23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ada Apa Dengan Matahari Yang Besar Di Angkasa Kita Itu?

Taza Aznam by Taza Aznam
01/06/2018
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Oleh: Admin Fiziklah!

Fizik angkasa adalah sebuah istilah yang sering digunakan sebagai tukaran ganti bagi istilah astrofizik – dan ia sebenarnya tidak tepat. Meskipun kedengaran serupa dan memiliki persamaan dalam beberapa perkara, dua bidang fizik ini mempunyai perbezaannya dari segi lingkungan dan tumpuan kajian.

Fizik angkasa atau space physics secara ringkasnya ditakrifkan sebagai bidang pengajian terhadap segala jasad yang berada di atas atmosfera Bumi sehingga hujung Sistem Suria. Sebagai pengenalan terhadap bidang yang agak kurang popular dalam kalangan peminat bidang fizik ini, makalah kali ini membincangkan salah satu daripada lima teras fizik angkasa. Teras-teras yang dimaksudkan ini merupakan lima buah jasad atau sistem yang berbeza dan menjadi tumpuan utama pengkaji fizik angkasa.

Kredit: National Geographic

Matahari; Sun; Helios; Sol; شمس

Kajian terhadap Matahari bermula seawal tahun 1609 apabila Galileo mula tertarik dengan idea untuk mencipta sebuah peranti yang mampu menjadikan objek yang jauh kelihatan dekat – maka teleskop terhasil. Sejak itu, beliau melakukan banyak cerapan termasuklah cerapan planet-planet dan tompok Matahari.

Kredit: National Geographic

Matahari merupakan sejenis bintang yang berusia 4.6 bilion tahun dengan diameter kira-kira 1.4 juta km. Jisimnya yang bersamaan dengan 333 060 kali ganda jisim Bumi serta suhu terasnya yang mencecah 15 juta ºC menjadikan Matahari antara jasad yang menakjubkan di dalam Sistem Suria kita. Disebabkan jaraknya dengan Bumi, cahaya Matahari mengambil masa 8 minit untuk tiba di Bumi. Hal ini bermakna, jika sesuatu berlaku terhadap Matahari, manusia yang berada di Bumi hanya akan dapat menyaksikannya selepas 8 minit.

Kredit: Originalwana / Flickr (CC BY 2.0)

Bintang ini juga mempunyai beberapa fenomena unik yang menjadi tumpuan kajian para ahli fizik angkasa.

Tompok suria (sunspot) – rantau gelap pada permukaan Matahari yang mempunyai suhu lebih rendah pada lapisan fotosferanya.

Kredit: NASA & ESA

Nyala suria (solar flare) – letusan sinaran yang kuat berasal daripada pembebasan tenaga magnet yang berhubung kait dengan tompok suria.

Kredit: NASA

Suar suria (solar prominence) – sebuah lingkaran gergasi yang terang dan terpancar keluar dari permukaan Matahari.

Kredit: NASA, GSFC, SDO / Flickr (CC BY 2.0)

Lentingan jisim korona (coronal mass ejection) – sebuah letupan medan magnet dan plasma berskala gergasi berpunca dari korona Matahari. Fenomena ini sering dikaitkan dengan nyala suria tetapi boleh juga berlaku tanpanya.

Kredit: NASA

Selain daripada fenomena-fenomena Matahari yang dinyatakan, kitaran Matahari (solar cycle) juga merupakan subjek kajian yang begitu penting dalam bidang fizik angkasa. Kitaran suria ditentukan berdasarkan peningkatan atau penurunan bilangan tompok suria dan ia mengambil masa selama 11 tahun untuk sebuah kitaran lengkap. Kitaran ini mengandungi fasa maksimum, menurun, minimum dan menaik. Kitaran suria pertama yang dikesan bermula pada tahun 1755 dan kita kini berada pada kitaran ke-24 yang bermula pada tahun 2008.

Kredit: NASA

Data-data mengenai Matahari dikumpul daripada dua sumber iaitu peranti Bumi (ground-base instrument) dan peranti Angkasa (space-based instrument). Peranti Bumi termasuklah teleskop manakala satelit tergolong dalam peranti angkasa.

Kredit: NASA & ESA, SOHO
Kredit: Company7

Tanpa sebarang keraguan, Matahari merupakan ciri terpenting dalam seluruh Sistem Suria. Ia merupakan sumber tenaga cahaya dan haba selain mempengaruhi perilaku planet-planet yang mengorbitnya. Kita bermula dengan tanggapan bahawa Bumi sebagai pusat sistem yang diorbit oleh planet-planet dan Matahari yang diilhamkan oleh Ptolemy melalui Model Geosentriknya. Teori ini kemudiannya disangkal oleh Copernicus yang mengemukakan teori bahawa Matahari yang memikul peranan sebagai pusat melalui Model Heliosentriknya. 

Jika ada sesuatu yang dapat kita pelajari daripada pengemukaan dan penyangkalan teori ini adalah manusia sentiasa meneroka ilmu dan Matahari merupakan salah satu sumber inspirasi penerokaan mulia ini.

Kongsikan artikel ini!
Dipetik dari laman Fiziklah! dengan izin penulis.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kitaran mataharimataharinyala suriaSaiz mataharisuar suriatompok matahari
ShareTweetShare
Previous Post

Masalah Yang Menimpa Para Pengembara Masa: Bahagian Ketiga (Akhir)

Next Post

Ulasan buku: Birds and Frogs-Selected Papers of Freeman Dyson, 1990–2014

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan
Astronomi & Kosmologi

Perkaitan Matematik: Ramadan, Syawal dan Kehidupan

4 weeks ago
MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Astronomi & Kosmologi

MajalahSains Sertai Program Cerapan Anak Bulan Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka

1 month ago
Misi Jepun ke Bulan Gagal
Astronomi & Kosmologi

Misi Jepun ke Bulan Gagal

1 month ago
Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang  “Tidak Dingin”
Astronomi & Kosmologi

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang “Tidak Dingin”

11 months ago
Next Post
Ulasan buku: Birds and Frogs-Selected Papers of Freeman Dyson, 1990–2014

Ulasan buku: Birds and Frogs-Selected Papers of Freeman Dyson, 1990–2014

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In