23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia: Dr. Adlyka Annuar

Kenali saintis Malaysia

Editor by Editor
28/08/2018
in Astronomi & Kosmologi, Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Dalam siri Kenali Saintis yang pertama diperkenalkan pada minggu lepas, kami memperkenalkan Prof Madya Dr Airil Yasreen Mohd Yassin dari Heriot Watt University Putrajaya. Kali ini dengan bangganya sekali lagi, kami membawakan temuramah ringkas bersama Dr Adlyka Annuar yang kini berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau terkenal dengan nama jolokan ‘ratu lohong hitam’ kerana rakyat Malaysia pertama menemukan lohong hitam supermasif ketika menuntut di peringkat kedoktoran di Durham University pada tahun 2017. MajalahSains turut membuat satu temubual ekslusif bersama beliau pada ketika itu.
**************

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Fokus penyelidikan saya buat masa ini adalah kajian lohong hitam supermasif (supermassive blackhole) aktif dalam galaksi-galaksi berdekatan. Projek ini merupakan kesinambungan daripada projek PhD saya dimana objektifnya adalah untuk memahami ciri-ciri lohong hitam supermasif yang terdekat dengan kita, serta apa kesan mereka terhadap galaksi-galaksi yang diduduki.

Gambar 1. Ketika melakukan pencerapan menggunakan salah satu teleskop di Observatori La Silla, Chille.

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat atau industri?

Secara khususnya, penyelidikan saya dapat membantu memahami lohong hitam di dalam galaksi yang terdekat, serta apa kesannya terhadapnya. Secara umum, kajian astronomi penting untuk membantu kita memahami tentang asal usul kejadian dan fenomena alam semesta. Alam semesta kita juga berfungsi sebagai makmal untuk mengkaji teori-teori fizik yang tidak dapat diuji di bumi. Penyelidikan astronomi turut banyak menyumbang kepada pembangunan teknologi, contohnya dari segi perubatan dan telekomunikasi, melalui pengadaptasian teknologi-teknologi serta bahasa pengaturcaraan komputer yang dibangunkan khusus untuk membina peralatan dan menganalisis data-data astronomi.

Selain itu, penyelidikan saya juga membantu menambah kepakaran bidang astronomi di Malaysia yang kita sedia tahu bilangannya sangat rendah di negara kita. Kepakaran dalam bidang astronomi penting untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang ini, dan dapat sama-sama menyumbang kepada dunia dalam pembangunan teknologi dan bidang sains angkasa, contohnya dari aspek pengawasan objek-objek angkasa lepas yang boleh memberi ancaman terhadap bumi serta planet-planet di sekitar.

 

Di mana tempat bertugas sekarang? (Kumpulan penyelidikan, institusi, makmal, kolaborasi)

Saya sekarang bertugas sebagai pensyarah Program Fizik dan penyelidik Kumpulan Fizik Komputasi & Sains Angkasa di Pusat Sains Terkehadapan (Centre for Frontier Science), Universiti Kebangsaan Malaysia.


Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

 

Saya mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan pada tahun 2013 semasa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran di Durham University, UK. Saya menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah universiti kerana ingin mendapatkan keseimbangan dalam meneruskan minat saya untuk melakukan penyelidikan astrofizik, dan berbakti kepada masyarakat secara dekat melalui pendidikan. Alhamdulillah, setelah tamat pengajian PhD pada tahun 2017, saya ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gambar2: Selepas lulus viva PhD di Durham University.

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Yang pertama ialah Prof. Emerita Datuk Dr. Mazlan Othman – Beliau merupakan idola saya semenjak kecil lagi ketika saya mula menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang ahli astronomi. Saya sangat kagum dengan pencapaian beliau, serta usaha-usaha aktif beliau dalam membangunkan bidang sains angkasa di negara kita.

Kedua Prof. Madya Dr. Zamri Zainal Abidin (UM) – Saya mula mengenali beliau lebih kurang 5 tahun dahulu ketika bercadang untuk melanjutkan pelajaran di bawah seliaan beliau. Saya kagum dengan usaha-usaha beliau untuk membangunkan penyelidikan astronomi di Malaysia, khususnya dalam bidang astronomi radio. Beliau juga selalu memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan kepada saya sepanjang pengajian dan penyelidikan saya.

Gambar3: Bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman (kiri) & Prof. Madya Dr. Zamri Zainal Abidin (kanan)

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?  

 

Antara pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan saya adalah ketika cuba menerangkan dan meyakinkan masyarakat tentang kepentingan kajian yang saya lakukan atau kajian astronomi dan astrofizik secara umumnya. Kebanyakan orang sukar memahami kepentingan penyelidikan astronomi kerana tidak nampak kesannya secara langsung. Namun begitu apabila bercakap mengenai astronomi, kita perlu membuka minda dan melihat kehadapan. Ini kerana, kebanyakan sumbangan bidang astronomi adalah secara tidak langsung, dan hanya dapat dilihat di masa hadapan. Contohnya pembangunan teknologi seperti yang telah diadaptasikan dalam bidang perubatan (e.g., CAT scanner & MRI), dan pembuktian teori-teori fizik seperti gelombang graviti yang diramalkan Albert Einstein lebih 100 tahun dahulu. Selain itu, saya juga kadangkala perlu menghadapi kritikan daripada golongan-golongan yang taksub dengan “ilmu” pseudosains (sains bohong) dan teori-teori konspirasi.

Pengajaran yang saya dapat simpulkan daripada ini adalah, kita perlu memupuk rasa ‘menghargai’ terhadap sesuatu nilai ilmu itu sendiri (appreciate the value of knowledge) dalam diri masyarakat, tidak kira apa sumbangannya. Salah satu caranya adalah dengan memperbanyakkan lagi pendedahan asas-asas sains kepada masyarakat, bukan sahaja tertumpu kepada anak-anak muda, tetapi juga golongan dewasa. Ini juga secara langsung dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan tidak mudah terpedaya dengan “ilmu” pseudosains. Saintis juga perlu lebih banyak kehadapan dan mendekatkan diri dengan masyarakat. Media perlu turut memainkan peranan dalam hal ini, seperti memperbanyakkan program-program dokumentari sains di televisyen, dan membantu mendedahkan para saintis kepada masyarakat, terutamanya saintis tempatan.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Minat yang mendalam dalam bidang astrofizik semenjak kecil lagi adalah faktor utama yang sentiasa mendorong saya untuk bertahan dalam bidang penyelidikan.

 

Pengalaman paling menarik?

Pengalaman paling menarik dalam penyelidikan saya adalah sepanjang pengajian PhD di Durham University yang telah membuka peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam penyelidikan-penyelidikan bertaraf dunia, menjelajah negara-negara luar untuk mengumpul data dan menghadiri persidangan/mesyuarat, bertemu dan bekerjasama dengan pakar-pakar astronomi daripada institusi-institusi terkemuka dunia seperti NASA, Caltech, Cambridge dan ESO (European Southern Observatory). Mereka sangat terbuka dan tidak memandang rendah terhadap saintis-saintis muda, termasuklah pelajar, dan banyak memberi sokongan kepada saya dalam pelbagai aspek, sehinggalah sekarang.

Semasa pengajian saya, saya juga telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi teleskop NuSTAR kepunyaan NASA. Salah satu kajian yang saya ketuai bersama kolaborasi ini telah berjaya mendapat perhatian umum pada tahun 2017, yang telah membawa kepada beberapa pengiktirafan serta membuka pelbagai peluang kepada saya.

Gambar 4: Di Cahill Center for Astronomy dan Astrophysics, Caltech, USA, untuk menghadiri Mesyuarat Teleskop NuSTAR 2016 sebagai penceramah jemputan

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Jadikan minat anda sebagai kerjaya. Kadangkala sains nampak agak sukar untuk difahami/dikuasai. Namun begitu, janganlah mudah jatuh semangat dan teruskan minat anda kerana semua bidang pun ada kesukarannya. Saya percaya minat adalah salah satu kunci kepada kejayaan kita dalam melakukan sesuatu. Sains adalah bidang yang sangat menarik dan memberi peluang kepada kita untuk melakukan penemuan-penemuan baru, menjawab persoalan-persoalan yang masih tidak terjawab, dan menyumbang sesuatu kepada manusia sejagat.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

 

Menonton filem dan melancong kerana ia sangat membuka minda.

Gambar 5: Sewaktu melawat Iceland pada tahun 2016. Kiri: Di lagun glasier Jökulsárlón, Kanan: Aurora borealis.

Terima kasih Dr. Adlyka. Semoga terus menempa kejayaan di masa hadapan.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Membesarkan Anak Sindrom Down

Next Post

Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 days ago
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 weeks ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 weeks ago
Next Post
Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In