23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia : Dr Roswati Md. Amin

Editor by Editor
25/03/2019
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Dr. Roswati Md Amin
Pensyarah Kanan,
Pusat Pengajian Sains dan Sekitaran
Universiti Malaysia Terengganu

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Bidang kajian saya adalah Ekologi Marin yang mengkhusus kepada kajian plankton; iaitu hidupan laut yang terdiri daripada tumbuhan (fitoplankton) dan haiwan (zooplankton) yang hidup terapung di dalam air laut. Plankton merupakan organisma asas dalam sesuatu ekosistem marin yang menjadi makanan dan sumber tenaga kepada aras trofik yang lebih tinggi seperti ikan dan seterusnya manusia. Fokus utama penyelidikan saya adalah melibatkan pengenalpastian kepelbagaian plankton di persekitaran perairan Malaysia dan memahami kesan aktiviti manusia termasuklah pencemaran mikroplastik ke atas komuniti ini. Dengan mendalami aspek kajian ini, kita dapat memahami sekiranya sesuatu kesan pencemaran itu akan memberi impak kepada komuniti plankton, pemangsa atau tidak sekaligus dapat mengetahui status kesihatan dan produktiviti ekosistem di sesuatu kawasan kajian.

Kajian ini juga telah diketengahkan antara fokus utama dalam Ekspedisi Pelayaran Saintifik UMT Menelusuri LIMA ’19 yang dijalankan bermula dari Kuala Terengganu; 13hb Mac dan berlabuh di Tanjung Lembong, Pulau Langkawi pada 23hb Mac 2019. Kajian yang melibatkan 56 lokasi persampelan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat oseanografi fizikal, kimia, biologi dan pencemaran dan mengetahui status terkini persekitaran marin di Semenanjung Malaysia. Maklumat yang diperoleh akan menjadi asas kepada penentuan status produktiviti dan ancaman kepada alam sekitar dan manusia akibat daripada pencemaran dan perubahan iklim dapat dikenalpasti.

Gambar ihsan facebook Media Kreatif UMT

Seramai 25 saintis yang terlibat dengan 12 saintis di lapangan dan 13 di makmal. Kajian yang melibatkan 24 jam aktiviti persampelan ini juga mengetengahkan 5 sainis wanita dan 9 pelajar pascasiswazah di lapangan dalam pelbagai bidang kajian. Kajian lain pula melibatkan kajian di Pulau Perak pada 31hb Mac hingga 2hb April 2019 untuk mengkaji terumbu karang dan ikan karang sehingga ke kedalaman 40m.

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Kajian ini akan menghasilkan senarai semak kehadiran spesies, sebaran dan biodiversiti yang terdapat di kawasan kajian. Di samping itu, interaksi dan kefungsian ekosistem antara air laut dan organisma yang dikaji akan dapat difahami dengan lebih baik.

Di samping itu, status pencemaran di persekitaran marin meliputi mikroplastik dan spesies asing dan invasif juga akan dapat di ketahui dan kadar peningkatan suhu atmosfera dan permukaan air laut yang berkemungkinan akibat perubahan iklim dapat ditentukan dengan perolehan data masa kini serta jangkaan impak yang mungkin berlaku kepada ekosistem marin serta komuniti pesisir.

Dapatan daripada kajian ini kebiasaannya akan diterbitkan dalam bentuk penulisan saintifik serta artikel di media utama supaya maklumat yang dijana akan dapat digunapakai bukan sahaja kepada komuniti saintis dan pentadbir, tetapi juga kepada masyarakat umum agar dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bertindakbalas berasaskan pengetahuan (knowledge based action) dalam memelihara dan menghargai alam sekitar sebagai khazanah semulajadi Malaysia.

Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya kini bertugas sebagai pensyarah Program Sarjana Muda Biologi Marin di bawah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu dan baru sahaja dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Program bermula Februari yang lalu yang mana tugasan melibatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

Saya bermula sebagai pelajar di bawah Program Sarjana Muda Biologi Marin pada tahun 2002-2005. Walaupun pada asalnya, bidang ini bukanlah bidang pilihan bagi kemasukan ke universiti, namun saya menganggap ini sebagai satu peluang yang jarang diperoleh. Keluarga, guru-gurudan sahabat memberi galakan dan dorongan untuk mencuba dan setelah satu semester mengenali dan memahami bidang ini, saya merasakan satu tarikan yang boleh membawa saya lebih jauh menerokai ilmu kelautan ini. Rezeki berpihak kepada saya selepas tamat belajar dengan tawaran jawatan tutor dalam bidang kekosongan yang diperlukan ketika itu di UMT dan menyambung pengajian PhD selama 4 tahun dalam bidang Ekologi Marin di Umeå University, Sweden. Alhamdulillah, berkat sokongan suami, ibu dan ayah serta keluarga saya berjaya memperoleh Ijazah kedoktoran pada tahun 2011.

Gambar koleksi peribadi penulis

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Saya sentiasa menjadikan penasihat luar semasa pengajian PhD iaitu Marja Koski sebagai idola yang terbaik buat saya dalam bidang kajian plankton. Seorang yang positif dan bersikap terbuka yang sentiasa memberi pandangan dan dorongan dalam kajian sehingga kini. Bermula dengan hanya perbualan kosong dalam satu ekspedisi penyelidikan di Bergen, Norway sehingga membawa saya melangkah lebih jauh dalam kajian fisiologi plankton. Beliau tanpa jemu memberi semangat dan membantu dalam beberapa eksperimen bagi melengkapkan thesis PhD saya walaupun pada ketika itu saya bukanlah pelajar yang berdaftar di bawah seliaan beliau.

Gambar koleksi peribadi penulis

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan dan pengajaran yang boleh di ambil?

Banyak pengalaman yang kita peroleh apabila melibatkan kajian penyelidikan dan pengajaran kelautan. Namun keseimbangan melibatkan dua perkara tersebut sangatlah penting. Kebiasaannya, pengurusan masa dan kerjasama yang baik perlu dalam apa-apa jua pekara dalam menitikberatkan hasil yang dapat memberi impak dan manfaat bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri tetapi pengurusan tertinggi, pensyarah dan juga pelajar. Di samping itu, apabila melibatkan bidang kelautan sebegini, keperluan untuk menjalankan aktiviti di lapangan adalah perlu bagi memenuhi bidang tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Menggalas tugasan yang diberi sebagai seorang wanita yang berkeluarga juga merupakan cabaran yang besar bagi saya. Contohnya sekarang dalam keadaan mengandungkan anak yang kelima, menggalas sesuatu tanggungjawab kerja disamping membesarkan empat anak lain yang masih lagi kecil, keseimbangan masa antara keluarga dan pekerjaan juga sangat penting. Namun, saya bersyukur apabila suami banyak membantu dalam urusan keluarga sekiranya terpaksa bertugas dilapangan.

Gambar ihsan facebook Media Kreatif UMT

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Di Malaysia, bidang planktonologi kurang diberi perhatian. Disebabkan organisma ini bersaiz mikro dan memerlukan kesabaran dan fokus yang mendalam, menyebabkan ia kurang diterokai. Di luar negara bidang ini bukanlah sesuatu yang asing, dan penekanan dalam pelbagai aspek melibatkan plankton telah pun banyak diketengahkan dan diterbitkan. Oleh itu, dengan pengetahuan sedia ada dan keperluan untuk mengetahui dengan lebih mendalam status kajian plankton ini di perairan Malaysia disamping fasiliti yang mencukupi disediakan pihak UMT, minat untuk terus mendalami dunia penyelidik saintifik ini sentiasa berterusan.

Pengalaman paling menarik?

Pengalaman di luar negara semasa belajar adalah satu pengalaman yang manarik dan sukar dilupakan. Diberi peluang untuk menjalankan penyelidikan di tiga buah negara Scandinavia iaitu Sweden, Norway dan Denmark adalah satu peluang yang cukup besar dengan penglibatan ramai penyelidik hebat dalam bidang kajian saya. Selain itu, mengharung tiap hari perjalanan ke makmal terutama pada musim sejuk di Umeå, Sweden dengan suhu mencecah -29°C dan waktu siang yang pendek iaitu antara 3-4 jam sehari juga antara pengalaman yang menarik dalam tempoh pengajian. Di kawasan utara Sweden ini, musim sejuk kebiasaannya mencecah 6 bulan panjang dan musim panas hanya 2-3 minggu sahaja dan beradaptasi dengan cuaca yang ekstrim sebegini adalah sangat mencabar bagi saya.

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Minat itu boleh dipupuk. Namun ia perlu sentiasa disemai dengan sikap yang positif. Mereka perlu berani mencuba dan sentiasa mempunyai matlamat dalam hidup mereka dalam setiap apa yang ingin mereka cuba.

Aktiviti/hobi kegemaran selain tugas hakiki?

Saya gemarkan aktiviti bersama keluarga. Kebiasaannya saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti menikmati kelainan suasana di pelbagai tempat destinasi percutian dalam dan luar negara.

Koleksi peribadi penulis
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: RV Discovery UMTsaintis wanitaUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Kerentasan Disiplin Melalui Internet Pelbagai Benda di Pinggir Lautan Adriatik

Next Post

Karen Uhlenbeck Wanita Pertama Menerima Hadiah Abel

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

4 days ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

4 weeks ago
Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser
Berita & Peristiwa

Meneroka Rahsia Perisai Tersembunyi di Sekeliling Kanser

4 weeks ago
Next Post
Karen Uhlenbeck Wanita Pertama Menerima Hadiah Abel

Karen Uhlenbeck Wanita Pertama Menerima Hadiah Abel

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Grigory ‘Grisha’ Perelman: Matematikawan Yang Aneh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penderiaan Jauh & Aplikasi Dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In