Ubat segala penyakit. Tiada penyakit di atas muka bumi ini yang tidak dapat diubati, percaya dan yakinlahlah dengan janji ALLAH dan Rasulnya.
    3. Bersabar, cubalah bersabar boleh jadi perkara/penyakit yang kita/saudara dialami adalah lebih baik bagi kalian dan boleh jadi perkara/kesihatan/kesenangan yang dikecapi adalah tidak baik untuk diri kita untuk mencapai redho dan Rahmat dariNYA.
    4. Syukur kerana syukur adalah satu perkara yang tidak dpat diungkkapkan dengan kata, kerana syukur juga adalah penenang dan bertindak sebagai ubat pelali bagi penyakit,
    5. Ikhtiar secara terus menerus InsyaALLAH , ALLAHu Yashfik

  10. assalamualaikum,,
    sye ad mngalami sakit blakang, bila kelamaan sye biarkan, sye rase kdang2 skit pinggang, tpi sekarang ni sye slalu skit prut, dan demam,

  11. Assalamualaikum ww,
    Does anyone has the address for ceragem kuantan? Jazakallahu khair

  12. Assalamualaikum. Mak saya ada ketumbuhan tulang di tulang belakang dia. Doktor cakap kalau nak buang risiko nya boleh lumpuh. Ada tak caranya untuk baik selain pembedahan? Ceragem dekat Johor ada tak?

  13. insyaallah setiap penyakit ada penyembuhnya,allah yg menyembuh,bukan doktor..kalau nak ikutkan doktor,semua xda ubat n macam2..benda ni terjadi pada saya sendiri dimana sy mengalami slip disc yang agak teruk,terlantar selama setahun..buat perubatan hospital,tapi doc kata chances tuk sembuk sangat2 tipis..sayunya hati ni mendengar,yela,masa tu baru berumur 23 tahun..gelap masa depan rasa

    apa pn tak bleh buat,nak bejalan pn sakit..banyak nerve yang susah kebas..time tu hanya allah je yang tahu betapa peritnya saya rasa dan time tu baru rasa nikmatnya berjalan dan berlari sebelum ni..

    tapi lama2 kelamaan,gagahi juga memujuk diri yang ini ujian allah dan allah maha penyembuh..tiada yang mustahil,lantak si doktor tu nak kata pe,dia pn manusia yang lemah jugak..

    nak dijadikan cerita,masa tu bulan ramdhan.saya gagahi untuk sembahyang tahajud di masjid uia,first time,walhal time tu dah final year..ampuni daku ya allah..tahajud di uia ni memang terkenal dengan baca panjang,sujud lama2,rukuk lama2..time tu aku xtahu,join jela sembahyang sekali

    tiba2,tibala masa rukuk yang pertama,allah je yang tahu betapa sakitnya aku menanggung,rukuknya lama lebih kurang lima minit,masa rukuk tu terketar2 kaki dan badan menahan sakit dan jatuh air mata menahan sakit yg xterperi,dalam hati hanya berdoa kat allah,”sakitnya ya allah,engkau maha besar,sembuhkanla aku yg allah,tlgla ya allah..aku rukuk kepada mu jua walaupn sakit sgt,tlgla sembuhkan aku,aku xtahan lagi’..begitu yg di pinta selama 5 minit tu sambil mulut menyebut ‘maha suci allah yg haha besar dengan segala2nya”-arab le..

    bayangkan saya habiskan tahajud 8 rakaat dan badan lemah longlai nak rebah..tapi saya bersyukur dapat menunaikan tahajud berjemaah buat pertama kalinya..

    apa yang nak saya cerita disini,keajaiban berlaku keesokan harinya selepas bangun dari tidur,sakit belakang saya terus hilang dan xda rasa sakit langsung,boleh melompat,berlari,bangun..ya allah..hepi sangat2 time tu..selama setahun terlantar,terus saya sujud syukur kepadanya..allah telah perkenankan doaku..alhamdulillah..

    kepada rakan2 yang menghidap apa2 penyakit,ingatla pada allah,allah je yang menyembuh,bukannya doktor..dia nak uji kita adakah kita ingat kepanya or kita berharap kepada doktor yg lemah tu..pinta kepada allah,nescaya dia akan memakbulkannya..tetapkan hati,teguhkan iman dan pendirian yg allah maha besar,allah maha penyembuh dan allah mampu melakukan segala2nya..

  14. salam. alhamdulillah. terima kasih cikgu.moga kesabaran kita menjadi bekal bertemu-YANG MAHA PENCIPTA.

  15. I believe everything posted was very logical. But, consider this, what if you wrote a
    catchier post title? I ain’t suggesting your content isn’t good, but what
    if you added a post title to possibly get folk’s attention? I mean Tulang Belakang : Apa Yang Anda Perlu Tahu
    – Majalah Sains is a little plain. You should glance at Yahoo’s
    home page and note how they create article titles to
    grab viewers to open the links. You might try adding a
    video or a related picture or two to grab readers excited about
    everything’ve written. Just my opinion, it could bring your posts a little bit more interesting.
    ข้อสอบข้อเขียนLLB recently posted…ข้อสอบข้อเขียนLLBMy Profile

  16. Assalamualaikum..haritu adik saya jatuh terhempap atas belakang saya. Sejak haritu, belakang saya skit. Bila saya sujud , dada belah kanan saya rasa sakit. Bila nak baring atau nak bangun dpd tido pon, saya rasa sakit. Sekarang ni rasa sakit tu beralih ke tengah dada. Nak bersin pon skit. What happen to me actually? What shoul I do?

  17. Salam , baru2 ni saya exciden , dn lepas buat xray . Tulang belakang L5 saya patah . doc nk buat pembedahan.tpi parents saya xnk sy bt pembedahan. sbb rse sakit bila besar nnt dirasai smula. skrng ni kaki kanan saya ade lumpuh sdikit. ekoran terkena urat . pembuangan air kencing serta air besar sya sprt biasa. adakah peluang utk saya smbuh adalah cerah?

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge