23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Dekan USM Cipta Mesin Tukar Sisa Dapur jadi Karbon yang boleh digunakan Semula

Editor by Editor
21/01/2016
in Tempatan
0 0
0

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat khas yang mampu menukar sisa buangan dapur kepada karbon yang boleh diguna sebagai bahan api dan baja.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik USM, Prof Dr Zainal Alimuddin Zainal Alauddin, berkata alat dikenali sebagai ‘Pengkarbon Sisa Buangan Dapur’ itu direka bagi memproses semua jenis bahan buangan organik.

Katanya, sistem pemanasan pada mesin itu mampu menukarkan sisa organik kepada bentuk karbon pada suhu antara 300 hingga 400 darjah Celsius dalam tempoh tiga jam. “Dalam proses pemanasan itu, 90 peratus kandungan air sisa organik dikeluarkan, seterusnya menukar bahan berkenaan kepada karbon.

“Mesin ini dihasilkan dengan konsep menjimatkan ruang serta mudah digunakan terutama di hotel dan restoran,” katanya pada sidang media di USM, baru-baru ini. Beliau yang memiliki 20 tahun berpengalaman dalam kajian sisa organik berkata, rekaan itu dapat mengurangkan pembuangan sisa organik ke tapak pelupusan serta ditukarkan kepada produk yang bermanfaat.

Dijual Rm30,000 seunit

Difahamkan, mesin yang dihasilkan USM bersama sebuah syarikat tempatan di Kulim, Kedah, itu akan mula dijual tahun ini pada harga kira-kira RM30,000, bergantung kepada kapasiti diperlukan industri.

Zainal berkata, idea penghasilan mesin itu bermula apabila sebuah syarikat dari India meminta pihaknya menghasilkan mesin yang mampu memanfaatkan sisa restoran.

“Mesin ini dapat mengurangkan pembuangan sisa organik ke tapak pelupusan sampah yang memerlukan kos berjuta ringgit untuk diuruskan setiap tahun.

“Setiap manusia membuang kira-kira sekilogram sampah setiap hari yan berpotensi dijadikan karbon bagi digunakan semula dalam bentuk yang lebih bermanfaat,” katanya.

Sisa organik atau sisa buangan dapur yang tidak dilupuskan secara efisien bakal mengundang pelbagai masalah yang akan menjurus kepada pencemaran alam sekitar.

Kitchen Waste Carbonizer

Rekacipta penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Kitchen Waste Carbonizer (KWC) atau pengkarbon sisa buangan dapur memberi penyelesaian bukan sahaja kepada individu, malah turut membantu industri perhotelan, katering, pengusaha kantin dan makanan melupuskan sisa domestik dengan efisien.

Ketua Penyelidik KWC, Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin berkata, dengan berkonsepkan zero waste, produk berkenaan direka untuk menukar sisa buangan dapur menjadi bahan karbon.

Katanya,KWC adalah satu sistem yang berupaya menukarkan sisa buangan dapur atau sisa pepejal basah ke bentuk yang boleh diguna semula (karbon) untuk proses pembakaran mesra alam dan baja untuk tanaman tumbuh-tumbuhan.

Kaedah Praktikal

“Caranya amat praktikal yang mana pengguna hanya perlu memasukkan sisa buangan organik ke dalam KWC dengan hanya menekan butang pada papan kawalan.

“Sisa yang dimasukkan ke KWC akan dipanaskan pada suhu 400 darjah celsius selama lebih kurang dua jam sebelum ia bertukar kepada karbon,’’ katanya ketika mempengerusikan sidang media memperkenalkan produk itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Media & Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah.Tambahnya, bahan karbon yang terhasil dari pembakaran tersebut pula boleh diguna semula untuk dijadikan briquettes, bahan bakar yang selamat digunakan untuk barbekue dan memasak makanan.

“Ia juga boleh dihancurkan dan dijadikan baja kepada tanaman tumbuh-tumbuhan. Ia sememangnya berkonsepkan zero waste dan amat efektif untuk membendung masalah pelupusan sisa domestik,’’ katanya.

Tambahnya, produk yang sedia untuk dikomersialkan itu dibuat dengan kos makmal berjumlah RM15,000 dan ia boleh boleh diubahsuai mengikut keperluan tertentu sehingga mencapai kapasiti pembakaran 200 kilogram sisa organik.

Beliau juga berkata, untuk pembakaran bagi setiap empat kilogram sisa organik akan menghasilkan 400 gram karbon dan ia memperlihatkan pengurangan sehingga 90 peratus dari berat asal sisa buangan.

Pemindahan Ilmu

Zainal Alimuddin juga berkata, produk itu dibangunkan di bawah kajian menukar sisa buangan kepada karbon dengan tajaan geran Program Pemindahan ilmu (KTP) berjumlah RM195,000.

Beliau yang berkepakaran dalam bidang tenaga biojisim juga berkata, produk tersebut telah memenagi pingat emas pada pertandingan rekacita PECIPTA 2016 penghujung tahun lalu. Katanya, KWC turut mendapat perhatian beberapa rakan industri dari negara Arab Saudi serta India yang menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi menghasilkan sistem tersebut.

SUMBER: Facebook Pusat Media dan Perhubungan Awam USM/ Berita Harian

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Minyak Masak AFDHAL Boleh Goreng 80 kali

Next Post

UTM Tumpu Kepakaran Pendidikan Untuk Jana Pendapatan

Editor

Editor

Related Posts

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan
Berita & Peristiwa

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

5 months ago
Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut
Alam Semulajadi

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

10 months ago
Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat
Alam Semulajadi

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

10 months ago
Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau
Alam Semulajadi

Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau

10 months ago
Next Post
UTM Tumpu Kepakaran Pendidikan Untuk Jana Pendapatan

UTM Tumpu Kepakaran Pendidikan Untuk Jana Pendapatan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In