23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, March 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

69 – Jumlah Terkini Bulan-bulan Planet Musytari

Hafizhilmi by Hafizhilmi
05/07/2017
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Artikel ini merupakan perkongsian En. Shahrin Ahmad, pemilik portal FalakOnline dan kami mendapat keizinan beliau untuk diterbitkan semula di MajalahSains.Com

 

Keluarga Musytari

Zaman sekolah saya dulu (tahun 80-an), masih ingat lagi buku-buku teks sekolah menyatakan Musytari mempunyai 15 buah bulan atau satelit semulajadi. Ketika itu, bila dengar saja ’15’, memang terasa kagum dengan ‘kehebatan’ planet ini yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai. Bumi pun ada satu bulan sahaja!

Melompat ke tahun 2017, nombor ’15’ sudah menjadi sejarah.

Dalam pengumuman oleh Minor Planet Cicular bertarikh 2 Jun dan 5 Jun baru-baru ini, penyelidik dari Carnegie Institution for Science, Scott Sheppard telah mengumumkan dua buah lagi satelit baru Musytari, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 69!

Enam puluh sembilan!

Jenuh nak buat kalendar kat sana tu!

Foto-foto di atas menunjukkan frame gambar penemuan satelit S/2016 J1 (atas) dan S/2017 J1 (bawah).

 

Penemuan Secara Tidak Sengaja

Satelit yang diberi nama S/2016 J1 dan S/2017 J1 ditemui apabila Sheppard dan pasukannya sedang membuat pencarian rutin objek-objek di hujung sempadan Sistem Suria kita dengan menggunakan dua buah teleskop, iaitu teleskop bersaiz 6.5 meter di Las Campanas Observatory dan teleskop 4 meter di Cerro Tololo. Kedua-duanya terletak di Chile.

Sebahagian daripada teleskop Cerro Tololo Inter-American Observatory (CTIO) di Chile.

Kebetulan Musytari berada di kawasan langit yang sama di mana mereka sedang lakukan pemerhatian, mereka pun ‘melencong’ daripada rutin harian, dan merakam gambar planet gergasi ini dengan harapan “manalah tahu dapat jumpa benda baru.”

Dan memang rezeki mereka, dua buah satelit ini berjaya dirakam. Dipercayai saiz kedua-duanya hanya lebih kurang 1 batu sahaja dan bersinar pada tahap magnitud +24. Dalam erti kata lain, ia terlalu kelam untuk dirakam oleh teleskop yang digunakan oleh pencerap amatur!

Bulan S/2016 J1 terletak di dalam orbit yang amat jauh dari planet Musytari, iaitu pada purata 20.6 juta km, dan mengambil masa 1.65 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit! Manakala bulan S/2017 J1 berada pada jarak 23.5 juta km dan mengambil masa 2 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit.

Simulasi dari perisian Celestia, yang menunjukkan hampir kesemua orbit bulan-bulan planet Musytari.

Bulan ‘Import’

Jika anda pernah melihat menerusi teleskop, bulan Muystari yang paling jelas kelihatan ada empat buah sahaja iaitu; Io, Callisto, Ganymede, dan Europa. Bulan-bulan gergasi ini mengorbit pada arah yang ‘standard‘ iaitu sama arah dengan putaran paksi planet Musytari (prograde). Tetapi, sebahagian daripada bulan-bulan yang lebih kecil dan lebih jauh dari planet ini mempunyai orbit yang berpusing pada arah berlawanan (retograde).

Satelit-satelit luaran di sekitar planet Musytari.

Pergerakan berlawanan arah ini selalunya merupakan bukti bulan-bulan kecil ini tidak terbentuk bersama-sama dengan planet Musytari, tetapi ia telah ‘ditangkap’ oleh graviti  planet Musytari pada suatu masa dahulu.

Bulan import!

Kedua-dua bulan baru Musytari ini mempunyai orbit sedemikian, menunjukkan ia juga mungkin bulan yang ‘terperangkap’!

Begitulah hebatnya alam ciptaan Allah SWT. Lagi diteroka, lagi banyak benda baru yang nak dipelajari atau dijumpai!

 

Nota: Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Tenaga Keterbaharuan Tidak Dapat Memenuhi Keperluan Tenaga 100%

Next Post

Span Laut: Haiwan Tertua di Muka Bumi?

Hafizhilmi

Hafizhilmi

Related Posts

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025
Alam Semulajadi

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

12 months ago
Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?
Astronomi & Kosmologi

Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?

12 months ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan
Astronomi & Kosmologi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

3 years ago
Next Post
Span Laut: Haiwan Tertua di Muka Bumi?

Span Laut: Haiwan Tertua di Muka Bumi?

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In