23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Soalan Untuk Saintis Muda Malaysia; Dr. Abdul Rahman Mohmad

Saintis Muda Malaysia

Editor by Editor
21/10/2019
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0

Dr. Abdul Rahman Mohmad
Felo Penyelidik
Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN)
Universiti Kebangsaan Malaysia


Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

 

Penyelidikan saya kini tertumpu kepada sintesis dan aplikasi bahan 2-dimensi terutamanya transition metal dichalcogenides (contoh molybdenum disulfida, niobium disulfida) untuk sektor tenaga dan alam sekitar.

Penerbitan:

  • Yang, A. R. Mohmad, Y. Wang, R. Fullon, X. Song, F. Zhao, I. Bozkurt, M. Augustin, J. G. Santos, H. S. Shin, W. Zhang, D. Voiry, H. Y. Jeong, M. Chhowalla, Nature Materials (2019) in press [IF 38.9]
  • R. Mohmad, F. Bastiman, C. J. Hunter, S. J. Sweeney, J. S. Ng, J. P. R. David, Applied Physics Letters, 98 122107 (2011) [Q1, IF 3.5]
  • R. Mohmad, F. Bastiman, C. J. Hunter, R. D. Richards, S. J. Sweeney, J. S. Ng, J. P. R. David, Applied Physics Letters, 101 012106 (2012) [Q1, IF 3.5]
Bergambar bersama sistem chemical vapor deposition untuk sintesis bahan 2-dimensi di IMEN UKM

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

 

Hidrogen adalah agen utama dalam pelbagai proses industri seperti industri penapisan, industri kimia, penghasilan baja, pemprosesan makan, sektor elektronik dan lain-lain. Pada 2017, saiz pasaran untuk penghasilan hidrogen adalah $115 billion dan dijangka akan berkembang kepada $155 billion pada 2020. Selain itu, penggunaan hidrogen sebagai pembawa tenaga juga boleh membantu dalam menangani isu kelestarian dan keselamatan tenaga serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke alam sekitar. Namun, 96% daripada gas hidrogen dunia kini dihasilkan daripada bahan api fosil.

[BACA – PENYELIDIK UKM CATAT SEJARAH TERBITKAN HASIL KAJIAN DI JURNAL TERKEMUKA DUNIA]

Kaedah yang lestari untuk menghasilan hidrogen adalah melalui proses elektrolisis yang memisahkan molekul air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen. Proses ini memerlukan bahan mangkin yang kebiasaannya adalah logam bernilai tinggi dan mahal seperti platinum. Fokus penyelidikan saya adalah untuk menghasilkan bahan mangkin alternatif yang berkos rendah tetapi mempunyai prestasi setanding dengan platinum. Hasil kajian ini berpotensi mengurangkan kos sistem elektrolisis seterusnya mengurangkan harga hidrogen komersil. Kajian ini juga menyumbang kepada mencapai salah satu daripada objektif Sustainable Development Goals yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu ‘Affordable and clean energy’.

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

 

Saya kini bertugas di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pihak kami juga menjalankan kolaborasi penyelidikan dengan pelbagai universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Korea dan China.

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

 

Saya mula berminat dengan bidang penyelidikan sejak menjalankan projek tahun 3 di universiti. Projek yang saya jalankan ketika itu adalah perincian optik bahan semikonduktor InGaN sebagai pemancar cahaya. Seterusnya, saya menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah di University of Sheffield, UK dan bergraduat pada tahun 2013.

Menghadiri persidangan antarabangsa di Nara Jepun pada 2012
Turut serta dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin pada 2012

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

 

Tokoh saintis idola saya adalah Dr. Alfred Cho yang pernah berkhidmat di Bell Laboratory, Amerika Syarikat. Semasa menjalankan pengajian di peringkat PhD, saya kerap membaca artikel beliau yang diterbitkan sejak 1970-an. Beliau adalah individu penting yang telah membangun teknologi molecular beam epitaxy (MBE) sehingga menjadi suatu teknologi komersil dan digunakan secara meluas dalam pembuatan laser semikonduktor. Dr. Alfred Cho juga dikenali sebagai ‘the father of MBE’ dalam kalangan komuniti saintifik.

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan dan pengajaran boleh diambil?

 

Saya masih lagi ingat ada suatu ketika proses sintesis yang saya jalankan tidak berjaya. Ianya berterusan hampir 3 bulan. Sampel yang dihasilkan berbeza dengan apa yang saya peroleh sebelum ini. Saya terpaksa melakukan pelbagai ujian untuk mengenalpasti perubahan yang telah berlaku sama ada kepada sistem (pam, pemanas, termogandingan, tiub), pencemaran atau pengoksidaan terhadap bahan pelopor, bendasing dalam gas pembawa atau perubahan persekitaran seperti suhu bilik dan tahap kelembapan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah berbincang dengan rakan sekerja dari pelbagai bidang. Input yang diberi oleh penyelidik daripada latar belakang yang berbeza mempunyai perspektif yang berlainan dan amat berharga dalam menyelesaikan masalah.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dan terus bermotivasi dalam penyelidikan saintifik?

 

Penyelidikan adalah satu bidang yang tidak pernah membosankan saya. Walaupun penyelidikan kadangkala menemui jalan sukar, kejayaan memahami dan menafsir sesuatu data atau fenomena akhirnya cukup memberi kepuasan.

 

Pengalaman paling menarik?

 

Antara pengalaman menarik saya adalah terlibat dalam sidang media khas di UKM atas kejayaan saya menerbit dalam jurnal terkemuka dunia iaitu Nature Materials. Nature Materials adalah jurnal terbaik dunia (ranking 1) dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan dengan faktor impak 38.9. Pengalaman mengendali sidang media, menjawab soalan-soalan wartawan serta dihujani oleh puluhan flash kamera merupakan suatu pengalaman baru bagi saya. Kejayaan ini juga mendapat liputan daripada pelbagai media arus perdana dan atas-talian seperti Berita Harian, New Straits Times, Utusan Malaysia dan Majalah Sains. Malah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengiktiraf kejayaan ini dengan menawarkan geran khas untuk mengembangkan lagi projek mangkin berasaskan bahan 2-dimensi. Selain itu, Dr. Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan juga mengirim surat ucapan tahniah dan penghargaan atas kejayaan ini.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

 

Kepada remaja yang berminat dalam bidang sains, teruskan minat anda dan ceburilah bidang ini. Gunakan masa remaja anda untuk memperkuat asas sains. Ikuti perkembangan dunia teknologi dan potensinya dalam aplikasi baru. Kita memerlukan ramai technopreneur di masa hadapan yang mempunyai visi dan misi serta mampu mengeksploitasi kemajuan dalam bidang sains untuk meningkatkan taraf hidup manusia.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain tugas hakiki?

 

Antara aktiviti kegemaran saya adalah mengikuti perkembangan terkini industri kereta serta mempelajari selok belok mengenai sistem kereta dan aksesori berprestasi tinggi. Ini termasuk sistem turbo, brek, ekzos, rim, tayar dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, saya juga gemar menaiktaraf kereta dengan aksesori berprestasi tinggi dari semasa ke semasa. Namun, hobi ini amat tidak digalakkan kerana ianya menghabiskan wang.

Subaru jamboree 2019 di Bangi yang menghimpunkan pemilik kereta Subaru dari seluruh pelusuk Malaysia
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahan api hidrogenIMENsaints UKM
ShareTweetShare
Previous Post

UPM-UDPS Komersil Inovasi Penyingkiran Merkuri

Next Post

Sarang Burung Walit : Alternatif kepada Sirip Ikan Yu

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Sarang Burung Walit : Alternatif kepada Sirip Ikan Yu

Sarang Burung Walit : Alternatif kepada Sirip Ikan Yu

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In